✦【PART 72】✦

2.4K 323 43
                                    

Part 72 : Pesanan Ringkas

Chapter Song : Desire by ATEEZ

Another update guys 😂 wow, tak sangka dah part ke 72 😔 aku ucapkan terima kasih untuk yang sudi baca sampailah ke chapter ni. ✨

Terfikir nak buat MJH ver. 2 😂 lepas habis MJH ni. Bukan sambungan tapi versi yang lain 😂 insyaallah. Semoga dipermudahkanlah urusan tu ❤

Nak menangis aku tengok coin tu siot 😭😂

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Nak menangis aku tengok coin tu siot 😭😂

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

❝ JEON JUNGKOOK ❞

Punggung aku labuhkan di hujung katil. Fikiranku semakin kusut, tidur tak cukup, makan tak lalu. Dah masuk hari yang ke 4 Chaerin hilang.

Dan dia hilang ialah kerana dia diculik, bukannya dia hilangkan diri. Aku tahu pasal tu lepas je aku periksa cctv dekat mall tu dan dah diconfirm dengan sekuriti yang isteri aku diculik.

Laporan polis sudah dibuat dua hari lepas namun bantuan diorang macam tak fungsi pun. Anak - anak buah aku sudah mula turun padang untuk bantu aku cari Chaerin.

Kerisauan aku semakin bertambah apabila mengingati yang bini aku sedang mengandungkan anak kembar sulung kami. Tidak mustahil jikalau orang yang menculik isteri aku itu mencederakannya ataupun kandungannya.

Pastinya ada sebab kenapa isteriku diculik. Sama ada tentang musuhku yang tidak puas hati dengan kerja gelapnya ataupun tentang syarikatku, aku masih belum pasti.

Yang penting, aku tahu seseorang penculik itu mempunyai dendam terhadapku mahupun isteriku.

Amarahku pula bangkit tanpa aku sedari apabila isteri pertamaku, Pakiu bagaikan tidak kisah dengan kehilangan madunya. Dia semakin kerap keluar bersama Taehyung dengan anak - anakku.

Tengahari dia keluar dan waktu dia pulang ialah sesudah malam. Itu pun menjadi masalahku apabila isteriku kerap keluar bersama dengan abang iparku sendiri.

Musykil aku memikirkan hubungan mereka atau sebab mereka boleh menjadi serapat ini sedangkan yang aku tahu, diorang langsung tak pernah berbual di rumah.

Ketukan pada pintu menyedarkan aku dari terus mengelamun. Aku bangun dari terus duduk dan berjalan ke arah cermin.

" Masuk. " Sahutku pada ketukan itu.

Tombol pintuku diputarkan dari luar dan pintu bilikku dibuka oleh orang yang diluar.

Aku tidak menoleh namun aku mula membuka butang baju kemejaku yang aku pakai untuk ke pejabat tadi. Namun takde function langsung pergi ke pejabat. Menambahkan lagi bebanan dan kekusutan adalah.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum