JOM TOLONG CIK ADIK KITA (Part 2)

380 26 48
                                    

Good day wattpaders,

Sorry ye, lambat update. Agak busy spending quality times with kids.  So, back to our previous topic, jom tolong cik adik manis kita regarding masalah bau badan yang beliau hadapi.

Ya. Masalah nombor 5, BADAN BERBAU. Marilah kita menganggap bahawa masalah ini bukanlah masalah cik adik manis seorang sahaja. I sangat pasti bahawa ini adalah masalah sejagat. Ramai di kalangan kita yang berdepan dengan masalah ini. Honestly, I pun kadang-kadang ada jugak masalah ni. Buat apa nak malu kan? Mengaku aje la. Ianya biasa berlaku tiap kali I datang bulan. Alahhhh... Tak kira la lelaki atau perempuan, semua pun ada bau badan ni. Cuma terpulang pada kita untuk menangani masalah ni. Makanya, marilah kita perhalusi lagi sifat sejenis entiti bernama BAU BADAN ini agar dapat kita sama-sama bertemu dengan jalan penyelesaian yang sesuai.

First, cari punca! As for me yang menjalani rutin harian yang agak aktif sebagai seorang instructor, PELUH adalah salah satu punca yang menyumbang kepada masalah badan berbau. Seperti yang kita sedia maklum, berpeluh adalah proses normal yang dihadapi oleh tubuh kita yang mana terdapat dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, iaitu kelenjar Eccrine dan kelenjar Apocrine. Tak perlu hurai dengan lebih lanjut kot, satni korang pening. Yang pasti apabila kita berpeluh, tubuh akan mudah menghasilkan bakteria dan seterusnya menyebabkan PELUH yang asalnya bersifat tulen, jernih dan tidak berbau bertukar menjadi sebaliknya. Berpeluh adalah NORMAL. Jadi, jangan la risau. 

Dalam sehari boleh dikatakan I habiskan masa selama 10 hingga 12 jam di studio. So, boleh bayangkan tak betapa dalam tempoh tersebut I menjalankan aktiviti fizikal yang agak aktif? Apabila aktif dan banyak pergerakan, makanya badan akan menghasilkan peluh. Seboleh mungkin, I cuba untuk mandi dengan kerap sepanjang tempoh 12 jam di studio, terutama sebelum solat Zohor, Asar dan maghrib. Tapi kalau jadual terlalu padat, I'll make sure I akan tukar baju dengan kerap. Kalau tak dapat tukar baju, memadai sekadar tukar sport bra. Ni wajib! Tiap kali pi studio, mesti bawa beg. Dalam beg tu ada sport bra lima nam lai, baju dua tiga lai, tuala Good Morning tiga lai, sweat pad sebungkus, tuala mandi, sabun mandi antibactrial, dan deodorant smelly no more/Dr. Mist.

Bahagian tubuh yang paling kerap berpeluh ialah ketiak dan pelipat peha. Kalau sempat mandi, takde masalah. Tapi kalau tak sempat, I akan basahkan tuala Good Morning and lap pada bahagian yang berpeluh. Kalau rasa macam tak confident, sembur je deodorant kat bahagian tu. Buat dengan kerap, In Syaa Allah tak ada bau badan walaupun ketika sedang dalam keadaan datang bulan. Cumanya, kalau tengah heavy period, dinasihatkan untuk mandi dengan kerap. Ini cerita kalau melalui rutin yang aktif macam I la. Macam mana pula dengan mereka yang bekerja di pejabat? Takkan nak mandi banyak kali kat opis? Haha... Jangan la. Nanti kena marah pulak dengan collagues kan? Buat je macam yang I cakap tu. Kerapkan lap bahagian yang mudah berpeluh dengan tuala Good Morning yang telah dibasahkan. Then sembur deodorant. Oh, lupa nak cakap. Kalau ada masalah badan berbau, elakkan daripada guna deodorant yang berbau wangi ye. Takut nanti bau wangi tu bercampur dengan bau peluh, confirm hasilnya TENGIK! 

Selain daripada PELUH, ada satu lagi masalah yang menyumbang kepada punca badan berbau. KEPUTIHAN! Ye... Keputihan merupakan  satu keadaan apabila cairan atau lendir pekat berwarna putih susu atau jernih (tidak berbau)  yang berlebihan keluar dari vagina. Okay, harus diingat, keputihan adalah NORMAL. Ianya hanya akan menjadi tidak normal  jika kita mengalami gejala kegatalan yang keterlaluan pada bahagian vagina,  dan perubahan warna cairan itu. Jika warnanya kuning seperti hingus, ini menandakan keputihan itu tidak normal dan vagina kita telah dijangkiti fungus. Haaa... Benda ni la yang menyebabkan badan jadi berbau lain maciammmmmmmm! Sat tau, nak share dengan korang screenshot daripada chat di antara I dengan salah seorang reader lelaki yang merupakan suami orang. Jangan risau, kami bukan sex chat pun. Sekadar bertukar pendapat. 

GEDIK SANTAIWhere stories live. Discover now