JOM TOLONG CIK ADIK KITA

604 25 179
                                    

Good day wattpaders,

Lama Gedik Santai tak bersiaran kan? Konon dulu nak publish masa bulan puasa je. Tapi hari ni rasanya kena post something jugak dan rasanya Gedik Santai adalah platform yang paling sesuai.

Okay guys, posting kali ni sesuai untuk semua orang. Tak kira tua, muda, miskin, kaya, lelaki, perempuan, bujang ataupun yang telah berkahwin.

Masa dah nak dekat raya hari tu, I dapat DM daripada salah seorang reader Gedik Santai. Memang ada janji dengan dia nak post pasal ni kat GS, tapi sebab masa tu tengah raya, so terus lupa. Bangun pagi tadi, cik adik kita ni DM lagi and tanya bila nak post.

So, here we go. Check it out!

 Check it out!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So, dah faham kan apa masalah cik adik kita? Ada 5 points:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So, dah faham kan apa masalah cik adik kita? Ada 5 points:

1. Gemuk

2. Berdengkur

3. Kelemumur

4. Mulut berbau

5. Badan berbau

Bagi I, ini bukan masalah cik adik kita seorang sahaja. Ada ramai lagi manusia di dalam dunia ini mengalami masalah yang sama. Malah I pernah tengok satu dokumentari mengenai seorang perempuan bertubuh besar yang mempunyai masalah badan berbau. I lupa istilah saintifiknya. Tapi situasinya adalah, beliau mempunyai bau badan yang hanyir seperti 'rotten fish'. Yes, dia juga mengalami kesemua masalah yang tersenarai di atas.

Jadi, persoalan yang bermain di minda adalah...HOW TO OVERCOME THOSE PROBLEM?

Jom sama-sama tolong cik adik kita ni, dan juga mereka-mereka yang seangkatan dengannya. I pasti, di kalangan pembaca GS ni terdiri daripada pelbagai golongan. Mungkin ada di kalangan kalian yang expert  memberi nasihat dalam bentuk motivasi, atau mungkin juga mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan, atau apa sahaja bidang yang memungkinkan kita untuk sama-sama membantu cik adik kita untuk mengatasi masalah yang dialami olehnya. Dan yang paling pasti, mesti ada di kalangan kalian yang suka mengamalkan banyak petua orang lama. As for me,  I ni nampak je macam ala-ala urban. Tapi sila percaya ye, I memang sejenis manusia yang sangat suka mencuba petua orang lama. Terlalu banyak manfaatnya. Mesti ramai yang geng dengan I kan?

Mari kita mula dengan masalah yang pertama, iaitu GEMUK. Cik adik kita cakap dia gemuk. Tapi I kurang gemar dengan perkataan tu. So, I tukar kepada BERISI. Berisi lawannya kurus. Tapi cik adik kita cakap dah cuba untuk kurus, cuma belum berjaya. Ada sesiapa yang boleh menjayakan misi cik adik kita untuk kurus, atau setidak-tidaknya mengurangkan berat badan beliau? Tapi sebelum tu, boleh tak I nak request jangan promote produk untuk kurus. Kalau boleh biar cik adik kita ni kurus secara alami, sebab ada di kalangan ahli keluarga cik adik kita ni sedang menjalani rawatan dialisis disebabkan oleh terlalu banyak ambil produk untuk kurus hingga menyebabkan kerosakan buah pinggang. Dalam ruangan DM dengan cik adik ni, I dah berkongsi cara untuk menguruskan badan melalui aktiviti  senaman ringan dan juga mengawal jumlah  kalori dalam setiap menu yang diambil bagi setiap hidangan. I did propose yoga and pilates too bagi membantu dia mengalami proses menguruskan badan secara selamat dan sihat. Namun terdapat kekangan bagi pihak cik adik. Katanya, yoga dan pilates terlalu 'urban' untuk dirinya. Baiklah sayang. Kita tanya apa kata readers yang lain ye.

Bagi masalah berdengkur pula, I have no idea. Ni kena minta pandangan daripada mereka-mereka yang lebih berpengalaman. Kalau tanya I, rasanya I akan suggest untuk turunkan berat badan je. Then ada juga la I google, katanya kena tidur dengan bantal yang tinggi. Ada juga petua lama yang mencadangkan agar minum susu yang dicampur dengan badam hancur sebelum tidur. Setakat tu je la yang I tau. Mohon bantuan readers la ye.

Next, masalah kulit kepala berkelemumur. Yesza... I pun ada masalah ni jugak masa zaman remaja. I'm sure semua orang pun pasti mengalaminya. Time I ada masalah ni, rasanya  umur I 14 tahun kot. So, mama belikan satu shampoo yang ada gambar Jackie Chan. Alahai... I lupa sangat apa nama shampoo tu. Alhamdulillah, berkesan menghilangkan kelemumur. Malah rambut semakin lebat dan berkilat. Tapi I kena stop pakai shampoo tu sebab bila rambut semakin lebat, I dah jadi macam singa. Tau tak kenapa? Haha... Sebab I punya rambut jenis yang kerinting ala-ala maggi. Bila melebat, maka mengembang la ia seperti bulu singa ketika kering, manakala ketika basah, ianya akan kelihatan seperti mi maggi cepat dimasak sedap dimakan! Masalahnya, bila stop pakai shampoo abang Jackie tu, kelemumur datang kembali. So, I cuba petua tradisional iaitu gosok kulit kepala dengan buah limau. Tonyoh-tonyoh je limau yang dah dibelah dua tu sambil ramas-ramas rambut. Amalkan selalu, lama-lama kelemumur pun takut nak hinggap. Maybe korang ada petua lain, sila share ye.

Untuk masalah mulut berbau pula, I cadangkan cik adik kita jumpa dentist at least 3 bulan sekali. Untuk kali pertama, check sebarang kerosakan gigi. Sebab antara salah satu punca mulut berbau ialah daripada gigi yang rosak. So, repair dulu apa yang patut. Yang mana berlubang, sila tampal. Yang mana perlu dicabut, sila cabut. Buat rawatan root debriment at least setahun sekali. Pastikan gosok gigi dengan cara yang betul dan sila jangan abaikan lidah tu. Kena berus jugak. Kerapkan kumur dengan listerine. Tak mampu beli listerine? Kumur je dengan air garam. Sekala sekala rajinkan diri buat oil pulling. Okay, tu je yang I share. Yang lain, macam biasa la. Korang mesti ada cadangan kan?

And now... Marilah kita bentangkan masalah terakhir iaitu masalah badan berbau. Ya... Besar betul masalah ni! Ramaiiiii sangat yang mengalaminya. Sila bersedia. Di akan mengulas masalah ini dengan panjang lebar.

Drum rolllllllll!

Aci tak kalau bersambung di chapter akan datang? Sebab ada baaaaaaaaanyak benda nak ulas.

Kira aci la ye.

Aci kat estate?

Bye for now. I janji... Masalah nombor 5 akan diulas dengan kadar yang segera. Untuk sekarang ni, ayuh kita bincangkan mengenai masalah 1 hingga 4.

Mmmmuah ❤❤❤

GEDIK SANTAIWhere stories live. Discover now