Ninety Nine |

114 14 0
                                    


Jun melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah sambil menundukkan kepala.

Dia cuba menelan semua kata-kata yang mula menyapa gegendang telinganya.

Masuk hari ini, sudah hari ketiga gosip itu tular dalam kalangan pelajar sekolah.

Jujur dia katakan bahawa dia amat merindui Hyu Li.

Hyu Li pasti melindunginya jika dia ada bersama Jun ketika ini.

Jun mengaduh sakit apabila ada pelajar sengaja melanggar bahunya.

Badannya sakit dan lenguh apabila semalam banyak kali dia ditolak jatuh.

Mujur tidak luka, cuma mungkin lebam sedikit.

" Aduh perempuan ni, perlu ke jalan depan mata aku. "

Jun ditolak kasar menyebabkan dia jatuh ke tanah.

Lututnya terasa pedih ketika ini, namun dia terus bangun dan berjalan pergi.

Dia tidak mahu dilabel mencari perhatian.

Selepas loceng tamat sekolah berbunyi, Jun menunggu di bawah tangga blok A iaitu bangunan yang menempatkan junior.

" Noona! "

Jun berpaling apabila namanya dipanggil.

Senyuman hambar dilemparkan.

Dia sempat meliarkan pandangan ke sekitar bangunan kalau-kalau ada pelajar lain, mujur semuanya sudah pulang.

" Dah lama tak jumpa noona huhuhu noona okay? "

Jun mengangguk bersama senyuman.

Mingyu tertancap sesuatu yang pelik pada Jun.

" Kenapa dengan baju noona? "

Jun menunduk memandang bajunya yang masih terdapat kesan makanan akibat dia jatuh ditolak oleh pelajar lain semasa dia membawa makanan.

" Oh takde pape. Cuma terjatuh tadi, so kotor sikit. "

Jun membuka beg galasnya lalu mengeluarkan baju milik Mingyu.

" Ermmm nah. Baju Gyu. Gomawo sebab bagi pinjam " ucap Jun.

" Noona kena balik sekarang, sebab ada hal. Jumpa lagi! Annyeong "

Jun segera melangkah pergi meninggalkan Mingyu yang tidak sempat berkata apa-apa.

Dia takut ada pelajar ternampak mereka dan bermulalah gosip baru sedangkan gosip lama masih belum surut.

Keluhan berat dilepaskan.

[ Completed ] You Are The One | Namjoon |Where stories live. Discover now