Prolog | Aslan

7.6K 362 38
                                    

POV ASLAN

"Aku serahkan Daneen pada kau."

Muka serius Gibb aku tentang berani. Cuba mencari kebenaran pada kata-katanya itu.

"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bergurau, Gibb."

"Itu je jalan penyelesaian yang aku nampak sekarang."

Nafas aku hela berat dan sedikit keras.

"Tak ada siapa yang boleh protect Daneen lebih baik daripada aku selain kau. Lagipun, kau sendiri dah kesuntukan masa. Kau boleh gunakan dia."

Aku tak tahu apa yang dah merasuk Gibb. Tapi, aku tahu. Keputusan yang Gibb buat ini bukan sehari dua difikirkannya. Baik buruk kesannya mesti dia dah boleh jangka.

"Kau tahu aku nak gunakan dia untuk apa. Kau tak kisah?" Pertanyaan aku itu buat Gibb datang mendekat. Tepat berdiri dengan pandangan penuh amaran.

"Apa jadi sekalipun, kau tak boleh ceraikan dia. Tapi, kalau kau betul-betul nak lepaskan dia nanti..."

"Kau kenal aku, Gibb. Sekali dia dah jadi milik aku, sampai bila-bila dia jadi hak aku."

Gibb terdiam.

"Bukan aku yang akan menyesal. Tapi, kau. Sebab tu aku tanya, kau betul-betul yakin dengan idea kau ni?" Sekali lagi aku menyoal.

Hal ini bukan hal main-main. Hidup Daneen yang bakal mereka pertaruhkan. Kesannya Daneen yang akan hadap nanti.

Bukan aku, bukan Gibb.

"Aku buat macam ni sebab aku sayangkan Daneen, Aslan. Kau kena tolong aku."

"Gibb, Daneen tu..."

"Daneen tu nyawa aku, Lan! Kalau jadi apa-apa dekat dia, aku akan menyesal sampai mati." Wajah Gibb penuh mengharap.

Permintaan Gibb datang sebagai penyelesaian kepada masalah yang aku hadap sekarang. Gibb terdesak, aku juga terdesak. Memang betul apa yang dia kata tadi, aku dah tak banyak masa. Ini saja peluangnya. Rugi untuk aku tolak.

Daneen.

Daneen Medina.

Mahu atau tak, dia kena jadi isteri aku.

***

PS: Nak part 1 ke tu? Dapat 100 votes, kita up! Jangan lupa komen sekali. Happy reading!😚

ASLAN - #AslanWhere stories live. Discover now