Bab 2:Mahaguru

121 7 0
                                    


Mata Mahaguru terbeliak, tanpa berkata walau sepatah. Awang jadi kehairanan, mungkin Mahaguru sedang menurun ilmunya, atau orang persilatan panggil naik Gonchor.

"Mana mungkin kalung itu tidak pecah, setelah begitu teruk kamu dibelasah Awang. Melihat tubuh badanmu, aku tahu kalung itu mungkin sudah lama pecah".."Kecuali..." Sambungnya lagi.

"Kecuali apa Tok?" sambil Awang bingkas membangunkan badannya walaupun masih merasai kesakitan.

" Kecuali kaulah satu-satunya yang disebut-sebut oleh Tok Petala Mahaguru Merangkong".." tapi agak mustahil dengan ilmu mu dan usiamu.

"Apa Tok? Saya tidak faham maksud Tok" tambah Awang

" Dulu satu ketika, kami semua telah mencapai tahap yang sama tinggi denganmu Awang. Tahap persilatan berantahkan bumi, berpasak tunggal. Ilmu ini hanya dimiliki 7 orang seantario dunia, termasuk kamu Awang dan diri ku. Lagi 5 orang telah tiada didunia ini. Namun ada satu tahap yang kami semua tidak berjaya tempuhi, kerana Tok Petala tidak sempat menurunkannya. Tetapi ..Tok Petala ada pesan, akan munculnya seorang Adiwira yang tiada tolok banding ilmu silatnya, terbang ibarat helang, melompat ibarat harimau, mencakar ibarat beruang dan tendangannya ibarat halilintar. Adiwira itu hanya muncul dari kalangan 7 orang ini sahaja. Tetapi mana mungkin dirimu Awang, kerana kamu tidak pernah menggunakan langsung ilmu mu itu.

"Tetapi Tok, apa kaitan dengan kalung ini?" Tanya Awang.

"Ye...kalung itu tidak pecah, kerana dirimu terlalu hebat Awang. Kalung itu pecah mengikut kehebatan si empunya diri. Semakin lambat ia pecah, maka semakin hebatlah dirinya" " Tetapi, hal ini harus dibuktikan..."

" Bagaimana Tok? Apakah cara untuk membuktikannya?"sapa Awang

" Ayuh..kita perlu ke satu tempat Awang. Tempat yang belum pernah dikunjungi manusia".Tambah Mahaguru.

"Apa..." Awang terkejut.

Awang Kundur Pahlawan Dari Gunung BerapiWhere stories live. Discover now