11

14.8K 845 37
                                    

Aurelia melangkah masuk ke dalam restaurant yang menjadi tempat janjinya dengan Firyad. Entah kenapa mamat ni nak jumpa dengannya malam ni. Siap hantar bunga bagai. 

Matanya memandang ke arah Firyad yang berdiri sambil membelakangkannya di sana. Kakinya melangkah perlahan ke arah jejaka itu.

"Firyad?"

Firyad berpaling. Senyuman terbentuk indah di bibirnya bila matanya disajikan dengan wajah yang menjadi igauan malamnya sejak pertembungan mereka di perpustakaan universiti.

"Aurelia."

"What is this?"

Firyad senyum. "Kalau ye pun, duduklah dulu. Kita makan." kata Firyad sambil melangkah ke arah sebuah meja. Aurelia meliarkan pandangannya. Cuma mereka berdua yang berada di situ.

Firyad menarik kerusi untuk Aurelia. Aurelia mengerutkan dahinya melihat keanehan Firyad. Aurelia melabuhkan punggungnya untuk duduk. Firyad berlalu ke kerusi berhadapan dengan Aurelia.

"So, let's eat."

Aurelia hanya menurut. Aneh tak aneh, sekarang ni, dia nak isi perut. Lapar kot!

Sepanjang sesi makan malam itu, hanya bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan sahaja yang kedengaran. Masing-masing menikmati juadah yang dihidangkan dengan penuh berselera.

Walaupun sedang makan, Firyad masih lagi mencuri lihat kepada Aurelia di hadapannya. Entah kenapa, dia rasa amat berdebar. Mungkin kerana keputusan yang diambilnya ini akan merubah hidupnya. Sama ada ke arah kebahagiaan atau penderitaaan.

"So, what do you need to say?" soal Aurelia selepas menghabiskan makanannya. Dia memandang Firyad yang baru sahaja meneguk air.

Firyad memandangnya. Dia menghelakan nafasnya. Semalaman dia mengumpul kekuatan untuk memberitahu Aurelia tentang perasaannya.

"I tak tau kalau you dah ada someone in your heart but.." Firyad tarik nafas dan dihelanya. "I'm in love with you. Really really in love."

Hampir tercekik Aurelia saat mendengar pengakuan berani mati daripada Firyad. Firyad mengeluh lega. Rasa macam terlepas beban yang ditanggungnya.

Gila. Aurelia rasa semua ini gila. Tak habis lagi dengan kes ‘kita-jadi-tunang-balik' dengan si Mikael, si Firyad pula yang meluahkan perasaan. Apa semua ni? Kenapa dia perlu tersepit di antara dua orang lelaki yang menagih cintanya tetapi hatinya pada orang lain? Kan bagus kalau dia jatuh cinta dengan salah seorang daripada dorang dua ni. Senang. Esok tunang, lusa kahwin. Eh? Kau dah mereng ke apa ni Aurelia?

"Firyad, aku rasa kau ni ada terhantuk kat somewhere before datang sini tadi kut? Tu yang kau merepek ni kan?"

Siapa yang merepek sekarang ni Aurelia?

"I tak merepek. I'm serious. Very serious. I dah lama sayang you. I fall in love in the first sight masa kita bertembung di library."

"But you are younger than me."

"It doesn't matter. Banyak kot couple lain yang perempuan that is way older than her partner. Even ada yang lebih 5 tahun jarak." kata Firyad.

Aurelia menghelakan nafasnya. "Firyad, aku takde perasaan pun kat kau. Sikit pun takde. Aku cuma anggap kau as adik aku je. Selama ni, aku baik dengan kau, sebab aku pangkat senior pada kau. Plus, we're in the same course. So, please. Jangan berharap pada aku." kata Aurelia sebelum bangun dari duduknya. "Thanks for the dinner."

Firyad terdiam. Matanya hanya memandang langkah Aurelia yang makin menjauh. Berkecai hatinya bila mendengar kata-kata Aurelia. Nampaknya, pengakuannya malam ini membawanya kepada satu penderitaan yang akan ditanggung lama.

Still nak kejar dia ke? Maybe. Ke nak balas dendam sebab dah hancurkan hati kau? No and never. Aku still waras lagi.

Hmm.. Mungkin bukan jodoh kau, Firyad. Kalau dia jodoh kau, lambat atau cepat, akan jadi hak kau juga.

•••••||•••••

Zafriel mengurut dahinya. Dia memandang fail yang masih banyak di atas meja kerjanya. Matanya terpaku pada iPhone nya di sisi meja. Tangannya mencapai iPhone tersebut dan dihidupkan. Kalau lelaki lain kena paksa kahwin, confirm berpuluh puluh missed call daripada bakal isteri. Tapi Harleen, berbeza. Gadis itu tidak pernah mencarinya bila dia bekerja. Gadis itu hanya mencarinya ketika hujung minggu. Itupun kalau ada yang perlu diselesaikan. Tapi, sejak mereka bertunang. Hanya 3 kali mereka sudah keluar berdua.

Harleen tidak seperti gadis lain. Walaupun berasal daripada keluarga yang berada, Harleen tidak pernah menjinakkan diri dengan kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya. Malah, dia sanggup bekerja untuk mencari kemewahan sendiri. Dan kerana sikap berdikarinya itulah, Harleen dapat menubuhkan sebuah butik yang terkenal di Scotland. Bukan saja satu cawangan, malah sudah ada tiga cawangan di Eropah.

Zafriel membuka whatsapp daripada Harleen.

Harleen

Let's meet up tomorrow. Need to do final checking for our wedding's preparation. I'll drive by my own.

Zafriel menghelakan nafasnya. Sedar tidak sedar, dia akan bergelar suami kepada Harleen dalam masa dua minggu lagi. Namun begitu, masih tiada sekelumit perasaan untuk gadis itu. Kadang-kala, dia berasa serba salah terhadap Harleen. Kerana gadis itu terlalu baik. Dia masih teringat kata-kata Harleen ketika mereka bertemu dua minggu yang lalu.

"I know you can't love me in a short time or perhaps, you will never in love with me. I don't care about that. But please, don't make GrandDy and GrandMy disappointed. They love you so much."

Argh! Kalau boleh, dia nak lari dari semua rancangan gila ini. Dia sayangkan Harleen. Tapi hanya sebagai adik dan sepupu. Sama seperti dia sayangkan Haysha. Tapi sekarang.. Gadis itu akan menjadi isterinya. Peneman hidupnya.

"You should try to love her."

What about Aurelia?

Soalan itu sering kali berulang bila dia ingin membuka hatinya untuk Harleen. Soalan itu seperti lagu yang dimainkan secara infinity. Bagaimanakah caranya untuk dia lupakan gadis itu dan membuka hatinya untuk gadis yang bakal menjadi suri hidupnya?

Zafriel memandang iPhonenya. Gambar Aurelia menghiasi skrin iPhone tersebut.

"I miss you baby monster."

•••••||•••••

















































Siapa jodoh Aurelia ni sebenarnya? Zafriel? Mikael? Or Firyad? Atau ada lagi hero yang akan keluar? Just stay tuned ❤ Cerita kali ni lain sikit daripada cerita cerita yang sebelum ni.. Sebab apa? Sebab takde watak antagonis. Do you get what I mean? Ni antara spoiler terbesar tau hahaha 😂 Whatever it is, just stay tuned ❤ Esok malam, InsyaAllah ada update lagi ❤

Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira ~~~

Hah sambung sambung 😂

Selamat Hari Raya guys!! Maaf zahir dan batin. Maafkan saya sekiranya ada terkasar bahasa ketika menghasilkan sebuah chapter. Maafkan saya sekiranya saya ada menyinggung perasaan korang melalui coretan saya. Saya minta maaf untuk semuanya ❤ Happy Eid Mubarak ❤

Psstt.. Tahun ni takde Raya Special for HarSha tau 😥 Tak sempat nak buat 😥 Next year kita buat ye ❤

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now