Fathea (Part II)

946 34 0
                                    

"I tak faham kenapa you mesti mengalah dengan dia meskipun dia melayan you dengan teruk. I mean... I minta maaf, I tak pernah jumpa orang sebodoh you." Leo berkata apabila dia berkesempatan untuk berbual dengan kakak kembar Thea. Mereka sudah ditunangkan tapi Leo mula rasa keputusannya ini merupakan satu kesilapan. Sikap Thea terhadap kakaknya benar-benar teruk.

"Dia tak pernah cerita?"

"Pasal you langsung dia tak pernah cerita inikan pulak pasal apa dia jadi macam tu..." kata Leo bersama keluhan. Thea sudah merajuk di dalam bilik, menghempas-hempas barang akibat Leo mahu mengajak Fathin duduk sekali dengan mereka di beranda rumah. Leo tiada kuasa hendak memujuk.

"Panjang kisahnya." Fathin memberitahu.

"Pendekkan."

"No, tak boleh pendekkan walaupun seinci..." kata Fathin. Tangannya diramas-ramas. Kenapa Fathea tidak bercerita? Tentu Leo masih tak tahu apa-apa tentang Thea yang dulu. Kasihan Thea... dan tentu sekali kasihan Leo sebab langsung tak tahu apa-apa.

"Awak sayangkan dia?" soal Fathin mengubah topik. Nafas ditarik dalam. Kemudian, Leo mengangguk.

"Sayang. Tapi lepas melihat dia melayan you macam tu..." dia berjeda. Dia keliru dengan perasaannya. Dia tidaklah suka kepada Fathin cuma dia berharap agar Thea itu seperti Fathin. Lembut, berpakaian sopan. Selebihnya, dia terima apa juga kekurangan Thea... dia cintakan Thea tetapi Thea terlalu degil dan keras kepala.

"Jangan pudar hati. Dia ada sebab melayan saya macam tu. Tolonglah jangan salahkan dia." rayu Fathin. Dia takut sekiranya hubungan Leo dan Thea hanya setakat ini.

"Dan I tak suka cara dia berpakaian." Beritahu Leo.

"Awak bimbinglah dia. Saya yakin dia akan berubah." Kata Fathin. Leo mengeluh.

"I tak pastilah..." atau dia mula terusik dengan kelembutan Fathin? Leo memandang anak mata Fathin. Tidak. Dia tak rasa apa-apa seperti mana dia memandang anak mata Fathea. Mungkin dia terlalu kecewa dengan sikap Fathea. Biadap.

"Awak kena bimbing dia. Dia cintakan awak." Fathin berkata lagi.

"I don't know."

"Please? Mungkin ini dugaan awak bertunang dengan dia. Jangan layankan sangat. Syaitan banyak menghasut orang yang cuba menghalalkan hubungan. She's perfect. Okay, awak bagitahu saya macam mana awak boleh jatuh hati dengan dia? Mungkin topik ini akan membuatkan awak rasa lebih okey." Fathin cuba beramah. Leo tersenyum bila mengingat kejadian hampir setahun yang lalu.

"Dia pernah tolong seorang lelaki tua yang bongkok teruk melintas jalan. Bila orang memaki dia kerana lambat, dia menunjukkan isyarat tak senonoh dengan tangannya. Dia angkat jari tengah sambil mencarut..." Leo berjeda. Dia ketawa lucu. Fathin ikut ketawa. Dia dah agak, Thea memang begitu.

"I tahu itu tak elok... tapi, I rasa dia betul-betul marahkan orang yang tak dapat nak faham yang dia sedang bantu lelaki tua tu. Dan ya, sebab itu I jatuh hati dengannya. Ada orang tak perlu jadi sempurna untuk membuat orang lain jatuh hati dengannya. Tak gitu?" soal Leo. Fathin mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tertunduk. Thea beruntungnya kau.

"So... macam mana awak kenal dia? Maksud saya, macam mana awak boleh berbual dengan dia?" soal Fathin.

"I bantu dia percepatkan langkah uncle tu. Dan I tegur perilaku dia yang tak berapa elok tu. Dia marah, I terus kenalkan diri. So, dari situlah..."

"Oh... see?"

"Apa?"

"Hati dia baik sangat sebenarnya. jangan tertipu dengan penampilan dia dan cara dia bercakap dan sebagainya. Dia berhati emas. Niat awak nak nikah dengan dia tu betul. Saya sokong. Tapi awak harus terima dia seadanya." Pesan Fathin dengan nada serius. Leo tersenyum dan mengangguk. Benar, perbualan tentang perkenalan pertama mereka memang berjaya membuatkan dia rasa lebih baik.

Koleksi Cerpen Dekna LeeWhere stories live. Discover now