Di Kedai Makan

966 16 13
                                    

"Kau masih sayangkan dia?" Wati bertanya tiba-tiba, sedang aku menghirup mee masuk  ke dalam mulut.

Tersedak aku, dan terjegil biji mataku.

"Siapa?" Aku menyoal keras, padahal aku tau siapa yang dia maksudkan.

"Putra Siddiq lah, siapa lagi." Jawabnya sambil senyum mencemik. "Pernah ada yang lain untuk engkau ke?"

"Habis, Azlan tu bukan yang lain?" Aku letakkan sudu garfu ke sisi mangkuk, bersedia untuk mempertahankan.

Mempertahankan apa? Entah, mungkin air muka aku. Mungkin maruah, mungkin ego. Yang penting, aku harus pertahankan.

"Dan lepas tu Zarul ..." Aku sambung. "Itu dah dua yang lain."

"The lady doth protest too much, me thinks." Wati meminjam kata-kata Shakespeare dengan suara yang agak menghina pada pendengaran aku. "Kau kalau aku sebut nama Putra terus macam nak berperang."

"Soalan kau merepek. Tuduhan kau lagi merepek. Aku ada dua lagi boyfriends selepas ..." aku telan air liurku, seakan ada kesusahan menyebut nama itu, "Putra. Pandai-pandai kau cakap aku tak ada orang lain selain dia."

"Ala ... Itu semua rebound dating."

Dia masih mencemik. Geram aku.

"Cuba kau explain, apasal kau ingat aku masih suka kat dia."

"Aku baca sajak-sajak kau kat dalam wattpad, semuanya pasal dia."

"Tolonglah ..."

"Aku tau lah. Aku bukannya kenal kau baru sekejap."

"Meh sini aku explain kat kau ya. Sajak tu semua imiginasi aku je. Dan bila aku menulis aku kenalah melawat perasaan-perasaan lama untuk bagi feel huruf-huruf tu semua. Tak semestinya aku masih suka. Masih sayang. Masih cinta. Benda dah tak ada. Macam bangunan dah roboh, aku cuma melawat tapaknya saja. Faham?"

"Amboi. Panjang betul penjelasannya." Gelak Wati. "Okaylah, aku paham. Aku concerned je. Macam tak mati-mati pun feeling kau kat dia."

"Dah mampus dah, aku dah tanam. Kau tak payah risau."

Dia gelak. Aku pun gelak. Dan kami sambung perbualan dengan kisah-kisah lain.

Putra Siddiq. Nama yang pernah dan tak mungkin aku akan lupakan. Cinta aku kepadanya tak akan pandai untuk mati.

Mungkin aku perlu unpublished semua sajak-sajak aku di wattpad. Aku perlu tulis tentang perkara-perkara yang bahagia saja.

Terlanjur SetiaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora