Daerah Kusut Yang Aku Cinta

55 4 0
                                    

Ada hari,
hati ini ingin cuma meninggalkan jejak
Mengangkat dada dan pergi tanpa memandang ke belakang
Meninggalkan kerakusan jelik ketamakan
Manusia
Juga warta-warta hodoh yang di layar media sosial.

Namun
bagaimana harus aku tinggalkan
Tanah yang merimbun dengan daun yang
Di sirami darah dagingku
Melupakan jalan turap halus di mana bapa menepuk lenganku, kerana kepalaku yang penuh
Dengan kedegilan.

Ah,
jika aku melebarkan salasiah usulku hingga ke sana
bumi bertuah ini akan melontarkan rindu yang bertalu-talu
Daerah yang merdeka bermodalkan banyak tumpahan darah dan dengan lebih banyak kebijaksanaan
Daerah yang sarat dengan warna kulit dan warna hati
Bagaimana akan aku
Tinggalkan perkasanya akar umbi tanah tumpah darahku.

Di sini cintaku tertumpah,
dalam panas hangat mesra genggaman sanak saudara,
maupun dalam keji hitam pekat kedurjaan manusia selainnya.
Yang kotor akan ku simbah wangi si limau kasturi
Yang wangi akan ku baja menjadi kuntuman bunga yang mekar.
Aku mahu ke sana, tapi bagai cinta pertama si Romi dan si Juli
Bagaimana tega aku untuk menidakkan sesuatu yang nyata.
Hatiku terpacak merendang dan bermukim hanya di sini.

Terlanjur SetiaWhere stories live. Discover now