Cokelat

121 6 2
                                    

Macam tak percaya!

Dua tiga kali Azahan tenyeh mata dengan jari telunjuknya. Sungguh, matanya tidak menipu. Yang di nampak itu bukan hanya sekadar oasis di padang pasir.

"Kau tenguk apa tu Atan?" Templak Tok Ucu. Dia kehairanan melihat cucu saudaranya tiba-tiba berhenti berjalan dan tercegat memandang sesuatu di atas tanah.

"Opps sori Ucu. Nah, ni yang Ucu tunggu kan?"

Dia hulur sebekas plastik berisi minuman kepada Tok Ucu. Memang kerap juga Tok Ucu telefon ibu Azahan supaya di hantarkan air kelapa untuknya. Selalu, adiknya Safura yang menjadi tukang menghantar tapi hari ini kebetulan Azahan cuti. Kesian pulak panas-panas terik nak di biarkan Fura naik motor beli air kelapa di seberang jalan depan rumahnya dan kemudian ke gerai Tok Ucu pula.

"Heh Atan, kau tak pakai mask, nanti kena saman, baru kau tau. Seribu tau tak, mak kau nak gadai apa nanti?"

Azahan cuma tersengih bila di marahi, memang silap dia, terlupa pula memakai mask untuk menutup hidung dan mulutnya.

"Suka betul Ucu minum air kelapa. Umi cakap seminggu sampai tiga empat kali."

"Aku kalau tak minum air kelapa susah nak memerut. Perut orang tua." Sengih-sengih Tok Ucu menjawab. "Tak kerja kau hari ni Atan?"

"Sejak PKP tamat, ni lah baru satu hari ni ambik cuti."

Kilang tempat dia bekerja memang suka pekerjanya tak ambil cuti sekarang kerana nak mengejar hasil yang terjejas akibat KPK satu negara yang lalu.

"Dah cuti, tak jumpa endut ke?"

"Tak." Jawabnya sambil ketawa. Ketawa sebab dia sedang menipu. Memang petang nanti dia sudah ada janji untuk bertemu Ati. "Mintak plastik kecik, Ucu."

Tok Ucu tarik plastik warna hijau dari bawah meja, di suakan kepada Azahan. Setelah mendapat apa yang di minta, Azahan duduk membongkok dan dengan hati-hati mengutip objek di tepi gerai Tok Ucu.

"Apa yang kau mengelaso kat bawah tu, Atan?"

Azahan bangun dan tunjukkan nenek saudaranya benda yang dia kutip tadi.

"Apa bendanya tu?" Mulut Tok Ucu bertanya, tapi dia sebenarnya lebih sibuk menarik mask putih dari mulutnya kerana ingin menghirup air kelapa.

"Cokelat." Jawab Azahan. "Sapa punya ni, Ucu?"

Tok Ucu berhenti menghirup, di pandang cokelat dalam bungkusan plastik itu. Setahu dia, Azahan dari kecil bukannya suka sangat dengan jajan. Perut dia alah dengan susu sejak dari bayi lagi, dan bila makan cokelat perutnya akan meragam.

"Entah. Aku pun tak perasan."

"Ni cokelat Godiva. Mahal ni Ucu. Seketul begini pun dekat-dekat empat puluh ringgit."

"Meraban lah kau Atan. Cokelat apa benda ekk yang mahal sangat macam tu? Conet je bukan besar sangat pun."

Di cuitnya bungkusan cokelat itu.

"Jangan cucuk, Usu. Dah lembik dah kena panas ni hah. Agaknya ada orang terjatuhkan nih."

"Cokelat mahal pun boleh lembik, ekk? Kokak jugak mahal-mahal pun." Gelak Tok Ucu.

Dia terhibur tenguk cucu saudaranya menatang cokelat itu bagaikan menjaga emas yang berharga.

Dan untuk Azahan, cokelat itu memang bagaikan rezeki yang di turunkan Tuhan dari langit untuknya. Elok, cantik dan tanpa cacat cela terletak di atas tanah seolah-olah sedang menunggu Azahan menjumpainya. Padahal baru minggu lepas beria-ia Ati bercerita kepadanya tentang kesedapan cokelat Godiva.

Terlanjur SetiaWhere stories live. Discover now