Bab52 Secrets?

18.8K 1K 35
                                    

"Naura,duduk sayang dari tadi mummy tengok kehulu-kehilir tak tentu pasal"teguran ibu mertua mengundang tawa Naura. Betullah dia pulak yang melebih lebih hidang makanan masak semua. Sampai tak ada kerja untuk dibuat oleh bibik.

Naura menutup penutup periuk nasi setelah selesai mencedok nasi kedalam mangkuk yang besar. Baru sahaja dia mahu mengangkat mangkuk itu,Haisya terlebih dahulu menyekat pergerakan Naura

"alaa bukan selalu mummy"kata Naura. Terus Haisya merampas mangkuk kaca itu dan di letakkan balik atas meja.

"dah dah,Naura tak solat lagi kan? Pergi naik atas solat.Maghrib nak habis dah. Semua ni biar mummy buat"belakang badan Naura ditolak perlahan oleh Haisya untuk keluar dari dapur

"halau ke mummy?"

"yer laa,tak nampak lagi ke? Ke nak mummy halau dengan batang penyapu"

"alaaaa mummy"Haisya tergelak besar.

Naura menanggalkan apron di badannya lalu dia terus berlalu dari dapur dan menuju ke tangga untuk ke bilik.

Belum sempat sampai di tangga,mata Naura tertancap kearah Farish yang tak senang duduk di depan televisyen. Ternaik kening Naura memandang.

"kenapa mundar-mandir ni?"soal Naura hairan . Dia masih statik di tangga.

"Rish tunggu someonela kak. Kita dah nak makan tapi dia tak sampai lagi. Rish call tak diangkat"kata Farish lalu mengusutkan rambutnya.

Naura tersenyum senget . Aihla dia ni panggil aku kakak lagi. Sama umur kot. Rasa janggal pula.
"girlfriend la tuu"usik Naura lalu selamba dia ketawa

"ish akak ni.."

Belum sempat Farish membuka mulut,telefon Farish sudah pun berbunyi menandakan panggilan.

Tanpa tunggu lama,terus dia menjawab panggilan itu selepas membaca nama pemanggil
"hell-- ha? Dah sampai?"

"okay okay. "terus Farish berlari anak kearah Naura yang masih loading tak tahu apa jadi

"akak akak tolong buka pintu eh,kawan Farish dah sampai. Farish nak panggil mummy kejap"kata Farish . Berkerut dahi Naura. Eh dia ni sesedap je nak mengarah orang.

Melihat je Farish berlari anak kearah dapur persis anak kecil. Terus sahaja Naura menggulingkan bebola matanya. Jaga kau aku mengadu kat abang kau yang kau buli aku

Naura membetulkan ikatan rambutnya di hadapan cermin yang terletak di sebelah pintu utama. Kena rapi rapi,kang dicop selekeh nanti

dindong!

"Assalamualaikumm!"terdengar suara seorang gadis selepas bunyi loceng . Nampaknya memang girlfriend la tu.

Selepas merapikan rambut dan baju,terus Naura pergi dekat pintu membuka pintu itu.

"waalaikumuss---"

"ssalam.."di pengakhiran ayat hanya terbisik dari bibir Naura. Kecut perut pula tengok musuh ada di depan mata. Diikutkan hati nak je dia tutup pintu tu semula. Tak kasi masuk. Arh biar,rumah Naufal rumahnya juga. Kesah apa aku!?

"Syena.."
"Naura?"

Masing masing menyebut nama. Dua dua terpempam. Naura masih berhati hati dengan gadis dihadapannya ini. Biar pun mereka sudah lama tidak bertengkar.

"kau buat apa kat sini? Asal kau ada kat rumah Aunty Haisya?"soal Syena sambil berpeluk tubuh. Naura hanya diam. Tapi mata masih memandang Syena yang lengkap berbaju kurung moden bewarna peach. Rambutnya diikat ekor kuda. Cantik..tapi cantik aku lagi. AHAHAHAHAH

Naura tidak menjawab,ditoleh kearah dapur ajfjajd kau panggil mummy ke pergi melantak ha Farish!?

"hey aku tanya ni"Soal Syena tidak puas hati.

[C] Tengku Naufal's BabygirlWhere stories live. Discover now