Bab43 Sulking🍬⏳

21.7K 1K 50
                                    

"asal kau terkejut cam spender koyak ni?" soal Nurin dengan muka tahan gelak,dah macam teran berak dah rupa dia. Muka kalau boleh nak buruk lagi

"tak..takk...seriously tu Irham yang dkakfhaothskfjsjdj warghhhhhh!!" Amelya sudah melompat atas katil sambil buat back flip manakala yang lain sudah terpegun

"untunglaaaaa semua dah ada partner, aku je alonee"rintih Nurin perlahan di bucu katil. Tiang katil dipeluknya,oh tiang ayuh kahwin

"ha elok kau kahwin ngan tiang katil tu"cadang Elyna tak berapa nak prihatin

"kan,dapat anak kepala muka nurin badan macam tiang --aduhh sakit sial!" marah Mina apabila Nurin mencampak botol rexona kosong ke arah kepala Mina. Headshot punya

".jangan memain aku ni pemain bola telanjang tau!"kata Nurin riak

"ahh bodo keranjangla babi bukan telanjang!!"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"naufal..."panggil Naura. Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci. Kang nak berdrama ada orang mengacau momen indah

"Abang.."panggil Naura apabila Naufal tak membalas,Naura sudah tayang muka cemberut dahla kena tinggal tadi. Nasib baik rumah dekat

Kalau tak dah ada orang minyak teman,ha kau jangan Naufal aku boleh curang ngan orang minyak! Ni rare punya orang kahwin lari kat siam ni kahwin lari kat belakang petronas

Naura hanya memandang kearah Naufal yang hanya baring sambil bermain handphone. Adakah aku dipalau?

Nampaknya aku dimadukan dengan game.

"abang.."panggil Naura lagi. Perlahan-lahan kakinya diatur ke bucu katil dan duduk membelakangi Naufal.

Telekungnya dibuka sebelum disidai di penyidai yang terdapat di tepi katil.

Naura menoleh kebelakang lalu terus dia baring di sebelah Naufal. Wajah Naufal dari tepi ditenung lama.

"abang.."Tangan kirinya mula naik ingin menyentuh wajah kacak si suami. Ingin diusap manja supaya hati beku itu cair semula.

Belum sempat tapak tangan Naura menekap di pipi Naufal,Naufal terlebih dahulu mengelak dan berpusing membelakangi Naura secara drastik. Terkedu Naura dibuatnya. Naura perlahan-lahan menjatuhkan tangannya kebawah .

"abang maaflah..sebab saya tinggikan suara kat abang.."pujuk Naura perlahan. Dia memeluk tubuh Naufal dari belakang lalu disembamkan muka di belakang badan lelaki itu. Lantakla laki tu nak protes ke apa! Aku rindu nak peluk camni..

"abang jawablah..say something.."

Matanya yang sudah bergenang dengan air mata mula memerah. Please dont cry,kau macam lemah sangat Naura. Cenggeng betul.

"takpelah kalau abang taknak maafkan saya, saya tahulah saya bukan sape-sape bagi abang sampai abang nak kena bersabar dengan say--"
Belum sempat Naura ingin menghabiskan ayatnya,secara drastik Naufal berpusing kearahnya.

"budak ni kan,orang nak merajuk sekejap pun tak boleh tahu nak nangis je pastu nak sentap" ujar Naufal perlahan dengan suaranya yang serak-serak basah

Terus jatuh air mata Naura, terus sahaja Naufal menarik leher Naura mendekatinya dan muka Naura disembamkan di dadanya sebelum tubuh kecil itu dipeluk kuat.

"sayang ni kan,abang tak bolehla tengok sayang nangis comel sangat rasa nak peluk peluk jee!"
Bisik Naufal perlahan lalu kepala Naura dicium lembut.

"sorry.."

"sokey sayang,dont do it again okey?"soal Naufal,dagu isterinya disentuh perlahan supaya wajah Naura yang penuh dengan air mata itu ditatap perlahan.

"okay.."

[C] Tengku Naufal's BabygirlOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz