Bab 5

24K 1.3K 28
                                    

Naura menyepak daun daun yang sedikit panjang di belakang blok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura menyepak daun daun yang sedikit panjang di belakang blok.

Selalunya kalau drama, sikit² taman sikit² taman. Sekarang dia berada di belakang blok makmal komputer

Dia memandang kawasan itu yang teramat sunyi. Jam ditangan ditilik. 1.35P.M

Setengah jam lagi nak balik. Naura menyapu birai tepi longkang dan duduk di tepi longkang kecil itu.

Ditenung dihadapannya yang hanya ada semak samun dan juga pagar berdawai yang agak berkarat.

Sikunya yang makin berdenyut dipandang lalu disentuh
"aw! " aduhnya

"huh sial betul. Lelaki ngan perempuan sama ja sial.neo dwaeji!shibal!" dia memaki hamun dalam bahasa korea

"menyampah betul"rungutnya perlahan

Tiba² ada sepasang kaki berada di tepinya dan orang itu adalah Naufal bila dia mendongak

Wajah dingin Naufal dijeling sekilas
"macam mana awak jumpa saya?"soalnya. Rumput² kecil di birai longkang, dicabut halus

"sekolah mummy aku. Aku taula" Naufal duduk disebelah Naura. Jarak mereka amat rapat sehinggakan kaki mereka berlaga

Naura tersentak lalu segera mengesot menjauhi Naufal sejengkal

Naufal hanya pandang

"kenapa awak cari saya? "

"saja. "balas Naufal

"huh! Jawablah betul²!"

"hurmm"

"dahla, takyah la cari saya. Pergi la cium tempat duduk awak tuh. Hamak sangat kan?" marah Naura sambil memandang Naufal

"ish kau ni kan! Banyak cakap la!" Naufal menjeling

"asyik-asyik marah. Sikit-sikit nak marah. Fine saya takkan duduk dah tempat awak" Naura bangun. Kedua tangannya yang kotor ditepuk-tepuk perlahan

Segera Naufal menarik Naura hingga Naura duduk semula dengan kasar
"sakitlah! "adu Naura sambil memegang sikunya

Naufal hanya diam dan meneliti siku Naura yang berdarah

Dia mengeluarkan ubat sapu dan plaster

Ubat itu disapu perlahan di tempat luka dan plaster ditampal. Cepat dan cekap!

"thanks"

Naufal memeluk lutut
"banyak tempat, kau pilih kat sini nak merajuk? " Naufal memandangnya

"eh, Mana ada saya merajuk! " nafi Naura. Kedua tangannya disilangkan

"dah tu kenapa keluar dari kelas?" soal Naufal lagi

"dah awak marah. Saya ingat awak tak suka kalau saya duduk situ lagi..takpe nanti saya tukar tempat dengan Syen.. "mulut Naura ditekup kasar

Akibatnya Naura terdorong kebelakang dan hampir terjatuh tapi pinggangnya pantas dipaut oleh Naufal

Mata mereka menikam antara satu sama lain.

"ja..jangan libatkan dia. Dia takde hubungan ngan aku" kata Naufal

Naura kaku dan memandang tangannya yang berada di dada bidang Naufal

"Firash..le..lepas? "pinta Naura
Segera Naufal melepaskan pinggang Naura menyebabkan Naura tergolek.nasib tak masuk longkang

Naufal masih dengan reaksi terkejutnya. Menggosok belakang lehernya
"ma..maaf rosakkan firstday kau" Naufal segera meninggalkan Naura yang terpinga-pinga

Sepanjang perjalanan kekelas, Naufal tak henti bercakap seorang diri
"kenapa aku berdebar? "

****

Suasana di meja makan hanya dipenuhi bunyi garfu dan sudu .Naura masih teragak- agak mengunyah makanannya kerana berasa janggal bila Aryan tak henti memandangnya.

Usai makan. Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan dan tisu dicapai lalu mulut dilap. Dia duduk bersandar pada kerusi. Kena tunggu kalau tak nanti Aryan mengamok

"Already full?" soal Aryan

"Yes Pa, Naura dah kenyang" jawab Naura sambil menunduk. Aryan hanya mengangguk lalu menyambung makan.

Puan Sara yang hanya menjadi pemerhati lalu bersuara untuk mengurangkan suasana tegang antara anak dan bapak ni

"camna First day hari ni? " soalnya.

"ermm, okay Ma.. Cuma tulah ada orang kacau Naura" luah Naura. Puan Sara yang sedang minum air itu tersedak.

"uhuk uhuk! " Aryan segera menepuk nepuk belakang isterinya yang tersedak.

"sayang oky? " soal Aryan. Wanita itu hanya mengangguk perlahan.

Naura pula memandang drama swasta itu. Bukan drama free sebab jarang Aryan bersikap sweet depannya. Garang je memanjang ngan anak. Tapi kalau dengan mama boleh dia menggedik.

"ermm.. Mama papa.. Naura ada banyak kerja sekolah ni. Kalau mama ngan papa nak bersweet .. Baik Naura blah dulu"

"err.. Sorry"

"Naura jangan risau. Lepas Naura kahwin, ada orang jaga Naura kat sekolah" terang Aryan.Naura membatu.. Isu kahwin diungkit..

"Ma.. Pa.. Naura kena kahwin betul ke ni? "

Sara dan Aryan mengangguk .

'demi kebebasan aku kena hadap benda kahwin ni' bisik hatinya.

"dia sekolah sekali ngan Naura ke? "

"yes"kata Aryan.

"nama dia? " Naura menggenggam hujung bajunya. Berdebar

"secret~" kata Sara lalu mengenyit mata. Meja dikemas.Naura mengeluh. Huhh!

"Im sure Naura akan happy. Papa nak terbaik untuk Naura tau. " kata Aryan.

Naura tersenyum nipis
"ok"katanya sepatah

Naura tersenyum nipis"ok"katanya sepatah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tengku Naufal's BabygirlWhere stories live. Discover now