"Bawa jumpa keluarga kita dulu.Tak payah terburu-buru buat keputusan."

Tisu yang mengelap mulutnya di letakkan atas meja.Sebelum beredar,jus Oren yang tinggal setengah di habiskan terlebih dahulu.Kedinginan Dato Hisham di rasai kedua anak kembarnya.Itulah perangai ayah mereka semenjak berperang dingin dengan Fariz.Tidak betah dia berlama-lama berkongsi ruangan yang sama dengan Fariz.

"Lama-lama okeylah tu."

Farhana memujuk Fariz pula.Sungguh,dia tidak suka akan ketegangan hubungan mereka.Sudah puas dia menasihati ayahnya tapi tetap sama layanan Dato Hisham terhadap Fariz.

Fariz hanya tersenyum nipis.

******

Cinderella menghembus nafas lega sebaik saja arahan untuk berehat di berikan.Tempat duduknya di tujui.Benda pertama yang di capai semestinya telefon bimbitnya.

Keningnya bertaut tatkala melihat ada lebih 10 missed call dan mesej yang diterimanya.Lebih mengejutkan lagi bila panggilan-panggilan itu dibuat oleh Suzy dan wakil Diamond Skincare.Tidak mahu tertanya-tanya,mesej yang di terima di baca.

Suzy

What happened,Ella?DS call I cakap dia orang nak ganti rugi.Kenapa you cancel kontrak you dengan dia orang?

I tak nak masuk campur but I yang bagi you job ni.

"What?!"

Mata Cinderella membulat,mulutnya ternganga tidak percaya.Mesej dari Diamond Skincare di abaikan.Syarikat itu pula yang di hubunginya.

"Hello,Chris?"

"Yes,Ella."

"Apa maksud you I cancel kontrak kita?I tak buat apa-apa pun."

"Huh?But manager you yang call I pagi tadi cakap you nak undur diri."

Cinderella menarik nafas dalam.Hatinya cuba di sabarkan daripada marah.

"Manager I apa pula?I dah pecat Suzy,I kerja sendiri."

"Tak bukan Suzy.Dia cakap dia manager baru you.And I dah call Suzy minta kepastian tapi dia juga tidak tahu apa-apa."

"Habis tu sekarang macam mana?Seriously,Chris I tak tahu apa-apa."

Keluhan lemah terbit dari mulut Cinderella.Walaupun dia tidak bersungguh mahu menjadi duta produk mereka tapi dia tahu masalah yang dia bakal hadapi.

"I'am very sorry Ella.I dah infrom pihak atasan and dia orang dah setuju cancelkan kontrak tapi dia orang nak you bayar ganti rugi."

My Evil CinderellaWhere stories live. Discover now