Bab 45:Mak

1.1K 54 7
                                    

USAI mengaminkan doa,airmata yang mengalir lebat tadi di seka perlahan.Sesekali hidungnya menarik kembali hingus yang ingin keluar.Seketika Cinderella termenung mengenangkan nasibnya.

Sudah tiga hari Irfan tidak balik.Malam itu adalah hari terakhir dia melihat bayang Irfan.Bila di telefon,panggilannya tidak berangkat.Apalagi pesanan yang di hantar,sepi tanpa balasan.Suaminya sudah benci pada dia.

Telekung di buka kemudian sejadah di letakkan kembali di tempatnya.Tenang.
Itu yang dia rasakan sekarang.Selama ini hidupnya berserabut,hatinya tidak selalu tenteram.Tapi semenjak dia perlahan-lahan kembali mendekati sang pencipta,hidupnya lebih tenang.Walaupun terkadang bisikan syaitan menganggunya,namun dia kuatkan hatinya untuk melawan.

"...jangan buat saya terhumban dekat neraka."

Tidak pernah sesaat pun rasa perit itu hilang tatkala bicara Irfan tempoh hari menjengah di fikirannya.Kerana itu,dia mula perlahan-lahan berubah.Bukan untuk Irfan sahaja,tapi untuk dirinya juga.

Telefon di katil di capai lalu di hidupkan.Duduk Cinderella yang tadinya lemah,menjadi tegak bila melihat ada satu missed call di terimanya.Namun hampa,nama Firdaus yang tertera.

Teringatkan mesej Firdaus yang tidak di balasnya dulu,Cinderella berfikir ada baiknya juga dia menelefon kembali adiknya itu.

Satu kali deringan,masih tidak ada jawapan.Masuk yang ketiga kali,masih juga tidak berjawab.Dahi Cinderella berkerut bila panggilannya masuk ke mel suara,panggilannya segera di matikan lalu jam di skrin telefon di tilik.

"Masih awal lagi,takkan dah pergi sekolah?Tadi baru je call."

Jam panggilan Firdaus di lihat.Sepuluh minit yang lalu.Masih baru lagi,tapi Firdaus tidak menjawab panggilannya pula.

"Nanti call baliklah."

Telefon di masukkan ke dalam saku baju tidurnya.Cinderella mahu turun ke dapur,membuat sarapan pagi untuknya.Selepas ini perlu keluar bekerja pula.Semenjak Suzy di pecat,Cinderella sendiri yang menguruskan perihal kerjanya.

Saat tangannya sibuk mengupas bawang,bunyi hon kereta di laman rumah menghentikan kupasannya.Senyum nipis terukir.

Sekurang-kurangnya Ayana ada temankan dia.

******

"Fariz nak kahwin."

Bunyi sudu dan garfu langsung hilang  saat Fariz menyatakan hasrat hatinya.Dato Hashim berdehem perlahan.Walaupun hubungannya dengan Fariz sudah semakin renggang,tapi dia masih perlu mengambil tahu soal masa depan anaknya itu.

"Kamu nak bawa masuk perempuan mana pula dalam keluarga ni?

"Ayah,percayakan Fariz kali ni.Yes,Fariz mengaku Fariz buat salah,Fariz malukan ayah.Tapi kali ni Fariz serius.Fariz tak nak sia-siakan dia lagi."

"Lagi?Siapa perempuan tu abang?Diana?"
Farhana pula yang membuka mulut setelah sedar dari rasa terkejutnya.Tiba-tiba saja abangnya menyuarakan hasrat yang besar,mana taknya dia tidak terkejut.

"Bukan.Kau bagitahu Diana jangan ganggu aku lagi.Aku tak suka dia."

"Tapi..."

Farhana menayangkan riak wajah monyok.Sudah bertahun Diana mengejar abangnya.Dia pula tidak pernah menghalang,malah kadang-kadang akan menyokong sahabatnya itu.Mana dia sanggup melarang Diana supaya menjauh dari Fariz.

My Evil CinderellaKde žijí příběhy. Začni objevovat