BAB 42 ZOO

9.2K 527 100
                                    

Suasana sunyi di dalam perut Mercedes-Benz milik Arshad membuatkan Clara terasa janggal sahaja untuk memulakan perbualan .

"Boss kita nak ke mana sebenarnya ni?" Tanya Clara bernada perlahan apabila menyedari Arshad tidak melalui lorong yang menuju ke rumahnya.

"Kubur" Jawab Arshad sepatah.

Clara terdiam.

"Kubur + mayat = hantu?"

Clara meraup wajahnya. Tangannya melingkar pada tubuh badan Ainul yang tertidur akibat keletihan di atas badannya.

"Boss kita balik. Saya janji saya buat kerja. Lagi pun boss kata nak hantar saya kerja tadi kan?" Pujuk rayu Clara diendahkan.

"Boss! Please, kita pulang"

"Diam. Aku nak melawat seseorang"

Hampir gugur air mata gadis itu apabila Arshad kelihatannya degil, malah masih tetap pada pendiriannya yang mahu ke tanah perkuburan itu.

"Boss!"

"Diam"

Esakan tangis Clara kedengaran halus sahaja pada deria pendengaran jejaka bermata biru kristal itu.

Arshad menghela nafas perlahan.

'Tadi kemain mengusik aku tak habis. Bila sebut kubur je terus nangis.' Ujar Arshad di dalam hati bersama senyuman sinis.

"Kita balik!"

"Tak nak!"

"Boss!"

"Siapa punya kereta sekarang ni?"

"Boss punya lah"

"So ikut arahan aku."

Mencebik Clara apabila mendengar keputusan muktamad Arshad itu.

"Ciss penakut!" Provok Arshad sambil menambah kelajuan keretanya.

"Mana ada!"

"Heh! Tak mengaku pulak dah"

Clara menjeling bossnya itu. Geram, sakit hati, kecewa semua ada menempel pada hatinya.

"Betul lah. Nak cinta boss je. Bluekk!" Clara mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap.

Arshad tersengih dalam diam. Phobia dengan hantu membuatkan jejaka bermata biru kristal itu teringat akan seseorang . Memori masa lampau yang telah sekian lama hampir dilupakan.

" Ashikin " Suatu nama meniti di bibir.

*

"Ainul sayang, bangun. Kita dah sampai. Ayah dah tunaikan janji. Ainul bangun lah nak" Tubuh badan Ainul di goncang lembut. Clara pula hanya diam memerhati.

Beberapa minit kemudian kelopak mata kanak-kanak perempuan itu terbuka perlahan.

"Erk. Kita dah sampai?" Soalan pertama meluncur di bibir kanak-kanak perempuan itu. Clara tersenyum nipis melihat wajah baru bangun tidur anak bossnya. Comel sangat!

"Ye, sayang. Jom turun"

Termati terus senyuman yang terlakar di bibir Clara apabila Arshad kelihatan masih berdegil mahu menyuruhnya turut serta.

"Ibu jom keluar!" Ujar Ainul dalam masih keadaan mamai.

Clara mengeluh manakala Arshad tersenyum sinis.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt