Diego membuka pintu belakang Mercedes-Benz milik Aiman untuk Ain. "Silakan masuk"

Ain masuk ke dalam tanpa berlengah. Dia mahu cepat2 balik dan berehat.

* * *

Ain membuka telekung lalu melipatnya dengan kemas. Dia baru selesai menunaikan solat isyak.

Ain duduk di atas katil. Telefonnya di meja kecil bersebelahan katil dicapai. Dia gusar. Sudah 8:30 malam namun Aiman masih belum balik. Sibuk sangatkah suaminya itu?

Ain mahu menelefon Aiman namun takut dia akan mengganggu lelaki itu. Ain mengeluh panjang. Dia tak sedap hati.

Beberapa saat kemudian, tiba2 telefon Ain berdering. Ain segera melihat nama pemanggil. Dia kerut kening.

Wani?

"Hello, Wani. Ada apa?" Soal Ain.

"Ain, aku ada masalah. Tolong aku, Ain. Tolong!"

Ain segera berdiri apabila mendengar suara panik Wani. Wajah Ain mula pucat.

"Wani? Kau okay tak?! Apa jadi? Didi mana?" Ain panik. Dia sudah berpeluh. Dia risaukan Wani yang sedang sarat mengandung itu.

"Aku...aku okay. Tapi...aku ada masalah. Didi...aku gaduh dengan Didi. Dia tinggalkan aku kat sini. Ain, jumpa aku. Tolong Ain. Aku sedih" Wani sudah teresak menangis.

Tiba2 perasaan marah membuak dalam diri. Ain semakin tak tentu arah. "Apa?! Ya Allah, kenapa Didi buat camtu? Kau kan tengah sarat mengandung! Okay, okay. Kau kat mana? Aku datang sekarang!"

"De...dekat padang belakang office kita. Aku duduk sorang2 kat sini. Ain, apa patut aku buat? Aku sedih" rintih Wani.

"Jangan risau. Aku datang sekarang. Kau tunggu aku tau. Jangan pergi mana2!"

Ain segera mematikan panggilan lalu menelefon Diego. Dia perlu berjumpa Wani sekarang.

* * *

Ain keluar dari kereta lalu berlari menuju ke kawasan padang di belakang Jaya Holdings. Kawasan itu milik Jaya Holdings dan dikelilingi beberapa pokok dan terdapat laluan penjalan kaki untuk berekreasi.

Ain kerut kening. Kawasan itu lebih gelap dari biasa. Tiada lampu spotlight yang biasanya akan dipasang. Dia tidak sedap hati. Apa sebenarnya semua ni?

Tiba2, lampu spotlight terpasang dengan sendiri diikuti fairy lights yang digantung di pokok2. Dan barulah Ain perasan sebuah kain rentang besar digantung antara 2 pokok di situ.

"SURPRISE!!!"

Ain menutup mulut. Dia seperti tak percaya apa yang dilihatnya sekarang. Air matanya menitis.

Semua orang berada di situ. Semua rakan sekerjanya berada di situ. Bersama suaminya yang tercinta, ayah mertuanya, Erina, Raihanah dan Laura. Semua orang tersenyum lebar sambil berdiri di bawah kain rentang yang bertulis 'HAPPY BIRTHDAY'.

Ain benar2 lupa tentang hari jadinya. Dia langsung tak sangka mereka semua akan mengadakan parti kejutan untuknya. Ain sangat2 terharu.

"HAPPY BIRTHDAY AIN!"

Wani, Zulaikha dan Kak Ana menuju ke arah Ain yang berdiri kaku dek kerana masih terkejut. Mereka membawanya ke arah meja panjang di situ yang penuh dengan makanan. Kek dua tingkat di tengah2 adalah yang paling menarik perhatian Ain.

Ain menoleh memandang suaminya di sebelah. Lelaki itu tersenyum manis lalu menghulurkan pisau plastik untuk memotong kek.

Semua orang mula menyanyikan lagu hari jadi. Selepas tamat, Ain meniup lilin. Sorakan dan tepukan tangan menghilangkan sunyi malam.

"Thank you so much, everyone." Ucap Ain. Air matanya hampir mengalir. "I seriously forgot about my birthday"

Semua ketawa melihat kecomelan Ain. Rakan2 wanitanya mula memeluk Ain erat.

"Takpe, kalau kau lupa, kitorang semua ada untuk ingatkan kau" tutur Wani, ikhlas.

"Yup, betul tu. Gigih tau kitorang buat semua ni dari petang tadi. Kitorang tak nak kau tau, sebab tu kitorang semua cuba mengelak dari kau. Tapi, yang paling banyak sponsor majlis ni adalah boss kesayangan kita, Encik Aiman." Didi menepuk bahu Aiman.

"Really?" Ain tersenyum manis memandang suaminya. "Thank you"

Aiman menuju ke arah Ain lalu berdiri tegak di hadapan gadis itu. Tiba2, tangan Ain dicapai dan digenggam erat di hadapan semua orang di situ.

Suasana tiba2 menjadi senyap sunyi. Hanya Dato Syukri, Erina dan Rai sahaja yang tersenyum antara satu sama lain.

Ain terlopong. Dia memandang wajah semua orang di sekelilingnya. Masing2 keliru dengan apa yang terjadi. Wani sudah terlopong sambil silih berganti memandang Didi dan Zulaikha.

Aiman mula menoleh menatap semua orang di situ. Tangan Ain masih digenggam erat.

"I have an important announcement" Aiman memandang Ain sekilas. "Saya dan Ain dah berkahwin. Ain adalah isteri saya yang sah"

Semakin terlopong semua orang di situ. Gelas di tangan Wani terjatuh dek kerana terkejut. Masing2 seperti tak percaya dengan apa yang didengari mereka. Ain memandang Aiman seperti tidak percaya.

"Maafkan kami sebab rahsiakan perkara ni. Ada sebab2 tertentu mengapa kami tak dedahkan tentang semua ini kepada semua orang. Tapi sekarang, saya rasa tak ada sebab untuk merahsiakannya lagi."

Aiman menoleh menghadap Ain yang gusar. Dia menggenggam tangan gadis itu untuk menenangkannya. Ain menarik nafas panjang lalu dia mula bertenang.

"Se...sejak bila...boss dengan Ain kahwin?" Soal Zulaikha.

"Sejak 6 bulan yang lepas." Semua orang mula memandang Dato Syukri apabila lelaki itu bersuara. "Maaf semua, ini semua rancangan saya. Saya yang nak satukan Aiman dan Ain tanpa pengetahuan semua."

Masing2 kehilangan kata2. Ain mula tak selesa apabila semua pandangan menghala ke arahnya.

"Don't worry. Everything will be fine" bisik Aiman.

"I hope so"

* * *

Ain menguis sepotong kek di atas pinggannya. Dia duduk dengan tidak selesa di gazebo yang disediakan di sekeliling padang itu. Matanya teragak-agak mahu memandang Wani, Zulaikha dan Kak Ana yang berada di hadapannya sekarang.

"Sampai hati kau rahsiakan perkara ni" tutur Wani, sebak.

Ain menatap wajah Wani dengan sayu. Dia asyik rasa bersalah sejak tadi. Sudah jelas rakan2nya itu pasti kecil hati kerana Ain merahsiakan perkara penting itu.

"Wani, kita tak boleh salahkan Ain. Ini masalah keluarga. Dato Syukri sendiri cakap dia yang nak rahsiakan semua ni. Bukan salah Ain. Kita kena faham. Lagipun, sekarang kan kita dah tahu. We need to be happy for them, it's a good news."

Ain terharu apabila Kak Ana yang matang cuba untuk menjelaskan perkara ini kepada Wani. Zulaikha mengangguk, bersetuju dengan kata2 Kak Ana.

Ain mengusap bahu Wani. "Wani, jangan la marah aku ya. Aku tau kita kawan, tapi aku takde pilihan lain. I'm so sorry"

Wani mengesat air matanya. "Aku tau. Sebenarnya aku tak marah kau. Tapi sejak mengandung ni aku sensitif sangat. Aku tak boleh dengar cerita2 mengejut ni. Aku minta maaf" Wani menatap Ain. "I'm happy for you"

Ain mula tersenyum lebar. Dia memeluk Wani erat. Selepas ni dia tak perlu merahsiakan apa2 lagi.

Now, everyone knew that Aiman is mine.

My Ice Prince Hubby ❄✔Where stories live. Discover now