Bab 16 : Janji🖐

9.5K 259 0
                                    

Setelah Dania kembali pulih,dia menagih janji kepada abang kembarnya yang sudah berjanji ingin membuat pulut mangga bersama dan semestinya jangan berjanji dengan Dania memang dia akan tuntut sampai dapat.

Dania mengayuh basikalnya sambil menikmati suasana kampung menuju ke kebun buahan milik abangnya Danial yang terletak di hujung kampung.Abangnya yang satu ni mengusahakan tanaman buah naga dan selalu saja Dania minta free begitu saja manakala Abang Danish pula ada kedai bakeri sendiri dipekan.Dua jejaka ini menjadi idaman para gadis kerana ada perniagaan sendiri di usia muda.

Dania meletakkan basikalnya bersebelahan pondok kecil yang terletak di dalam kebun buah Naga itu.Dania terngendap macam pencuri sambil mata melilau mencari figura Danial,niatnya hanya satu nak terkejutkan Danial.

"Memang kerja adik ngendap-ngendap ke?"sergah Danial dari belakang Dania yang tak perasan kehadirannya.

"Opocot nak curi buah."Latah Dania

"Pencuri melatah."Perlinya kepada Dania.

Dia berpusing mengadap Danial yang ketawa besar buatnya melatah.

"Ish Abang Nial ni,terkejut lah Nia."

Dania terus menghampiri Danial sambil tangan buat simbol ingin mencubit Danial dan sepantas kilat Danial lari sambil ketawa,lebih baik dia cabut lari sebelum kena ketam dari Dania.

Mereka berkejaran keliling kebun sehingga Dania melanggar seorang pekerja yang sedang memetik buah Naga.Dania terus berhenti mengejar abangnya dan nampaknya buah lagi menyelerakan daripada kejar si abang.Danial berpatah balik apabila dia toleh kebelakang Dania sudah tak mengejarnya lagi lantas dia menghampiri Dania yang sedang berbual dengan pekerjanya.

"Boleh tak nak satu?"soal Dania yang melihat buah-buah Naga dalam bakul rotan itu.

"Sejak bila Nia minta izin ni kan selalunya Nia ambil je."Perli Azril,salah seorang pemetik buah Naga dikebun itu.

"Sejak bos ada kat kebun."Kata nya seraya menayangkan gigi besi.

"Oh jadi selama ni adik curi buah dalam diam ya."Kata Danial sambil mencekak pinggang saat mendengar butir bicara adiknya.

"Hehehe,buah free.Nanti raya minta maaf"Jawabnya selamba

"Banyaklah kau punya free,oh Azril kau pun subahat ya."

"eh tak bos,dia yang suruh saya tutup mulut."Kata Azril membela  diri.

"Alah kantoi lah kau ni Ril."Marah Dania sambil tangannya mengambil dua biji buah Naga yang sudah masak didalam bakul.

"Nasib baik adik abang sorang je kalau tak lingkup bisnes buah abang ni."

"Hah betul tu,jangan berkira dalam berniaga lagi satu kena banyak sedekah biar perniagaan tu tambah maju."Hujah Dania.

"Bukan buah aku je kau curi kan?mesti pastry abang Danish pun kau curi kan?"Tuduh Danial.

"Tak,dengan abang Danish selalunya adik minta izin."Jujur Dania.

"Tipu lah."Katanya tidak mempercayai Dania.

"Siapa suruh percaya."Kata Dania lantas diri lepastu dia jelir lidah kearah Danial lalu dia berlari macam kanak-kanak riang sambil tangannya membawa buah Naga yang dicuri.

"Nakal betul budak sorang ni."

Danial menggeleng kepala melihat kerenah adiknya yang satu ini tapi betul lah selalu Dania akan minta maaf dan mengakui salahnya dihari raya.

"Kau sambung kerja kau lepas ni kalau dia ambil buah lagi inform aku,bukannya aku marah pun kalau dia ambil."Katanya kepada Azril.

"Baik bos."Kata Azril pendek lalu menyambung tugasnya.

Danial ketawa kecil melihat muka adiknya yang seronok melantak buah Naga didalam pondok.Dia lega adiknya sudah kembali ke sedia kala dan minggu depan adiknya bakal memulakan pengajian semula.

"Amboi dik,makan tak ingat dunia nampak."perli Danial sambil menghampiri Dania yang sedang memotong buah Naga.Didalam pondok itu disediakan pisau,pinggan dan papan pemotong kerana selalunya Danial akan merasa buah Naga hasil tanamannya.

"alah nanti balik U dah tak merasa dah kelazatan buah abang yang free ni."Kata Dania sambil tangan ralit potong buah.

"lazat sebab free."Balas Danial sambil menjuling mata keatas.

"Bang,bila kau dengan Danish nak buat projek buat pulut mangga tu?aku dah sihat dah ni."katanya lalu mengunyah buah Naga.

"Tunggu Abang Danish lah dik oi.Dia tu tutup kedai pukul 10 malam."Jawab Danial lantas mengambil satu potongan buah naga.

"Leceh lah,dia tu cuti hari rabu."omel Dania

"Hari ni hari apa?esok hari apa?"soal Danial

"Hari ni hari selasa lah esok rabu,dah tu kenapa?"soal Dania kembali.

"Maknanya apa?"Soal Danial pula.

"Maknanya esok kita boleh buat projek."sahut Dania girang.

"Tahu pun kau."Danial menggosok kepala adiknya yang berlapik tudung tu.

"Tapi mama tak marah ke kalau kita curi eh tak korang yang curi."soal Dania.

"Taklah,awal-awal lagi aku dah bagitau mama."Kata Danial riak.

"Habis apa alasan kau bagi?"soalnya.

"Aku cakap kau mengidam."Jawab Danial.

"kepala otak kau lah bang.Bila masanya aku pregnant tiba-tiba mengidam eh padahal kau yang janji."Marah betul Dania.

"Aku gurau jelah.Aku cakap sebagai reward untuk kau sebab kau ni adik yang mendengar kata."Kata Danial.

"Fuh nasib baik."

Lega hati Dania bila dengarkan itu dan dia tak sabar menunggu hari esok.

***
Danish dan Danial saling berpandangan antara satu sama lain lalu memandang Dania sambil menggeleng.Ada ke patut Dania suruh mereka berdua panjat pokok mangga tu sedangkan nak ambil buah tu pun boleh kait guna galah.

"Kau fikir kita budak-budak ke?kitaorang ni dah umur 26 tahun tau takkan nak panjat pokok kutnya ada anak dara lalu ke jatuh saham kitaorang berdua."Bebel Danish kepada Dania.

"Alah bukan selalu lagipun pokok ni kan belakang rumah kita takkan lah ada perempuan nak lalu."Balas Dania.

"Nasib baik kau sorang je adik aku kalau tak dah lama botak kepala aku nak layan kerenah adik-adik aku."Ujar Danish

"wey aku bukan adik kau ea?kau lupa dengan kembar kau ya dasar abang derhaka."Kata Danial geram.

"Haah lah lupa pulak,takpa demi abang yang sulung aku sarankan kau naik panjat then aku pulak kutip."cadang Danish.

"Banyak ah kau tak nak aku."Bantah Danial.

"Apa kata korang berdua naik sekali nanti adik je kutip kat bawah.Lagi banyak kutip lagi sedap."Cadang Dania.

"Haa tu aku setuju."Balas Danial.

"Sekali ni je lah aku buat kerja gila dengan korang.Lepas ni ampun deh taubat aku."Ujar Danish lalu tepuk dahi sendiri.

Puan Noni yang baru pulang dari pekan setelah berbelanja barang dapur menuju ke dapur untuk meletakkan barang-barang tapi aktivitinya terganggu apabila mendengar bunyi riuh-rendah dari belakang rumah.Dia terkejut lalu ketawa melihat anak-anaknya yang sedang mengambil buah mangga.Pemandangan yang sungguh indah melihat anak-anaknya bergembira.Kelihatan si kembar yang diatas pokok memetik buah manakala tugas Dania mengutipnya lalu meletakkan di dalam bakul.

Lalu dia mengambil telefon bimbitnya dari tas tangan jenama LV hadiah dari kembar dan dia cepat-cepat ambil video untuk merakam keletah mereka bertiga sebelum mereka tersedar nantinya dia akan hantar video tu kedalam group whatsapp family mereka iaitu "Aimanoni Family".

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now