❋ 8 - はち Hachi ❋

1K 190 207
                                    


Hey guys, malaikat tanpa sayap is back ♡ rindu cerita ni tak? Kalau rindu sila comment dan vote ♡

Suggestion : Digalakkan dengar lagu sedih sambil membaca ♡




Suggestion : Digalakkan dengar lagu sedih sambil membaca ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 




                   Jaemin dan Jeno sedang sibuk memilih butir-butir manik untuk dibuat gelang. Setiap bulan, wad palliative akan mengadakan aktiviti bagi meraikan dan menceriakan pesakit di wad mereka. Aktiviti hari ini adalah membuat cenderhati mengunakan pelbagai jenis manik-manik yang disediakan. Pesakit boleh membuat keychain, gelang atau rantai sebagai hadiah cenderahati atau kenang-kenangan. Ini adalah salah satu aktiviti bagi mengisi 'quality of life' pesakit sementara menunggu pengakhiran hidup mereka.

"Gelang ni untuk siapa tu?" Tanya Jeno kepada Jaemin yang sedang fokus.

Jaemin tersenyum. "Adalah lah..."

"Untuk cik Lalisa-ssi ea?" Jeno menyiku lengan Jaemin sambil melirik jauh Jururawat Lalisa yang sedang membantu pesakit lain membuat gelang. Rona pipi Jaemin memanas dan berubah warna kemerah-merahan.

"Tu pipi merah-merah tu kenapa haaa?" Usik Jeno lagi.

"Mana ada! Mana ada! Aku buat kat orang lain lah." Nafi Jaemin yang sudah tersipu malu.

"Then? Untuk aku?" Kini Jeno mencuit hidung Jaemin.

"Eh tak yah perasan lah gemok! Aku buat untuk seseorang tau." Balas Jaemin.

"Kalau bukan untuk aku... ini mesti untuk Injunie kan?" Tanya Jeno lagi membuatkan Jaemin tersentak.

Macam mana Jeno mengetahuinya?

'Injunie.. Renjun.. aku rindu kau' rintih hati Na Jaemin.

Jaemin menggeleng. "Kalau aku buat gelang kat dia... hati dia lagi akan lebih sakit bila tahu aku dah tak ada nanti."

Jeno terdiam, memandang sayu Jaemin.

"Nanti Injun akan makin rindu pada aku. Aku takut kemurungan Renjun datang balik. Cukuplah dia cederakan diri dia dulu. Aku jadi bertambah sakit bila tengok dia sakitkan diri dia. Kau ingat tak masa kita trainee dulu.. yang dia cuba kelar kaki dia sebab dia rasa dia tak mampu menari sebagus trainee lain? Aku taknak dia buat benda bodoh sebab aku. Tolong lah. Aku sayang Injunie. Aku sayang kau.. dan aku sayang semua ahli dream." Sambung Jaemin.

"Jaem, tapi sampai bila kau nak terus menerus sorok tentang keadaan kau ni? Atleast kalau kau taknak ahli NCT lain tahu... bagitahu lah Renjun. Dia kan kawan baik kita. Renjun akan lebih sakit bila dia tahu kau dah tak ada nanti." Balas Jeno, serba salah.

"Kalau boleh, aku nak kau rahsiakan kematian aku sampailah bila-bila. Aku taknak mereka tahu. Biarlah semua orang anggap aku dah bahagia dengan jalan hidup aku yang aku pilih ni." Jaemin menepuk bahu Jeno, menahan diri sudaya updaya untuk tidak menangis lagi dihadapan Jeno. Dia tidak mahu menunjukkan sisi lemahnya lagi. Dia tidak mahu Jeno sedih dengan melihat keadaannya. Dia mahu membuat Jeno dan rakan-rakannya tersenyum sehingga dia pergi menjemput ilahi.

『𝐂』Malaikat Tanpa Sayap • jaemin • nct •Where stories live. Discover now