❊ 3 - さん San ❊

1.5K 236 157
                                    



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





[ Masih dalam flashback- Na Jaemin ]

🌼






*Jaemin pov*

Pemandangan gelapku berubah menjadi cerah.

Cahaya lampu yang terang menderang membuatkan mataku silau.

Di sudut benak fikiranku, yakin bahawa ini bukan biliku. Dimanakah aku?

Aku memandang sekeliling.

Dinding putih, dan bilik ini berbau seperti ubat-ubatan yang sangat aku benci baunya?

Adakah aku di hospital?

Aku cuba untuk mendudukkan diriku, tetapi kepalaku bukan main sakit.

"Jaemin? Kau okay?" Kebetulan Manager Kim membuka pintu bilik, lalu mendekatiku. Dia menarik sebuah kerusi di sebelah katilku dan duduk menghadapku.

Soalan pertama yang keluar dari mulutku "NCT Dream mana?"

Aku risau. Aku risau mereka akan dimarahi Sajang-nim Lee Soman kerana aku.

"Manager-nim. Ahli Dream mana?" aku ulang pertanyaanku. Aku benar-benar risau akan mereka.

"Mereka di Dorm setelah ber- photoshoot tanpa kau." Jawab Manager Kim. 'Tanpa kau.' Ayat itu sudah cukup membuatkan aku jadi serba salah. Ahh, aku telah membebani ahli Dreamies lagi. Aku betul-betul kesal.

"Maafkan aku. Aku dah susahkan semua orang. Mianhae. Jongmal Mianhae."

"Bukan salahmu." Jawab Manager Kim yang cuba tersenyum kepadaku. Pasti Sajang-nim Lee Soman sudah memarahi managerku kerana kejadian ini, disebabkkan itu dia terlihat tertekan dan mukanya jelas kelihatan sedang sedih.

"Aku... di hospital?" tanyaku untuk kepastian walaupun aku tahu jawapannya.

Manager Kim mengangguk.

"Apa dah jadi?"

"Kau pengsan di backstage Music core." Jawab Manager Kim yang cuba menenangkan dirinya.

"Dan kau tak sedarkan diri selama 2 hari, Na Jaemin." Tambah Manager Kim yang membuatkan aku terkejut bukan main.

"D-d-dua hari.. aku.. tak bangun?" tanya ku hairan.

"Ya." Manager Kim mengangguk.

"Adakah ahli Dream mengetahuinya?" aku mula risau, sungguh, aku tidak mahu ahli Dream mengetahui tentang ini. Mereka pasti akan risau tentang keadaanku.

"Tidak. Tuan CEO Lee Soman tidak memberitahu tentang ini kepada mereka, aku beritahu mereka yang kau baik-baik sahaja dan perlukan rehat yang secukupnya. Ahhh Tuan Ceo juga melarang mereka untuk datang melawatmu bagi mengelak media mengetahui hal ini." jawab Manager Kim. Aku mengeluh panjang. "Ahh.."

『𝐂』Malaikat Tanpa Sayap • jaemin • nct •Where stories live. Discover now