❊ 2 - に Ni ❊

1.8K 278 167
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


             Pagi itu, Lisa memulakan rutin sebagai jururawat dengan memeriksa tanda vital setiap pesakit di dalam wad, dan memastikan keadaan pesakit dalam keadaan baik. Lisa pun menjalankan tugasnya dengan pergi ke setiap katil untuk memeriksa tekanan darah, nadi, pernafasan, suhu dan keadaan fizikal pesakit sehinggalah tiba di sebuah katil yang bernombor 13.

Tiada pesakit diatas katil tersebut.

'Ini katil Na Jaemin bukan?' desis hati Lisa. Katil Jaemin sudah kemas, rapi.

Lisa mencari Jaemin disekeliling, tetapi tidak ditemui.

"Uhm, maafkan saya. Puan, puan Nampak tak patient bed no.13 ni, Encik Na? Manalah pergi Na Jaemin ni?" tanya Lisa kepada Puan Hyun, iaitu pesakit katil nombor dua belas.

"Ahh.. Nana? Nana akan keluar bersiar-siar setiap pagi, cik Misi." Jawab Puan Hyun dengan senyuman.

"Jinja?" Lisa membulatkan matanya.



"Matilah aku, kalau ketua jururawat tahu, patient hilang tanpa pengetahuan jururawat." Lisa mengomel sendiri.

















***
🌼

"Ahh, kat sini pun awak." Keluh Lisa selepas melihat Jaemin sedang berehat disebuah bangku di bawah sebuah pohon besar berdekatan taman herba Hospital tersebut.

Jaemin memalingkan wajahnya melihat pemilik suara itu.

"Eh Noona!" sapa Jaemin riang. "What's up!" sambung Jaemin seperti tiada apa berlaku.

"Kenapa awak kat sini Na Jaemin? Bukankah sekarang waktu pemeriksaan pagi untuk semua pesakit ke? Bagaimana saya nak check awak? Nanti Doktor marahkan saya pula sebab tak reti buat kerja. Awak ni buat saya risau je. Saya ingat awak lari dari wad tadi. Rupa-rupanya awak kat sini.. tau tak saya ni penat turun tangga cari awak kat sini tau! Banyak tenaga yang saya guna untuk kesini. Haih." Bebel Lisa panjang lebar.


Jaemin ketawa kecil. "Aigo Noona~ dah macam makcik-makcik bila membebel ni. Mari sini duduk sebelah saya. Take a deep breathe Noona." balas Jaemin selamba.

"Hmph. Mari kita balik wad, nanti staff lain risau lah." Jawab Lisa yang masih berdiri di sebelah bangku itu dan mencekak pinggangnya.

"Aigoo Noona, jangan risau lah. Mereka semua tahu saya kesini. Noona je yang tak tahu. Doktor tak boleh nak halang sebab ini memang rutin saya. Percayalah, mereka gerenti takkan berani marah Noona punya." Jawab Jaemin selamba.

"Mana awak tahu huh?!" balas Lisa.

"Aduh Noona ni. Nana kan pesakit kat sini paling senior disini okey! Pesakit kat sini semua panggil Nana Sunbae tau. Abang long kawasan. So chill lah, Noona. Lagipun noona kan baru kerja kat sini." Jawab Jaemin bangga.

『𝐂』Malaikat Tanpa Sayap • jaemin • nct •Where stories live. Discover now