"Siapa yang kunci kuasa goldenic awak?"

Damia tersentak lagi terkejut dengan persoalan itu. Bagaimana Okka tahu perihal goldenic? Seraya dia memandang Okka. Mata kiri Okka kini berkilau dengan simbol berwarna keemasan manakala serpihan perak di mata kanan.

Belum sempat Damia berkata apa-apa, Okka menyambar tangannya dan mereka jatuh ke dalam kegelapan ruang dimensi.

-Dimensi Tuan Michaelis-

Justeru kembali ke dunia nyata, Tuan Michaelis meninggalkan ruangan ritual dan kembali ke kamarnya. Berhari-hari lamanya Tuan Michaelis tidak menunjukkan wajahnya. Justin masih tidak sedarkan diri semenjak hari itu. Dela pula tidak menjawab sebarang persoalan dan hanya berkata perkara yang perlu sahaja.

Daniel bersandar pada tiang beranda. Tiada langit mahupun daratan, sekadar kosong namun tidak pula tenggelam dalam kegelapan. Rumah persembunyian Tuan Michaelis pasti terletak di mana-mana dimensi. Terapung tanpa tempat yang nyata.

"Kenapa bersembunyi di rumah sendiri, Tuan?" soal Daniel. Justeru menoleh lelaki yang memerhatinya.

"Topeng wajah sudah kehabisan?" Sengaja Tuan Michaelis tidak menjawab persoalan Daniel. Itu kali pertama dia melihat wajah sebenar Daniel. Tampak jauh lebih muda dari jangkaannya.

Mata Daniel dijuruskan ke hadapan. "Apa guna bersembunyi jika matahari sudah tersingkap. Kebenaran telah tersuluh terang dan nyata, tiada apa yang dapat mengubahnya. Wajah ini bila-bila masa saja akan dilupakan" Terbunuh sahaja dia, tidak akan ada bukti kewujudannya, terasa kedinginan menyelimut tubuhnya, kebenaran yang menyakitkan. "Pulangkan Justin, beradu terlalu lama hanya membuang masa"

Daniel sudah tidak berminat dengan permainan Tuan Michaelis, dia dan Justin perlu kembali. Dimensi itu menyekat derianya, terasa terperangkap dalam penjara.

Tuan Michaelis faham kedinginan Daniel. Dia bukan sengaja menyepi, cuma nafsu marahnya sukar dipendam pada abang yang disangkakan mati.

"Dela bawakan Justin ke mari"

Dela muncul bersama Justin yang diapungkan diudara. Masih lena dalam tidurnya.

"Bangunkan dia" ujar Tuan Michaelis dan seraya berpaling. Enggan bersemuka dengan lelaki yang kini memiliki memori William.

Justin tercunggap-cunggap sebaik sahaja dia sedar. Dia kemudiannya mengerang, gerun apabila dia tidak mampu bangun dari tidur. Tangannya memegang lehernya erat dan kasar, dia meronta-ronta seperti ikan didaratan. "M...mi"

Hukuman Sebastian menghantui Justin.

Daniel menampar wajah Justin. Geram bila lelaki itu hilang kawalan. "Justin bertenang."

Justin kembali cuba mengamit nafasnya. Tidak lagi meronta. Arahan Daniel masih tidak dapat ditolak.

"Kau pelindung Puteri. Berlagak seperti pelindung. Pelindung yang aku boleh harapkan" Daniel berkata.

Justin mengangguk. Memori kehidupan lalu menyakitinya tetapi ingatannya pada Damia lebih kukuh daripada segalanya.

Pandangan Daniel mencerun ke arah Justin. Dia kini tidak pasti adakah Justin di hadapannya kini adalah Justin yang memuja Puterinya. "Kepada siapa kesetiaan kamu?"

"Mia. Sentiasa Mia" jawab Justin tanpa ragu. "Tetapi William..."

"William sudah mati. Kau adalah Justin" pantas Daniel mencelah. Selagi Damia menjadi keutamaan, memori lalu hanya cerita yang hanya sekadar untuk didengari bukan untuk dihayati. "Betulkan Tuan Michaelis?"

Tuan Michaelis melawan pandangan mata Daniel yang berani memprovoknya. Tiada gentar. Nafas ditarik panjang.

"William sentiasa mengutamakan dirinya sendiri. Semua orang sekadar suatu alat untuk menghiburkannya" ujar Tuan Michaelis tanpa menoleh. "Jika itu bukan lagi peribadi maka William sudah tiada"

Tuan Michaelis menyetujui hujah Daniel walaupun bahasanya agak berbunga.

Pandang Justin dijuruskan pada Tuan Michaelis. Lelaki itu adalah adik yang tidak dianggap William, bererti adiknya jua. Dia tahu payah bagi lelaki itu menidakkan dia sebagai William yang dahulu, kebencian Tuan Michaelis menjengah kotak memorinya.

"Panggilkan Selena, pulanglah kamu semua" tambah Tuan Michaelis lagi. Tidak bentah lagi bersama tetamunya.

"Selena" Wanita berambut hitam bersanggul tinggi muncul. "Bawakan Daniel pulang" perintah Justin.

"Baik tuan William." Selena mengiring Daniel dengan hormat.

Daniel melangkah meninggalkan dua beradik itu. Dia faham ada seperkara Justin ingin bincangkan tanpa kehadirannya di situ.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now