"Turunlah kita dah sampai," suaranya, tanpa nada.

Aku hanya mengangguk.

Masuk ke dalam dia terus berlari memanjat anak tangga untuk naik ke bilik. Aku mengekor dari belakang, perlahan.

"Adik..."

Aku memanggil.

Dia tidak menyahut. Tangannya lincah membuka segala pakaian dia dan diganti dengan tower. Sekelip mata sahaja dia terus menghilang dalam bilik air.

Keluhan demi keluhan diluahkan. Nampak sangat dia berbohong yang dia tak marahkan aku. Kalau tak kenapa aku tegur dia buat tidak dengar.

Aku melabuh duduk di birai katil menanti dia di sini, dalam keresahan. Aku mahu menjelaskan kedudukan hatiku pada dia. Tiada lelaki lain bertahta di hati ini kecuali dia Mr Poyo. Pakaian pun sudah aku tukar. Nak mandi dah malam.

"Adik!"

Aku terus berdiri bila keluar terdengar pintu bilik air dikuak dari dalam.

Dia melangkah keluar langsung tidak menyahut. Aku tahu dia mendengar.

"Adik!"

Aku tidak tahan lagi terus mencengkam lengannya.

Memaksa dia untuk memandang aku. Tidak mahu terus tarik tali begini. Kejap cakap dah tak marahkan aku. Kejap dia buat aku macam tak wujud saja. Siapa tak bengang.

"Adik marahkan akak kan, cakaplah..." suaraku separuh merayu.

Usyair memegang lalu meleraikan cengkaman tanganku pada lengannya. Kemudian tangan dia naik menggosok kepalaku yang sudah bebas dari tudung.

"Tak pun," ujarnya.

Bibirnya terjongket sebelah. Senyuman dibuat-buat. Dia berlalu melimpasi bahu aku begitu saja.

Aku berlari anak dan terus peluk kemas belakang badannya.

"Ini bukan adik akak. Adik akak dah hilang. Akak tak suka. Tolonglah kembalikan adik akak yang dulu..."

Aku sudah teresak-esak.

"Adik yang suka banggakan dirinya. Suka sangat puji diri dia hensem. Sikap poyonya. Suka kenakan akak. Akak rindukan adik akak yang itu. Tolong kembalikan adik akak yang itu..." sambungku lagi.

Aku dapat dengar dia mengeluh berat.

Perlahan-perlahan dia membalikkan tubuhnya. Kepala bahu dia tolak ke belakang sedikit kemudian dia pagut bawah daguku dan diangkat sedikit.

Pandangan kami bersatu. Aku lihat pandangannya sangat dingin dan beku.

"Akak masih cintakan dia kan?"

Saat itu aku terkejut. Terkejut dengan persoalan dia. Terkejut dengan lebam di hujung bibir kirinya. Aku baru perasaan ada kesan lebam di situ.

"Kenapa bibir adik? Adik bertumbuk dengan siapa?"

Dia mengeluh lagi.

"Jawab soalan adik. Akak masih cintakan dia lagi kan?"

"Tak."

Laju aku menjawab.

"Jangan menafikannya akak. Akak mesti tahu betapa sakitnya kalau kita menipu diri sendirikan?"

"Sumpah! Akak tak tipu."

Dia senyum dingin.

"Habis kalau akak tak cintakan dia kenapa akak tak benarkan perhubungan kita pergi jauh lagi?"

Aku terkelu. Tahu apa yang dia cuba cakapkan. Dia mahu perhubungan kami sama macam pasangan lain. Erti kata sebenar dia mahu kami betul-betul jadi suami isteri.

"Hampir sebulan akak kita kahwin tak akan masih nak berkenalan lagi atau akak masih belum boleh terima adik?"

Aku kemam bibir. Tiada idea untuk menjawab.

"Betul kan apa yang adik teka? Akak masih belum dapat lupakan dia dan masih belum sepenuhnya dapat terima adik sebagai suami akak. Takpelah pergilah tidur. Adik tahu akak penat.

Adik tak marahkan akak tapi adik mintak sangat jangan cabar kesabaran adik. Adik sedang belajar macam mana nak tackle hati akak. Akak jangan risau adik tak akan marahkan akak."

Dia berjeda. Nada suara kedengaran ditahan.

Aku terkedu dan terkelu sekai lagi.

Roman muka sugulnya, aku pandang lembut. Segala memori yang kami cipta berdua terlayar di kaca mata. Sepanjang perkahwinan yang terbina atas dasar orang tua.

Saling tiada rasa cinta diakui, dialah yang paling banyak bersabar untuk memastikan masjid kami menjadi utuh. Tidak pernah jemu melayan kerenahku. Tidak pernah mengeluh menunaikan kehendakanku.

Kata-kata yang lahir dari hatinya sebentar tadi membuat aku semakin sebak. Air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya menitis turun.

"Adik...betul akak dah tak cintakan dia lagi. Dia masa lalu akak. Sekarang adik, suami akak. Syurga akak. Jadi cinta dan kasih akak hanya untuk..."

Kata-kataku mati di situ.

Dia merenung aku dalam, seolah sedang menanti sambungan jawapan yang bakal keluar dari bibirku.

"Akak...akak...cintakan adik."

Akhirnya terluah juga perasaanku padanya.

Allah...Ya aku tak akan meragui perasaan ini. Aku dah jatuh cinta dengan dia. Dia suami muda yang aku cinta. Sungguh aku sudah mula rasa cintakan dia.

"Betul?" soalnya dengan begitu teruja.

Aku mengangguk perlahan.

Terus dia peluk aku, kemas.

Emosi semakin sebak terus menangis sepuas-puas dalam dakapannya. Terasa ubun-ubun aku dikucup bertambah cinta lagi aku kepadanya.

"Sejak bila?" soalnya masih teruja sebaik rangkulan dilepaskan.

Aku jungkit bahu. Aku sendiri tidak pasti bila rasa itu hadir dalam hati.

Dia senyum seraya mengangguk. Mungkin dia mengerti jawapan aku.

"Syaza Qayla binti Abdullah..."

Dia menyeru penuh namaku sebaik dia menolak aku ke belakang. Perlahan-lahan mendongak lihat wajahnya yang tersenyum indah. Degupan jantung Usyair kian tidak sekata. Bila melihat dadanya berombak kencang.

Angin bertiup kuat diluar secara tiba-tiba menandakan hari mahu hujan. Menyebabkan langir bilik mengibas kasar dan bertambah dingin suhunya.

"Syaza..."

Aku masih menanti butir bicara yang bakal disambung olehnya dengan penuh debaran. Begitu juga dengan dengupan jantung yang mengepam laju.

"Minta izin..." Dia meyambung.

Aku terpempan. Faham maksud minta izin itu. Kepala mengangguk tidak selari dengan hati yang masih belum bersedia.

Dahi aku dia kucup lama. Kehangatan aura tubuhnya dapatku rasakan.

Dia membawa aku ke tilam. Menjatuhkan dengan penuh hati-hati. Rambut yang masih terikat dirungkai lembut.

Dia mengusap-ngusap rambut kerinting dan mengucup lembut ubun-ubun kepalaku.

Aku hanya membiar. Perasaan tatkala ini sukar untuk digambar. Dada berombak laju. Takut dan berdebar.

Perasan akan keresahan aku. Bibirnya tersimpul dengan senyuman bahagia. Anak mata kami saling bertaut mesra.

"Bismillahirahmanirahim...assalamualaikum isteriku. Syaza Qayla...izinkan suami mudamu menyentuhmu kerana Allah."

Aku mengangguk. Perlahan-lahan memejam mata. Merela menaklukan dia ke atas diriku. Kerana setiap inci tubuh ini adalah miliknya. Ladang untuk dia bercucuk tanam.

Bersaksi bulan yang mengambang terang menyuluhi seluruh isi bumi. Aku kini menjadi miliknya.

#inlove #lovingdoving

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now