Aigoo-ya.. Gomawo.. gomawo. ” Nenek tua itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Jungkook hanya senyum nipis, dia menarik lembut tangan tua nenek itu dan pemegang beg plastik itu di letakan pada tangan nenek tua itu.

“ hati-hati halmeoni. ” Pesan Jungkook ikhlas.

Gomawo, jeolm-eun namja. (lelaki muda) ” Senyuman manis mekar di bibir tua itu.

cheonman-eyo halmeoni... ” Jungkook memberi tunduk hormat.

khaja halmeoni, saya tolong. ” Pelawa Jungkook.

Jungkook membantu nenek tua itu melintasi  jalan sehingga seberang jalan. Bunyi hon mula kedengaran, berlari anak Jungkook kearah kereta nya.

Tanpa Jeon Jungkook sedar, seseorang di seberang jalan berdekatan dengan kedai serbaneka memerhati kan nya. Terkelip-kelip mata figura itu memandang kearah Jeon Jungkook yang sudah berjaya masuk kedalam kereta.

Figura itu memandang kearah suara yang seakan memanggil nya.

halmeoniui sonja. (Cucu nenek) ”

Halmeoni! ”

Berlari untuk dapatkan nenek tua itu, sambil sepasang matanya tidak lepas memandang kereta mewah berwarna hitam pekat melintasinya.

🌺🌺🌺


    Setelah 20 minit memandu, Jungkook memberhentikan kereta di tepi café . Sementara dia melangkah kearah café, Jeon Jungkook melakukan panggilan telefon sekali lagi. Telefon pintar di lekapkan ke rumah telinga kanan.

“ Sayang, sampai rumah dah? ” Jungkook menyeluk sebelah tangan ke dalam poket seluar. Tersenyum sahaja dengar suara Eunbyul membebel pasal Eunwoo.

“ Dah, tapi... Sakit hati dengan Eunwoo.. dia makan satu aiskrim unicorn saya. Eiii geram! ” Suara Eunbyul kedengaran seperti menahan geram jelas di dengari. Hampir terkekeh Jungkook di buatnya.

“ Nanti aku belikan aiskrim unicorn banyak-banyak sampai kau tak sanggup nak telan. ” Perli Jungkook.

Jelas di corong telefon nun jauh disana Eunbyul mencebik.“ Arraseo.. awak tak sayang saya. Nanti saya sakit perut. Masuk hospital, awak memang tak kisah. Iyalah siapalah saya. ” Sayu sahaja suara Eunbyul.

Tergelak kecil Jungkook mendengar ayat pasrah Eunbyul. Daripada tadi tidak berhenti bibir mengoyak senyuman.

“ I'm joking about it baby, nanti kita pergi makan aiskrim Baskin Robbins. Tak payah makan aiskrim unicorn tu, nak lagi sedap kita kongsi satu sudu. Jadi satu rasa. ”

“ Chincha.. jeongmal?!
Eii sayangsayangsayang! Mmuahh Ilebyu.” Eunbyul yang berada dalam bilik mula menumbuk lantai tanda teruja.

Jeon Jungkook, lelaki itu tersengih sinis. Senang sahaja nak pujuk merajuk olok-olok teman wanitanya ini. Peminat aiskrim nombor satu.

“ Ceh, terus cakap elok-elok. Pelahap betul perempuan ni. ” Sengaja, suara di datar kan. Menunjuk kan lagi ekspresi dinginnya.

“ Sampai hati, pelahap ini lah yang sanggup ingat awak balik. Pelahap ni lah yang jadi buah hati awak. ” Dengan nada yang berjauh hati. Eunbyul memuncung merajuk sambil duduk atas lantai bilik.

Jungkook masuk dalam café, sejurus itu matanya bertembung dengan sepasang mata hazel di tempat cashier. Jungkook memberi senyuman nipis.  Wanita itu melihat Jungkook dalam panggilan telefon, dia hanya menunjuk ke tingkat atas.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK حيث تعيش القصص. اكتشف الآن