Jumpa tak pemadam tu

15 1 0
                                        

"Cepatlah bro, engkau asyik lambat je datang ", jerit fadil kepada brahim sambil berjalan keluar dari dorm sakti.
Dorm sakti ada 12 orang penghuninya termasuk fadil dengan ibrahim. Dia berdua termasuk 6 orang lagi senior tingkatan 5 sains, 2 tingkatan 4, 4 orang lagi tingkatan 2. So, dah senior kat asrama be like king la kat dorm.
"Ok lah, bagi aku masa 20 minit", gegas Ibrahim mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Dah mandi, segar sikit badan, takde la aku mengantuk sangat.
Dia dah janji nak buat study group tempat biasa, meja batu bulat sebelah bilik kaunseling.
Ah, bukannya jauh sangat. Seminit je aku lari dah sampai, getus hatinya. Ibrahim bingkas mencapai tshirt sekolah berwarna hitam dan seluar slack hitam kebiruan. Cepat cepat dia sarungkan ke badan.
"Jangan lupa bawa buku conteng dengan calculator, kang ada yang kena bebel sepanjang buat study group ", dia berdialog sendiri.
Berhati hati sekali dia menyusun buku rujukan, buku conteng, calculator, alat tulis dalam begnya.
Ibrahim terus berlari pantas mengejar masa. Sempat  menoleh jam, jarum pendek dah berada diangka 9 ,jarum panjang dah berada pada angka 12.
"Haah, masak kena bebel ni", getus hari Ibrahim.

       Dari samar-samar malam dia dah melihat fadil sedang  duduk tekun menelaah subject matematik  yang akan mereka pelajari bersama-sama sebentar lagi.
"Sorry bro, aku lewat sikit" ibrahim separuh menjerit kepada fadil.
"Sorry naik lori la bro, memang kau selalu lewat.
"Eh, mana lagi dua budak ni", tanya Ibrahim pada fadil. Sulaiman dengan Ajis belum nampak batang hidung diorang pun.
"Pedulikan la diorang tu, pandai pandai la nak catch up, lepas ni" kata fadil sambil tersengih sengih macam kerang busuk. Ibrahim pun hairan, selalunya Fadil dah mulakan sesi bebelan dia. Aik, kali ni kau sengih pulak.

Mereka berdua mulakan sessi study group dengan begitu fokus sampai satu jam.
Namum kelibat Sulaiman dengan ajis pun belum kelihatan sampai saat itu
Eh, diorang ni apasal tak muncul muncul lagi, aku nak relak dulu la, getus ibrahim sambil bermain main dengan getah pemadam faber castelnya.
Tiba- tiba pula getah pemadamnya terjatuh ke bawah. Ibrahim bingkas membongkokkan badannya mencari pemadamnya.

Tak semena-mena dia perasan yang dia tidak melihat kaki fadil, tetapi cuma terlihat kaki meja batu sahaja. Walaupun lampu memang agak suram tapi matanya masih terang atau .....?

Ibrahim dah berpeluh peluh, dia teragak-agak kembali ke posisinya yang asal.

" kau dah jumpa ke pemadam tu? Fadil tersengih bertanya tapi masih menunduk menulis.

"Dah", ibrahim dah semakin cuak, rasanya jantungnya nak tercabut dah

"Kau dah tau kan ?", fadil perlahan-lahan mengangkat mukanya memandang ibrahim sambil tersengih. Bibirnya semakin melebar sampai ke telinga.

Ibrahim tak sempat melihat perkara selanjutnya lantas dia mengangkat kaki seribu. Dia tidak peduli dah longkang, parit dan lopak.
Dia terus berlari dan masuk ke dormnya. Kelihatan sekujur badan yang sedang berselimut berbaring di katil Fadil.

"Hey Fadil, kau buat apa kat sini?, Ibrahim sedang bingung dalam ketakutan.

"Aku dengan geng tunggu kau dua jam kat bilik study tu, kau pegi mana ?" marah Fadil.

Ibrahim lebih cemas dan dia terus baring dan berselimut, disebelah Fadil.

"Apasal ni, hey kau tidur kat katil kau, aku sempit ni" jerit Fadil.

Ibrahim tak menghiraukan jeritan dan bebelan Fadil, kerana dia dah tahu siapa 'Fadil' yang study dengannya tadi👻👻👻.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita seram budak sekolahStories to obsess over. Discover now