Denda semua entah dia lupa atau tidak.
Aku menompang dagu, termenung seorang diri memikirkan macam mana aku nak pulihkan kembali hubungan kami sedangkan seminggu yang lepas aku suruh dia pergi mati.

Aishhhh Jeongmal!

Oh, iya! Seminggu juga aku tak dengar pasal
Ji Nahee, mati kot. Entah, pandailah dia nak survive sendiri.🤔

Takdalah, dia pergi kursus kecantikan dekat Jepun selama dua minggu. FUHHH lega gila tiada gangguan daripada dia.

Anak mata aku meliar-liar di sekitar Taman universiti . Mencari kelibat rakan-rakan kesayangan. Jam pada sudut bawah skrin laptop di pandang. Lewat kima minit dah ni.

Aku dahlah ada kelas kejap lagi. Bibir dimuncungkan tanda bosan menunggu lama-lama.

Mana si Daniel dengan Jungrien ni?!

Kata on time jumpa dekat sini. Sudahlah sekarang musim panas! Nasib aku duduk bawah pondok. Suruh jumpa dalam cafeteria taknak. Nak juga jumpa dekat tempat terbuka macam ni.

Dari jauh dapat lihat susuk tubuh ramping berbaju kasual menghampiri. Dengan cermin mata bulat yang comel dan rambut dibiarkan lepas. Comel betul kalau lihat daripada jauh.

“ Eun! ”

erm wasseo~ ” Sebelah tangan diangkat sederhana dan melambai kearah Jungrien yang berlari anak datang kearahku.

“ Apa macam? Best tak pergi kursus kat sana? ” Soal aku. Actually, member aku sorang ni baru balik pagi tadi. Jeon Jungrien mengambil tempat duduk dihadapan aku.

Jungrien sudah menyingsing lengan baju, tak sabar-sabar nak membuka cerita. Badan di kedepan sedikit. “ Gila tak best. Mestilah best! Aku dapat rasakan aku boleh naikkan gred aku untuk  sem kalini. ” Senyumnya girang. Nampak teruja disitu.

“ Kau tak ada kelas harini? ”

Dae, aku datang pun sebab nak ambil kertas kerja dalam loker lepastu nak pergi jaga library. Harini turn aku. ” Seloroh Jungrien.

Daripada jauh nampak seorang lelaki jalan dengan gentleman nya. Dengan tangan sebelah dalam poket seluar, beg galas yang digalas sebelah bahu. Aku menggulingkan mata keatas.

Jalan pun macam red carpet terbentang luas sepanjang jalan ke pondok ini.

Wassup! , sorry lambat. Tadi aku pergi jumpa prof pastu pundi kencing aku rasa nak meletop jadi aku buat pit stop dekat tandas dulu.  ” Daniel duduk disebelah aku.

“ Banyak alasan kau ya Niel? ” Geleng kepala saja Jungrien.

“ Patutlah bau hancing. ” Sindirku, Daniel yang ditepi di pandang jijik. Mata Daniel yang tersedi sepet tu di sepetkan lagi. Aku hanya menayang wajah tidak bersalah.

Leher aku dipaut sehingga terbongkok-bongkok. “ Bapak sede minah ni. Bagi air kencing aku kang. Tak tidur malam kau nanti. ” Sempat kepala aku disengkeh sebelum dia beralih tempat duduk sebelah Jungrien.

“ Aku tumbuk kau nanti! ” Gertak aku. Daniel yang menjelir lidah dijeling menyampah.

“ Urghh, nah so whatever... Esok pertandingan menari tu kan? Acaner kau orang berdua? Dah berlatih untuk passed individual? Kalau pasangan kau orang tak lepas kau orang tak boleh sertai pusingan seterusnya. ” Jungrien menyoal kami berdua.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Where stories live. Discover now