CERITA 1

64 0 0
                                    


Afiq mempunyai seorang adik kembar yang bernama Faiq. disebabkan hanya mereka sahaja yang tinggal,segala permasalahan suka dan duka mereka berkongsi bersama. Faiq merupakan adik yang agak bolehlah orang kata pelik sebab dia ni macam hidup dekat dunia sendiri. Maksudnya langsung tak bergaul. Suatu hari ketika umur mereka 16 tahun penjaga mereka meninggal dunia akibat kemalangan besar antara lori dan motor. Afiq berpendapat bahawa dia mampu menyara adiknya. "habis tu macam mana kau nak belajar?" Faiq menyoal Afiq yang sedang basuh pinggan. "aku? hei budak patutnya soalan kau tu macam mana engkau yang nak sekolah" Afiq menjeling. "kalau aku sekolah nanti kau tak sekolah. kau ingat aku ada ramai sangat kawan dekat sekolah tu? Lagipun tak payah berlagaklah wei. Kau pun baya aku je ilmu kau masih cetek macam aku." Faiq membalas jelingan si abang. "duit wasiat ada. cukup tampung kau sekolah. cuma kau tak dapat nak berbelanja dekat kantin lagi." Afiq duduk di sebelah adiknya. Amboi budak ni boleh tahan yer.kata Faiq dalam hati. "bukan yang selalu makan kat kantin tu kau ke? Kalau nak harap aku lah, Acik kantin pun aku tak pernah tegur." Faiq memegang bahu abangnya. "Afiq better kau je prgi sekolah aku tak payah. kau budak harapan kut . tahun depan dahlah nak spm!" "Habis kau tak spm?!""hahah. susah betul bila ada kembar."Afiq dan Faiq ketawa. "dah jom siap nak pergi solat maghrib. kang kau lambat aku gerak dulu." Faiq terus bangun untuk bersiap. Afiq masih termenung. Faiq perlukan sekolah dia juga perlukan sekolah. Malam itu selepas solat maghrib. "Wei aku nak pergi kincing lah. dari tadi aku tahan." Faiq berbisik pada Afiq yang sedang leka berwirid. "Hah?! kau tahu tak hukum taham kincing kau tu!" "aku tahulah. tapi kau ingat aku senang ke nak bagi saf depan kat orang lain. sorry i never do it. Dah aku nak kincing bye!" laju Faiq memecut. Sampaikan imam pun terkejut. "Aduh henfon aku ni!" seorang lelaki yang berbaju biru geram. Afiq perhatikan dia. okay sambung wirid balik. "Bodohlah henfon ni!" hah ini sudah lebih. Bagi Afiq orang yang mencarut dalam tempat ibadah adalah kurang ajar. "Salam bang. apa besar sangat masalah abang samoai perlukan carutan?" ZASS kena sedas. "Aiman. sorry dik abang stress pasal henfon ni." Afiq perhati WOW i phone kau. "Marilah saya cuba betulkan tapi dengan syarat kalau saya dapat betulkan abang berhenti mencarut okay?" perhitungan dibuat. Aiman mengangguk laju. Bagai ajaib Afiq dapat betulkan. "wow hebatlah adik ni. Siapa nama?" "Afiq." "Adik abang ada satu tawaran gempak gila. adik kerja bawah abang." Afiq mengerutkan dahinya. Macam tak betul je abang ni.. "Maksud abang? Abang saya ni budak sekolah lagi tau. baru 16 tahun spm pun tak lepas,pt3 pun masuk gaung." Aiman gelak. "kerja dengan abang ni boleyh buat adik hebat. Percayalah takkan menyesal!" Afiq berfikir. "saya fikirkanlah nanti. Kita jumpa dekat luar lah lepas solat isyak. Adik saya pergi buang air kecil pula." tiba tiba POM PIOM PUOIM mercun mana pulak tu berdebah betul. Afiq segera ke luar. Hanya dia yang tahu apa terjadi. "WOI" "OI MAK! eish Afiq ni buat terkejut je." Faiq menjeling. "Oh engkau ni tadi kata nak kincing bagai pastu kau main mercun kat sini! Macam anak hutan kau tahu!" Faiq menjeling. anak hutan? cis memang dia tak pandai bagi perumpamaan. bagilah anak manusia ke anak masyarakat ke. anak hutan?! "aku bosan lepas kencing. lagipun aku penatlah dengan hidup kita. Minggu depan dah naik sekolah." Afiq teringat pasal tadi. "Tepi sikit. Aku ada benda nak cerita. Tepi lahhhh!" Afiq menolak Faiq. "HAh apa dia?" "Aku dapat offer kerja!" "...." "pahal pandang macam tu. pahal tak percaya?" fAIQ menggeleng. "Langsung tak. kau tak nak cari lawak lain ke?" "ni bukan lawaklah kau ni!"Faiq mengerutkan dahi. "hahahah. okay kau boleh tukar lawak lain sebab aku dah ketawa" "bukanlah! tak pelah lepas isyak ni kau ikut aku jumpa seseorang. Dah jomlah masuk kotor dekat longkang." mereka masuk ke dalam masjid kembali.

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Jan 31, 2022 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

hidup kelamDove le storie prendono vita. Scoprilo ora