💗Bab 1 & 2

71.2K 560 21
                                    

📕 Dear Barbie,  Pertama kali aku tulis dairi. So, aku akan cerita segalanya dalam dairi pink ni. Aku akan nama kan dairi aku Barbie. Aku memang suka Barbie dari kecil lagi. Cuma hidup kami tak begitu mewah, so tak dapat lah nak main barbie. Cuma tengok TV sahaja, bila ada cerita pasal barbie. Never miss!

Cantik dairi aku. Dua minggu kumpul duit baru dapat beli. Macam budak budak pulak tulis dairi, buat masa sekrang ni Barbie la kawan baik aku.

So Barbie you ready to keep all my life secret? Yeahhh me I am ready tell everything. No secret Barbie semua jujur dan iklas.

Well.. Hidup ni kadang kadang tak diduga dengan dugaan yang mendatang. Ini lah dugaan terhebat buat keluarga aku.. setahun yang lalu kami berpindah dari Pulau Pinang. Sekejap masa berlalu dah setahun disini. Tapi keadaan kami memang daif. Rumah yang kami tinggal sekarang rumah ibu saudara aku, Cik Na! kakak arwah ayah. Nasib baik ada rumah ni. Walau terletak dikawasan pendalaman yang tak berapa maju dikelilingi pokok getah dan dusun durian tapi kami tetap bersyukur, pada mula memang menankutkan. Rumah kami tak la besar mana cukup untuk kami lima orang tinggal disini. Rumah aku dekat dengan sungai dan laut, memamg cantik di siang hari. Penduduk disini pun tak berapa ramai lebih kurang 40 biji buah rumah. Jarak agak jauh juga.

Semua petani dan peladang. Ada yang kerja dibandar, KL, Penang. Yang tinggal yang tua tua, anak muda semua dah hijrah ke bandar. Kawasan kampung yang tenang. Paling dekat rumah Pak Johan orang kaya kampung. Pak Johan la yang memberi berkalan eletrik pada kami. Rumah ni dibeli oleh Cik Na, kononnya nak bina rumah dalam hutan macam rumah majikan di KL.

Anak Pak Johan teman baik aku disini, aku hanya mengambil SPM disekolah yang sama dengan Mimi. Oh ya aku pindah kesini umur 16 tahun.

Dari sini la kami berkawan. Mimi anak bongsu Pak Johan, Abang Azmi anak sulong, Abang Azwan dah 3 kali masuk meminang aku ditolak selembut lembutnya oleh mummy. Aku masih muda! Baru habis SPM 17 tahun. Akhirnya Mak Zainab jadi musuh dengan mummy, banyak cerita mengarut dicanang pasal keluaraga aku. Kakak mimi, Marina berkerja sebagai peguam di KL. Penah jumpa sekali sahaja. Sombong sangat. Itu la jiran aku, Jiran-jiran yang lain mereka semua baik. Anak muda yang ada disini semua hormat orang. Walau aku ramai yang minat, tapi aku tak mahu lah. Nak ada kerjaya.

Okay Barbie, mesti wondering kan macammana boleh berpindah kesini?

Dari Penang hidup kami dah susah. Ayah ada habit baru minum arak, kononnya stress dengan kami yang ayah kena tanggung. Ayah berubah 💯 peratus sejak in love dengan perempuan kelab malam. Hurmmm...kelab dangdut di Penang. Sembunyi dari mummy at last perempuan tu datang jumpa mummy beritahu segalanya. Perang dunia terjadi. Mummy very cool person. Ayah pulak melenting tak tentu hala. Macam mummy yang ada hubungan sulit. Enam bulan ayah sama perempuan kelab malam tu. Ayah kerja sebagai pegawai bank. Gaji okay sangat. Cuma ayah tak begitu bagi apa yang kami tiga beradik minta. Lately ayah jarang bagi duit dekat mummy, ayah pun jarang balik. Mummy tahu ayah dengan perempuan tu. Tapi mummy tak boleh buat apa apa. Mummy tak berkerja suri rumah full time. Bila ayah tak bagi duit kami makin susah. Sometimes makan pun tak ada. Sebab mummy tak punya banyak simpanan. Pernah kami makan bubur nasi. Mummy pernah pergi cari ayah dibank. Well guess lah ayah maki Mummy macammana. Mummy balik rumah, muka sedih sangat. Kami tahu mummy menangis. Aku tak tahu nak buat apa. Pergi sekolah kami tiga tak makan. Balik rumah tak ada makanan juga. Syukur malam tu ayah balik lepas seminggu hilang, ayah beli makan. Apa lagi makan macam tak ingat dunia. Ayah beli nasi lemak bungkus. Malam tu gaduh lagi ayah dengan mummy. Ayah keluar tinggal 50 ringgit. Esok hari kami duduk dalam gelap, electric kena potong. Kemudian air pulak. Ayah tak pernah jawab phone.

Well satu hari, mummy call Cik Na cerita segalanya. Cik Na datang bantu kami disini. Lepas sebulan ayah balik. Ayah sakit teruk. Ayah kerap muntah. Ayah jadi ketagihan alcohol yang teruk. Aku dan adik adik takut tengok keadaan ayah. Mummy tetap jaga ayah. Cik Na cuti sebulan teman mummy jaga adik dia. Lepas sebulan ayah sakit, ayah meninggal. Aku memang sedih. Sebab dulu ayah loving person. Bila salah ada hubungan all gone.

Cinta Pembantu RumahWhere stories live. Discover now