"Iye sayang, abang rindu sayang. Nak manja - manja... ehehe"

Haura Syazwina menjeling manja. Tubuh suaminya dipeluk dari tepi. Balik ni dia nak lepaskan rindu !

"Papa ! Papa tahu tak setiap hari mama menangis", adu Hana Farella.

"Iye ? Mama awak ni memang cengeng", usik Firasy Adrian. Matanya melirik melihat wajah isterinya. Kelihatan isterinya sedang mencebik.

"Dia tak tahu kita setiap malam rindukan dia, bukannya sekejap dia menghilang tapi tiga tahun..Di-", kata - katanya terhenti. Mulutnya yang baru sahaja dicium disentuh. Ah dia rindukan ciuman hangat dari suaminya !

"Omaigod ! 18+", anaknya segera menutup mata dengan tapak tangan kanannya.

Mereka bergelak ketawa sekeluarga. Porche itu dinaiki.

"Kereta mana pula ni ?", soal Haura Syazwina hairan.

"Kereta baru abang, kereta BMW tu remuk teruk dah"

*****

Firasy Adrian membuka perlahan - lahan matanya. Tekak yang terasa perit di abaikan. Dia cuba untuk mengingati semula apa yang terjadi padanya. Gambaran dia dilanggar dengan sebuah kereta berlegar - legar di fikirannya. Dia cam kereta itu. Kereta yang sama mengekorinya di rumah. Nombor platnya sama. Sah ! Ini mesti kerja mamat jahanam tu.

Tangannya cuba diangkat. Lemah. Dia cuba sekali lagi dan berjaya. Mungkin dia terlalu lama baring. Kakinya perlahan - lahan menjejak lantai. Dia cuba berjalan sambil tangan memegang tepi katil. Apabila sudah stabil, dia berjalan perlahan - lahan. Dia tersenyum apabila berjaya.

Seketika baru dia perasan, dia di mana? Firasy Adrian melilau sekeliling dan ternampak pintu yang sedikit terbuka. Dia jalan sambil menjengket ke arah pintu dan terdengar perbualan seseorang.

"Lelaki tu tak bangun lagi, enam bulan dah ni"

"....."

"Baik Tuan Ammar"

Lamanya dia koma.

Firasy Adrian mendengus. Apa susah sangat ke nak terima kenyataan yang Haura Syazwina bukan jodoh dia ?

Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now