PROLOGUE

46.8K 1.3K 25
                                    

"Mikael is not coming."

Terduduk Aurelia saat mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Zarif. Dia memandang wajah Zarif dengan genangan air mata. Nura memandang Aurelia yang diam.

"Ara.."

Aurelia bangun dari duduknya. Tangannya pantas mencapai kunci kereta di atas meja sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Ara! Ara nak pergi mana?!"

Aurelia tidak mempedulikan panggilan Nura dan Zarif. Dia pantas masuk ke dalam keretanya dan terus memandu keluar dari perkarangan banglo tiga tingkat itu.

Aurelia menahan air matanya daripada jatuh membasahi pipinya. Dia terus memandu ke rumah keluarga Mikael. Pintu kereta dibukanya terus bila keretanya memasuki perkarangan rumah Mikael.

"Mikael! Mikael, keluar!"

"Aurelia."

Aurelia berpaling. "Aunty.. Mana Mika?" soal Aurelia. Datin Kaysha dan Dato' Hanif berpandangan. Mereka menghelakan nafas.

"Ara, aunty dengan uncle pun tak tau Mika pergi mana. Aunty minta maaf ye sayang?" Datin Kaysha cuba menenangkan gadis itu. Aurelia menepis tangan Datin Kaysha. Matanya dipejamkan sekejap.

"Tak payah minta maaf. Kalau aunty jumpa anak aunty tu, bagitau dia .. Please die!" Aurelia terus melangkah keluar menuju ke arah keretanya. Dia memandu keretanya.

Aurelia menghentikan keretanya di sebuah taman. Dia keluar dari keretanya dengan gaun pengantinnya. Aurelia duduk di tepi tasik buatan manusia itu. Aurelia memeluk lututnya. Air matanya turun dengan laju. Aurelia menyembamkan wajahnya pada lututnya.

"Will you marry me?"

Aurelia memandang wajah Mikael yang berharap. Senyuman terus lebar di bibirnya.

"Yes! Of course!"

Aurelia memejamkan matanya. Dia mengangkat mukanya. Matanya memandang permukaan tasik itu.

"Zaf.."

Bibirnya tanpa sedar menyebut nama itu. Entah kenapa dia menginginkan kehadiran jejaka itu di situ ketika itu.

"Zaf.. I miss you."

Dan lagi sekali, air matanya turun membasahi pipinya. Dan kali ini kerana kerinduan kepada seorang jejaka yang jauh daripadanya.

•••||•••

"Okay. InsyaAllah."

Zafriel menamatkan panggilan dengan Zarif. Dia duduk di atas kerusi yang terdapat di balkoni biliknya. Dia baru dapat call dari Zarif, memberitahunya tentang apa yang tengah terjadi di Malaysia.

"Aurelia.. Are you okay?" tuturnya sendiri. Dia memejamkan matanya. "Aku harap kau okay." sambungnya lagi.

"Zaf!"

Zafriel tersentak. Dia memandang Haysha yang melangkah masuk ke dalam biliknya.

"What are you doing here?" soal Zafriel. Dia masuk ke dalam biliknya.

"Jom keluar. Lama kita dah tak keluar sama-sama kan?" ajak Haysha. Zafriel menilik jam di tangannya.

"Not now. I ada meeting jap lagi. So, I got to go."

Zafriel terus mencapai jacketnya dan melangkah keluar. Kaki panjangnya pantas menuruni tangga dan melangkah keluar dari villa yang dimiliki oleh keluarga sebelah arwah ibunya.

Zafriel memboloskan badannya ke dalam kereta. IPhone di tangan dipandang dan nombor seseorang didail.

"Carl, I want you to do something."

"Sure. What is it, sir?"

"I want you to book me a ticket to Malaysia this weekend."

"Malaysia? For what?"

"I have something to do there. So, please?"

"Okay."

"Thanks."

Zafriel menamatkan panggilan. Dia memandang skrin iPhone yang gelap itu. Nafasnya dihela.

"I'm back."

•••||•••





























































Chill guys.. Jgn marah sebab ni pendek hahaha. This is just a prologue. Chapter 1 coming soon.

So, do you love this?

Aurelia Imanina and Zafriel Fiyan in the house 💞

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now