5:Kebenaran

Mula dari awal
                                        

"Takkan masa kita lepak, nak main kejar kejar Dalyne oii?" Sampuk Mike.

"Ishh... Dia ni... Aku bosanlah nak lepak dengan korang. Aku tenung dia. Dia tenung kau. Kau tenung aku" bebel Dalyne.

"Kau ni sehari tak membebel tak boleh ke?" Soal Mike.

"Apa? Nak gaduh? Hah! Sini! Sini!" Acah Dalyne.

Tok! Tok!

"Gaduh kepala otak korang!  Gaduhlah lagi! Nanti bukan setakat ketuk je aku bagi dengan kaki sekali jadi santapan. Nak?" Soal Alex. Terus diam anjing dan kucing tu.

"Tahu pun diam..." Bebel Alex pula. Dalyne segera membuka telefon dan first benda dia buka adalah Whatsapp.

"Ehh... Ada mesej dari nombor tak dikenali lah..." Bisiknya. Lebih tepat, ditujunya pada diri sendiri.

Dalyne tekan video dan dokumen tu serentak untuk dia download. Video itu benda pertama dia buka. Dia terkejut melihat video rakaman CCTV dihantar padanya. Bukan itu sahaja, dia juga terkejut melihat gerangan yang terlibat tak lain tak bukan, Katrine. Dia terus buka dokumen dan rahangnya terjatuh apabila dia baca isi kandungan dokumen itu.

Tapi dia bukan jenis orang yang cepat percaya benda macam tu. Lebih lebih tentang gambar atau video. Sebabnya? Mudah saja. Sekarang zaman teknologi. Apa apa pun boleh diedit... Itu pandangan Dalyne sekarang. Tapi hati dia kuat mengatakan video itu benar. Malas nak bertengkar dengan hatinya, dia buat keputusan untuk pergi balai polis petang nanti.

****

Sepanjang hari di sekolah dia tak nampak kelibat Katrine. Ditanya pada Marie, dijawab pula tak tahu. Itukah sahabat? Kawan sendiri hilang pun tak tahu... Dalyne tak kesah pasal semua tu. Apa yang penting sekarang ialah KEBENARAN...

Petang itu, Dalyne terpaksa batalkan rancangan yang dia, Alex dan Mike rancang beberapa hari lepas. Semua itu demi sebuah kebenaran... Kalau betul sangkaan dia jadi selama ni... Dia diperbodoh oleh perhiasan dunia yang bernama wanita.

Azman terkejut dengan kemunculan Dalyne secara tiba tiba di bilik kerjanya. Dia dapat agak tujuan Dalyne datang bertemu dengannya. Tak lain tak bukan mesti pasal perempuan semalam.

"Kes apa semalam uncle?" Soalnya dingin.

Tapi Azman tak terkesan dengan suara dingin anak muda itu. Padanya itu perkara biasa. Tetapi yang menjadikannya luar biasa ialah perempuan yang berada dalam tahanan mereka. Dia tak sangka perempuan itu ada kaitan dengan Dalyne or korang boleh kenali sebagai **** D? D sekarang yang menguasai Dalyne dan perkara biasa bagi warga polis di situ. Tanpa D atau Dalyne tak mungkin mereka berjaya sehingga sekarang.

"Bawa suspek pada saya!" Arah D. Muka ditutup dengan hood. Katrine dibawa ke dalam bilik soal siasat.

"Kau Katrine, right?" Soal D dingin dan tegas.

"Ya..." Jawab gadis itu selamba.

"Kesalahan kau... Sangatlah ringan... Sekadar mencuri"

"Tahu pun... Then, kenapa tahan aku di sini?" Sampuk Katrine.

"Apa yang menjadikan perkara tu berat... Kau dah bunuh beberapa pegawai polis dan ejen interpol, betul tak?" Ujar D.

"Tak! Itu bukan aku buat! Semua tu Liu yang buat!" Tuduh Katrine.

"Kau memang macam ni ke? Gunakan orang yang sayang kau untuk kepentingan diri?" Soal D lalu menarik hoodnya. Tergamam Katrine. D tersenyum sinis.

"Why? Dah speechless ke?" Soal D sinis.

"Dalyne?!" Ujar Katrine tergagap.

"Wrong dear! Aku D bukan Dalyne..." Ujar D selamba.

"Kau... Kau... D? Black D?!" Ada getaran pada nada Katrine.

"Kenapa? Takut? Hahaha... Pelik. Pelik... Macam mana anak mafia macam kau takut pada aku. I mean Black D..." Soal D bodoh.

Kalau nak tahu dalam dunia kegelapan atau perisikan, Black D merupakan juara dunia dalam bidang spy. Tak ada mampu kalahkan dia termasuklah uncle dia sendiri...

"Klik! Hahaha... Aku bukan hacker Katrine... Tapi aku tahu beberapa maklumat berguna pasal kau dan Seng Su Liu a.k.a kekasih gelap kau tu. Thanks kepada pemberi, benda itu cukup untuk korang berdua kekal di penjara. And now, say bye bye to this beautiful world, Katrine!" Ujar D gembira.

Dia terus keluar dari bilik soal siasat itu. Perbualan singkat antara dia dan Katrine cukup membuktikan Katrine memang musuhnya dari awal. Dia dah cuba jejak 'pemberi maklumat' tu, malangnya tiada jejak ditinggalkan. Walaupun dia hebat dalam dunia perisikan tetapi hacker bukanlah kepakarannya...

"Dah selesai, D?" Soal Azman sambil membaca laporan kerja lain.

"Dah, uncle. Ni ada maklumat. Cukup untuk korang tumbangkan dan tumpaskan mafia tu..." Ujar D.

"Mana kamu dapat?" Soal Azman.

"Ada orang bagi uncle secara tiba tiba... Itu pun D perasan selepas check telefon tadi" ujar D.

"Orang yang sama ke?" Bisik unclenya perlahan.

"Hah?" D menyoal kembali uncle kerana dia rasa unclenya ada cakap sesuatu.

"Takda apa apa. By the way, thanks untuk maklumat dan good job D!" Ujar Azman sambil menunjuk thumb up. D tersenyum sahaja. Urusan dia selesai.

"Bye uncle... Dalyne nak lepak dengan kawan dulu!" Ujar Dalyne sambil berlari keluar.

"Hey! Betuah punya budak! Boleh pula dia pergi lepak?!" Ujar Azman marah. Dalyne dah kembali...

COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang