MIKE POV
Aku tengah main Mobile Legends diganggu oleh mesej dari nombor tak dikenali. Sikit lagi aku nak menang dan... aku kalah. S*al orang yang mesej aku ni! Kalau aku jumpa dia aku bunuh dia hidup hidup! Tapi aku tak sedar bahawa mesej ni akan mengubah hidup ku selamanya.
Aku dengan hati yang sebal dan menyampah buka WhatsApp dan ia cuma video dan dokumen yang aku tak tahu. Aku cuba ingat kalau kalau kawan kawan ku ada nombor ni. Aku cuba add 'orang itu' dalam contact tapi nombor tak dapat ditambah.
Pada mulanya, aku abaikan mesej tu. Aku terus baling telefon ku ke katil dan aku baring ditepi telefon ku tadi. Aku tak tahu kenapa hati aku bersungguh menyuruh aku tengok video itu dan buka dokumen itu. Setelah 1 saat berfikir aku terus download video itu. Benda pertama aku tengok ialah Angela? Tapi kenapa Angela ada atas katil?
Aku tekan video itu dan kebetulan volume video aku full. Aku dengar yang...
"Dio... pandai kau layan aku. Tak sia sia aku simpan kau" ujar Angela.
"Mestilah semua untuk kau sayang. Aku bukannya bodoh macam Mike. Dia masih tak tahu ke kau cuma nak populariti dan kemewahan dia je?" Ujar Dio. Angela yang menutup badannya yang terdedah dengan selimut tadi berpusing ke arah Dio. Dia merangka ke arah Dio. Dio tersenyum dan mereka hanyut dalam dunia godaan syaitan.
Mike meraup mukanya dengan tapak tangan. Walaupun dia gengster ganas diluar tapi hatinya masih mencari orang yang dia amat sayangi. Dia tak sangka orang yang dia sayang sepenuh hati khianat dia dari belakang. Dan seperti korang tahu pengkhianat bagi gengster hukumannya ialah MATI!!!!
Dengan hati yang marah membara dia menekan dokumen itu lalu dia dapat maklumat yang dia perlukan. Dia amat berterima kasih pada orang yang beri dia maklumat itu walaupun sudah ganggu dia main ML. Tapi hal ni lebih penting dari ML.
Pov end
××××
Ketika itu The Hotty sedang membuli Dira, Mike masuk lalu meluru ke arah kumpulan itu. Dia terus menarik Dira lalu menyembunyikan Dira di belakangnya. The Hotty dan kawan Mike juga terpinga pinga melihat tindakan Mike.
"Bie ke-"
Pang!!!
Mereka terkejut melihat Mike menampar Angela. Dira di belakang Mike juga terkejut sampai terlompat dia. Kepala Angela terteleng ke tepi ditampar Mike. Angela memandang Mike tak percaya. Merah muka Angela ditampar Mike.
"Oii!!! Sundal! Jangan pernah panggil aku 'bie'! Kau perempuan tak guna!! Kau nak dekat aku sebab populariti dan kemewahan je kan?!" Marah Mike.
"Kenapa b-"
"Jangan panggil aku macam tu sundal!"
"Kenapa awak marah macam ni?" Soal Angela lembut dan dia cuba memegang tangan Mike namun pantas Mike mengelak.
"Jauhkan tangan jijik kau dari aku! Aku tak perlu kau pura pura! Aku nak kebenaran! Apa hubungan kau dengan Dio?!" Ujar Mike. Muka Angela memucat. Mike tersenyum sinis.
"Kau ingat aku tak tahu ke sundal? Nafsu serakah macam binatang! Aku ikhlas cinta kau dan ni kau BALAS?! HAH?!! NI?!!" Ujar Mike lalu memasang video yang diterima semalam. Satu kelas boleh dengar apa yang Angela katakan. Angela cuba mendekati Mike tapi Mike menolaknya sehingga terjatuh.
"Mike! Benari kau buat kawan aku macam tu?!" Marah Marie.
"Kau jangan masuk campur Marie. Ini urusan aku dengan sundal tu!" Mereka yang lain terdiam.
"Mike tolong Mike! Jangan bu-bunuh a-aku" ujar Angela tersedu sedan.
"Kau tahu peraturan aku. Pengkhianat hukumnya MATI! Nak aku eja? M.A.T.I. MATI SUNDAL!" Ujar Mike begang. Angela melutut dan mencium kasut Mike tapi sudahnya muka Angela ditolaknya ke tepi dengan gunakan kaki.
"Pergi mampus dengan rayuan kau! Dan pada korang berdua! Jangan pernah lagi buli Dira. Kalau aku tahu korang akan menyusul Angela lepas ni" arah Mike lalu menarik Dira keluar dari kelas. Rata rata mereka terkejut kerana Mike seorang kaki buli dan gengster melindungi Dira budak Nerd dari dibuli.
Angela mengesat air matanya. Dalam diam Angela menyimpan dendam kepada Mike dan...DIRA...
VOCÊ ESTÁ LENDO
COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER]
FantasiaHighest ranking #2 in teknologi/tecnologi-020220 #8 in nerd-020220 #6 in buli -160319 #1 in teknologi-300319 #19 in sci-fi-070419 #4 in crime-130419 #1 in bully-040519 #1 in teknologi-080619 Dira Syawani seorang budak nerd tapi disebalik rupanya itu...
![COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER]](https://img.wattpad.com/cover/172910280-64-k954503.jpg)