Belum Tidur Lagi?

60 2 0
                                    


"Kau orang tak pernah dengar pasal Hantu Warden?" soal Fida.

Serentak mereka menggeleng. Fida tersenyum sinis sambil menggeleng. Menegaskan wajah pelik dan tidak percayanya serentak.

"Kisah ni dah lama berlaku. Lebih 20 tahun dulu.Masa tu, asrama ni ada seorang warden wanita yang sangat garang. Dia palingpantang kalau ada pelajar yang melanggar peraturan. Sesiapa yang buat hal pastidia akan jatuhkan hukuman,"

Dira dan Qila yang tekun mendengar.

"...dikatakan ada beberapa orang pelajar asrama tak puas hati dengannya. Mereka buat khianat dekat warden tu. Dirosakkan brek keretanya. Niat pelajar tu sebenarnya hanya nak menyebabkan kemalangan saja. Tapi malang tak berbau, warden tu terbabas ke dalam gaung lalu terbunuh kat tempat kejadian."

Wajah Dira dan Qila serentak berubah riak simpati. Kasihan benar mereka mendengar nasib yang menimpa warden itu.

"...semenjak itu, dikatakan hantu warden ni sering bergentayangan di kawasan asrama. Wajah dia sangat menyeramkan. Orang kata, tempurung kepalanya terkopak dan daging mukanya terkoyak. Bebola matanya pula terkeluar dan berjuntaian di depan muka..."

Beria-ia Fida membuat gaya mata tergantung menggunakan jarinya. Berkerut muka Dira dan Qila melihatnya. Secara tak langsung, mereka membayangkan betapa ngerinya lembaga itu di alam nyata.

"...dia suka mengganggu pelajar-pelajar yang suka melanggar peraturan. Terutamanya mereka yang suka tidur selepas jam 12.00 malam," sambung Fida.

DETIK 12 MALAMWhere stories live. Discover now