Mebirati Challenge

126 2 0
                                    

"Aduh! Bosannya cabaran ni..."

Seraya menghabiskan ayat terakhirnya, lilin di dalam pegangannya tiba-tiba terpadam. Dia cepat-cepat menyalakan mancis namun tidak berhasil. Menggeletar tangannya menahan debaran. Ah! Tahu pula menggelabah.

Setelah berkali-kali dicuba, akhirnya dapat juga mancis dinyalakan. Dicucuhnya ke sumbu lilin supaya bercahaya semula. Lega sikit hatinya.

'Rezaaa...'

Belum sempat melangkah, dia terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.

'Rezaaa... Hihihiii...'

Sekali lagi kedengaran namanya dipanggil, diselit pula tawa mengada bersulam ngeri. Entah mengapa, dia tiba-tiba mendapat kekuatan untuk menoleh ke arah suara tersebut.

Sebaik sahaja dikalih, terbulat biji matanya. Mulutnya ternganga luas. Dia cuba menjerit tetapi suaranya tidak terkeluar. Kaget sungguh dengan apa yang dilihatnya ketika itu.

DETIK 12 MALAMWhere stories live. Discover now