BAB 1 • Malam Kau Menemui Aku

18 4 7
                                        

“Bukannya kehendak  aku untuk jadi macam ni....”

“Woi!Jangan biarkan dia lari,woi!”Terdengar teriakan demi teriakan umpama sekumpulan orang yang sedang mengejar satu benda.

Tapi itu sudah tidak penting untuk dia.Dia perlu larikan diri.Duri-duri yang menjalar menyambar-nyambar kulitnya dan meninggalkan torehan demi torehan.

Tapi itu sudah tidak penting,dia tidak kisah lagi betapa sakitnya melanggar setiap duri yang menjalar.Dia perlu larikan diri.Ya,larikan diri daripada orang yang mengejarnya.

“Jalan!”Hatinya berdebar-debar ketika melihat jalan raya yang semakin hampir darinya.Dia mempercepatkan lagi langkahnya.Dia perlu larikan diri.

“Tahan dia!”Salah seorang lelaki berbadan sasa memberikan arahan kepada anak buahnya.”Walau begaimana sekalipun,perempuan tu tak boleh terlepas!”

Semakin dekat teriakan tersebut,semakin besar langkah lariannya.Tetapi tiba-tiba,kakinya umpama melekat di tengah jalan raya tanpa sempat berpaling,sebuah lori tiba-tiba melalui jalan tersebut.Dan ketika itu,apa yang difikirkannya adalah ‘aku akan mati’.

Pandangannya kian kelam umpama dunia tersebut kian gelap.Dan melabuhkan tirainya,menutupi langit dan bintang.Entah kenapa,untuk pertama kalinya dia dapat melihat bintang yang bersinar terang pada malam terakhirnya.


*


“Hey!Aku dengar tu lah budak yang baru masuk tu!”Kata seorang pelajar lelaki kepada kawannya yang berkaca mata.

“Oh dia ke?Macam sombong.”Balas pelajar lelaki berkaca mata.

“Huh!”Keiji mengeluh,sejak akhir-akhir ini,semua orang asyik memberikan perhatian kepadanya.Bukannya salah dia memakai pembalut di sebelah mata kirinya.Ini semua gara-gara mata dia lah yang menyebabkan dia dapat melihat apa yang orang lain tak boleh lihat.

Keiji menggosok pembalut matanya,kalau boleh dia ingin sangat nak balik ke biliknya semula.Tapi gara-gara pelajaran,terpaksalah dia mengadap wajah pelajar-pelajar yang lain.Sejak akhir-akhir ni dia sentiasa menjadi mangsa buah mulut orang ramai kerana kepelikkannya yang memakai pembalut mata,sedangkan mata dia baik sahaja.

“Ya,aku pun ada dengar juga pasal tu.”

Langkah Keiji terhenti,dia kenal sangat dengan suara nyaring itu.Dia mendongak.Seperti yang dijangka....

“Hannah!”

Seorang wanita yang memakai shawl berwarna jingga dengan baju kurung merah muda menoleh ke belakang selepas namanya dipanggil.

“Ah,maaf,saya tak sengaja panggil nama awak...”Keiji tersedak.Entah kenapa dia terasa gagap apabila bertentang mata dengan wanita yang memiliki mata berwarna jingga tersebut.

“Berhentilah berdegup jantung tak guna!”Marah Keiji di dalam fikirannya.

“Kalau macam tu,kita orang gerak dulu lah ya!”Kata salah seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi Hannah.

“Mmmm...bagus juga...aku nak selesaikan sikit perkara leceh ni...”Hannah bersuara lantang yang hampir kedengaran sinis.

“Huh?!”Keiji sedikit terkejut dengan perubahan Hannah.

Selepas memastikan tiada siapa yang berada di situ,Hannah membuka mulut untuk bersuara.Tetapi belum sempat Hannah bersuara,Keiji terlebih dahulu melintasnya.

“Hannah...saya suka..”

“Maaf.”Hannah tiba-tiba menyampuk menyebabkan Keiji terkejut.Belum sempat dia berkata apa-apa,Hannah terlebih dahulu menjawabnya.

“Kalau awak kata yang awak suka saya,saya minta maaf,saya tak boleh terimanya.”

“Tapi kenapa!?”Entah kenapa,betapa bodohnya dia terus kepada pokoknya.

“Jadi betul lah,awak suka saya.”Hannah menyengetkan sedikit kepalanya,perbuatannya tersebut seperti melecehkan Keiji.

“Hah,walau apa pun saya perlu pergi,kelas saya dah nak bermula.”Jawab Hannah sebelum mengankat kaki untuk pergi.

“Tunggu,awak belum jawab lagi soalan saya!Kenapa?!”Dia sudah tidak peduli antara malu atau tidak,yang penting dia perlukan jawapan daripada orang yang dicintainya selama ini.

“Sebab..”

Hannah menoleh,memberikan pandangan dinginnya yang tidak pernah diberikan pada sesiapa pun selama ini.Ya,cukup lama dia sudah meluat dengan mamat ni yang berlagak mengambil berat pasal orang lain.

“Sebab kau dan aku tak sepadan...”

Dengan beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut gadis tersebut sudah cukup untuk meremukkan hati dia.Terasa di dalam hatinya,darah yang mulai mengalir keluar.Untuk pertama kalinya air matanya mengalir tapi bukan pada mata kirinya.Mata yang tiada perasaan untuk mengeluarkan sedikit pun titisan air mata.

Tapi tanpa dia sedar ada seseorang yang begitu asyik melihatnya dari atas bumbung.

“Kasihannya...”


*

“Bro,kau tak apa-apa?”

Keiji mendongak.Seorang pelajar lelaki yang berbadan tegap dan berambut coklat ,berdiri di hadapannya.

“Oh,aku tak apa-apa.”Lemah sahaja balasannya,entah kenapa dia rasa tidak begitu bermaya sejak kejadian itu.

Angin malam ketika itu begitu dingin mencengkam jiwa.Keiji mengesot sedikit memberikan ruang kepada kawan baiknya untuk duduk,Bob.

“Pasal masalah tengah hari tadi ke?”Bob cuba meneka.

“Haah...”Balas Keiji dengan lemahnya.

“Alah,lupakan aje dia tu,ramai lagi perempuan dekat luar sana tu yang kau boleh pilih!”Bob memberikan semangat sambil menepuk-nepuk belakang bandan Keiji.

“Memang ramai,tapi tak ada seorang pun yang serupa dengan dia..”Suaranya semakin lama semakin dalam dan dalam pada waktu yang sama dia teringat pertama kali dia bertembung dengan Hannah.

“Mmmm...Cik...Cik terjatuhkan pen cik.”Keiji memanggil pelajar perempuan yang memakai shawl berwarna biru yang berjalan membelakanginya sebelum menoleh.

Matanya serta-merta terbeliak.Untuk pertama kalinya dia melihat seorang wanita yang cukup cantik  yang mempunyai sepasang mata berwarna jingga walaupun kulitnya tidak seputih mana tetapi dia tetap cantik.

“Ah,ye ke?Saya minta maaf,saya ingat awak panggil orang lain tadi dan terima kasih.”Keiji serta-merta terpaku melihat  senyuman dari seorang perempuan yang telah menarik hatinya.

“Baiklah,kalau macam tu saya minta diri dulu lah ya!”Hannah memberikan reaksi apabila dia melihat lelaki berambut hitam dengan berkulit  putih tidak memberikan tindak balas.

“Mmmm...boleh saya tahu nama awak?”Entah kenapa lidahnya tiba-tiba menjadi kelu.

“Hannah...”

“Yang pastinya mempunyai perangai buruk...”Bob memberikan komen.

“Hah!Kau ada cakap apa-apa ke Bob?”Tanya Keiji yang telah tersedar dari lamunannya.

“Oh..tak ada apa-apa lah,dah larut malam ni,aku pergi masuk tidur dulu lah.”Jawab Bob sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kau tak nak masuk lagi?”

“Nanti kut..”Jawab Keiji perlahan,dia mahu melihat bintang-bintang terlebih dahulu.Sekurang-kurangnya,bintang tak akan sakitkan hatinya.


*


Keiji berjalan merentasi koridor ke biliknya.Seperti biasa perjalanan melalui koridor tersebut begitu senyap.Pada mulanya,memang seram lebih-lebih lagi orang seperti dia yang dapat melihat benda yang tak boleh dilihat oleh mata kasar.

Dia mengeluarkan kuncinya untuk membuka pintu biliknya.Pintu terkuak.

“Rasanya tak salah kalau bukak pembalut mata ni,lagi pun diorang pasti tak akan ikut aku sampai sini.”Fikir Keiji dan ketika dia membuka matanya,dirinya tepaku,kedua matanya terbeliak.

Seorang wanita bertudung putih dengan pakaian yang serba putih tiba-tiba muncul dihadapannya.

Dan apabila mereka tersedar antara satu sama lain barulah muculnya teriakan paling kuat.

“Ahhhhh,apa kau buat dalam bilik aku ni!Ini bukannya bilik perempuan!”Katanya tanpa berfikir panjang dan terus menolak wanita tersebut keluar.

“Kau tu dah lah bukan muhrim aku!Fitnah nanti!”

“Oi,jangan sama kan aku dengan manusia lemah macam kau lah!”Tengking wanita berjubah putih tersebut dengan suara yang garang.

Langkah Keiji tiba-tiba terhenti.

“Hah?!”Tanpa sedar barulah dia teringat yang sebelum dia masuk,biliknya dikunci masakan mungkin ada manusia boleh masuk.

“Kau......hantu ke!”

“Haah,baru kau sedar...”

“Ya aku bukannya manu....”Dan tiba-tiba suara wanita tersebut terhenti apabila melihat mata kiri Keiji yang berwarna biru terang.

“Sekejap kau boleh nampak aku ke?!”

“Haah,kenapa?”Jawab Keiji dengan wajah bersahaja sebelum menyambar roti di meja tamu.

“Jangan kata kau ni salah seorang mata yang tak berhijab!”

“Kalau aku kata ya?”Jawapan yang diberikan Keiji cukup untuk melopongkan mulut hantu tersebut.

Dan ketika itu,barulah dia perasan sesuatu.”Sekejap!”Jerit wanita hantu tersebut di dalam hati.

“Aku rasa macam kenal mamat ni...

“Kulit putih”

“Mata sebelah kanan hijau.”

“Rambut hitam...”

Dan tiba-tiba,satu teriakan dilepaskan untuk kali kedua.

“Jangan kata kau lelaki yang ‘direject’ tu!”

















Hai!!!If you guy's ask me is this really my story..not at all because,we are the one who create it,with my lovely bestie fhaziqah

CARLAWhere stories live. Discover now