Jadi macam biasalah rutin seorang ibu, kasi sedia makanan si baby. Bubur jak saya kasi sedia sepanjang dia sakit sebab tiada selera makan dia. Sekarang ne bagus sikit sudah sebab dia mahu makan, masa dia mula-mula sakit jangan harap dia mahu makan. Minum susu pun bila dia betul-betul lapar sudah.
Siap saja makan, si baby terus mengantuk...merengek-rengek minta kawan tidur padahal piring-piring masih lagi berselerak ne. Tapi tu lah, kasi ikut sajalah apa yang dia mahu. Effect ubat sama memang badan dia lemah bah kali kan, tu lah cepat mengantuk dan mengamuk. Selalunya, siap makan dia teruja mahu berus gigi. Tahulah budak-budak bukan betul-betul dia mahu memberus, dia mahu jilat tu ubat gigi saja. 😧😧😧😧
Saya kasi tukar dulu baju si baby, hari ini dia tidak mandi...lap-lap badan saja. Lepas tu kasi dodoi dia tidur. Beberapa minit saja, sudah dengar dia berdengkur. Hidung dia berhingus kan...jadi bernafas guna mulut saja dia. Addduuiiii....sian betul saya tengok dia. Satu ciuman hinggap di dahi sama pipi pau dia.
"Get well soon baby." Bisik saya di telinga dia sebelum bangun kasi tinggal dia di bilik. Banyak lagi kerja saya mahu buat, mahu kasi kemas dapur, cuci kain...Ayissshhh! Kerja sudah besok. Tiga hari sudah saya cuti tanpa gaji semata-mata mahu jaga si baby saja, selalunya kami hantar dia pigi Taska lepas tu petang baru ambil. Tapi disebabkan dia sakit, jadi terpaksa jaga sendiri sebab risau budak-budak lain di Taska kena jangkit.
Ini lagi masalah ne, kalau si baby masih belum full recover besok siapa yang mahu jaga? Hantar pigi rumah mama? Kalau dekat tidak apa juga, mahu suruh mama yang turun pigi tempat kami? macam menyusahkan pula. Dia datang jauh-jauh lepas tu suruh jaga anak, bertambah-tambah penat lah dia nanti. Mahu hantar pigi rumah mother-in-law (MIL)?....
Hmmmmmmm...bagus tak payah! Walaupun ikut betul, paling ngam kami hantar di sana sebab banyak maids tu beliau yang boleh tolong jagakan si baby tapi tak payahlah... ndak larat saya dengar sindiran sama bebelan dia. Kalau setakat sindir depan-depan lepas tu habis macam tu saja tidak apa, ne kalau boleh satu kejiranan tu dia mahu kasi hebah. Nasib baik dia tiada account sosial media, kalau ada mesti sudah dia kasi jajah cerita; Menantuku dari Neraka! 😥😧
Sedang saya syok mengemas dapur, berbunyi handphone saya. Si El kah yang call? Senyuman saya terukir bila nampak nama pemanggil.
*Fred*
Sudah beberapa hari kami tidak ber-call, perasaan rindu sama dia terpaksa dipendam. Yalah, saya busy urus si baby and dia pula outstation saja beberapa minggu ini. Tanpa buang masa saya menjawab panggilan itu dengan penuh kegembiraan.
~~~~~~~~~
Eldre P.O.V
Saya sampai di rumah lebih kurang pukul 12:15 am. Gila! Gara-gara entertain big boss dari HQ terpaksa kasi korban masa untuk keluarga. Nasib baiklah bukan selalu tu big boss turun pigi Sabah, kalau tidak tiap malam kali dia bawa pigi pub. Sudahlah kuat cari perempuan. Tidak pasal-pasal saya yang sudah ada bini sama anak ini pun kena gesel-gesel oleh 'chick' di pub tadi! Nasib baik saya masih waras walaupun ada juga minum sikit tadi.
Cakap pasal anak, terus saya menuju pigi bilik, mahu jenguk si baby. Perlahan-lahan saya buka pintu bilik, takut dorang dua terjaga. Bilik kami hanya diterangi cahaya malap dari lampu meja.
Hilang segala penat saya tengok si baby tidur pulas. Siap berdengkur lagi. Macam biasalah, kalau dia tidur memang tunggang langgang, katil king size masih tidak cukup untuk dia. Kesian mummy dia selalu saja kena tendang. Kira mahu cium pipi dorang tapi, masih bau beer lagi ne. Jadi saya pun ambil towel mahu mandi, biar segar and paling penting dapat cium si baby sama mummy baby. 😜.
Masa mahu menuju pigi kamar mandi (bilik kami sekali dengan kamar mandi), mata saya tertuju dengan handphone si Necolle yang bercas di meja. Mungkin ini masa yang sesuai untuk merungkai segala prasangka saya selama beberapa bulan ini. Jadi tanpa buang masa saya ambil tu handphone, sempat lagi saya jeling dia yang tertidur lena di katil.
Masuk saja di dalam kamar mandi, terus saya on handphone tu. Password? XXXXXX...tanpa was-was saya taip, sebab saya 100% yakin dia guna enam 6 digit pertama nombor mykid si baby (which's birthday si baby) sebagai password. Dan benda pertama saya check adalah Incoming Calls.
*Fred - 📲 08:15 pm - 1 hrs 45 mins 37 secs*
Mahu dua jam dorang bercalling? Sakitnya hati saya! Lelaki dan perempuan malam-malam bercalling begitu lama untuk apa? Bincang bisnes berjuta-juta? Saya yang suami ini kalau call, dia cuma jawab "hmmm" dan "ok" saja! Ini sama jantan lain boleh pula bercerita panjang.
Lepas tu, jari saya ligat pigi whatsapp dan jangkaan saya benar ada chat dia dengan Fred.
📨 I love you too.
Darah saya seakan mengelegak! Tidak sanggup sudah saya scroll baca keseluruhan chat dorang! Punyalah susah dia jawab "I love you too" untuk saya! Tapi dengan lelaki lain...
Hati saya seakan remuk! Ternyata firasat dan berita dari mama selama ini memang benar. Selama kami jadi suami isteri memang dia sentiasa dingin dengan saya, tapi tidak sangka yang dia akan curang! Tanpa sedar air mata mula mengalir di pipi...bodoh! Saya lelaki! Mana boleh menangis!!!!
(Background song 👇)
♤♡♢♧ To be continued...♧♢♡♤
Note: First of all, story ini memang fully in Sabahan dialect and slang so siapa yang faham...faham lah...kalau tidak faham tak payah nak paksa diri untuk faham...skip saja ke story lain atau sabar saja tunggu story Erotis tu fully recover la ye... Tidak larat nak mahu mem-bakukan ayat ne. Senang lagi guna bahasa Melayu Sabah saja tak payah fikir tatabahasa kah apa...tulis saja apa yang ada di hati dan fikiran. Harap-harap ada lah beberapa orang dari Sabah di wattpad ini yang jumpa story ini. Thanks dan semoga terhibur. 💁💁💁💁
YOU ARE READING
You, Me, Us~~~
Romance🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!! Kisah suka, duka dan konflik rumahtangga Necolle dan Eldre. Sejauh manakah mereka mampu bertahan? *KANDUNGAN DEWASA DAN UNTUK BACAAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA* Story ini ditulis sepenuhnya dalam diale...
Prolog : I'm Not the Only One
Start from the beginning
