1. hey zaff!

6.7K 191 8
                                    

1.

" Wa !"

aku yang baru keluar dari tandas wanita membeliakkan mata bila susuk tubuh Zaffran sudah berdiri dihadapan aku.

dan kami masih di hadapan pintu tandas wanita.

" hey Zaff ! kau gila ke? depan tandas ni. " bebel aku sambil membetulkan tudung aku yang sedikit serabai.

" sorry Wa. " lengan aku ditarik Zaffran ke taman bunga yang tidak jauh dari situ.

" ha apahal kau? tak menyempat aku keluar tadi dah terpacak depan tandas " jam tangan aku pakaikan di tangan kiri.

" Wa, pasal tadi tu sorry la. aku teruja sangat weh. cari kau punya cari rupanya kau ada kat tandas. tapi bukan pasal tu aku nak bagi tahu." wajah kacak Zaffran aku pandang.

lelaki ini yang aku kenal dari zaman sekolah. dari kecil sampai membesar sehingga masing² dah berjaya, kami masih berkawan.

dan dia cinta pertama aku dari dulu sehingga sekarang.

tapi aku pendam kan. sebab apa?

dia sudah ada pilihan dia sendiri.

Ain Najiha.

rakan baik zaman kolej aku.

walaupun sakit, tapi aku rehda. melihat Zaffran tersenyum bahagia itu sudah cukup buat aku gembira.

" oii. berangan. kau tak sihat ke? okey tak ni?" laju tangan kanan Zaffran naik ke dahi aku.

dan tak sempat tepis dia jengilkan mata pada aku.

ayam betul !

" tak panas. okey jer. " komen Zaffran .

" dah aku sihat buat apa nak panas. "

" tak la. aku cakap dengan kau, kau boleh diam termenung. ingat kan siapa?"

"sibuk kenapa? ni apa kau cakap tadi?" malas mahu bertekak dengan Zaffran, aku mengerutkan dahi.

" cuba teka." aku tak suka teka² ni.

Zaffran ketawa bila aku buat muka tak puas hati. dia tahu aku memang anti dengan teka teki ni.

" okey. " Zaffran tarik nafas sebelum dihembus perlahan. dia senyum.

"Ain dah setuju nak kahwin dengan aku"

prakk !

bunyi apa tu warda ?

ouh, bunyi hati kau yang sedang retak seribu.

aku pandang Zaffran yang tersenyum gembira. entah apa mulut dia bebelkan aku tidak dengar. apa yang aku nampak, kebahagian di wajah nya.

dan saat ini aku sedar, Zaffran bukan untuk aku.






 Milik Dia Where stories live. Discover now