Bab 84

19K 211 4
                                    

"Hmmm..hmmm...uhuk uhuk" Hairil menggeletar sambil terbatuk batuk . Kepalanya berdenyut semakin kuat . Hairil terasa sejuk sekali malam itu .

Tidur Isha terganggu lagi sekali apabila terdengar Hairil batuk . Isha gosok matanya dan lihat jam di dinding menunjukkan pukul 2:45 pagi . Isha lihat Hairil diatas katil itu dan bangun pergi kearahnya . Isha duduk disisi katil dan tengok Hairil dalam keadaan menggeletar . Isha rasa dahinya "ya allah panasnyaa" kata Isha sambil rasa di pipi dan leher Hairil .

Isha bangun pergi ke dapur ambil besen dan bubuh air kedalamnya kemudian naik dan ambil towel dan naik keatas katil semula . Isha perah air dari towel dalam besen tersebut kemudian jaram Hairil .

"Hmmm taknakk" marah Hairil sambil tolak tangan Isha .

"Jangan degil boleh tak ?" Isha tolak tangan Hairil dan sambung jaram muka Hairil .

"Hmmm" berkerut muka Hairil menahan sejuk .

Isha jaram muka dan leher Hairil kemudian dibelakang dan perut Hairil . Berkerut kerut muka Hairil menahan sejuk . Setelah selesai jaram Isha letak tuala tersebut atas dahi Hairil kemudian Isha bangun dan letak besen tersebut diatas meja sisi katil dan kembali ke sofa untuk tidur .

3:30 pagi

Isha terdengar Hairil menggeletar lagi . Isha bangun dan naik ke atas katil . Isha ambil towel yang berada atas dahi Hairil "kering tuala ni ? Panas sangat ni" kata Isha sambil rasa dahi Hairil langsung tak ada kurang panasnya .

Isha ambil besen dan celup semula tuala dan disapu ke muka dan badan Hairil lagi .

"Hmmmm" marah Hairil apabila tuala basah hinggap ke kulitnya . 

Setelah selesai Isha kembali semula ke sofa untuk tidur .

4:22 pagi

Badan Hairil menggeletar lagi dan terbatuk batuk . Isha bangun bagi Hairil minum air dan jaram Hairil lagi sekali .

6:00 pagi

Azan berkumandang di phone Isha . Isha bangun pergi ke toilet ambil wuduk dan solat . Selesai solat dan gantung telekung dan sejadah Isha pergi ke suaminya . Tuala diatas dahi diambil . Isha rasa dahi Hairil masih panas .

"Hm takboleh jadi ni tak turun turun suhu badan dia" kata Isha kemudian Isha turun ke dapur dan gantikan air dalam besen tu dengan air sejuk dari dalam peti dan naik keatas semula . Isha perah air dari tuala dan disapu pada muka Hairil .

Hairil terkejut sampai tertegak sedikit kepalanya .

"Baring balik" kata Isha

"Aku taknak sejukk !" Bantah Hairil .

"Kene jugak badan you panas . Baring balik" arah Isha .

"Aku taknakk" Hairil berkeras .

"Boleh tak jangan degil . Karang mula la badan menggeletar lagi . I penat ni"

"Tukar air biasa je aku taknak air sejuk ni" kata Hairil sambil baring semula .

"Panas you tak hilang guna air biasa" Isha celup tuala dalam besen dan perah kemudian disapu ke muka Hairil tapi Hairil menolak .

"Aku taknak sejuk sangat"

"Ya allah tolong la Hairil jangan degil I penat ni tolong bagi kerjasama" Isha marah . Hairil terdiam . Isha sapu semula ke muka Hairil . Hairil genggam baju Isha menahan sejuk .

"Bangun sekejap makan ubat lepastu sambung la tidur balik" kata Isha selepas selesai jaram ke badan dan muka Hairil . Hairil duduk dan makan ubat yang dihulur Isha dan minum air . Setelah selesai Hairil baring semula .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now