Bab 12

13.5K 201 0
                                    

"Aku terima nikahnya Bella Delisha binti Hisyam dengan mas kahwinnya RM 4500 ringgit tunai"

"Sah ?" Tanya Dato Hisyam yang mewalikan pernikahan anaknya Isha dan Hairil

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah" kata semua orang yang berada dalam masjid . Yes masjid because Hairil is humble person okay but not Isha . Isha memang tak setuju bernikah di masjid katanya like orang kampung then disebabkan Hairil ugut katanya kalau nak kahwin dengan dia nikah dekat masjid buat majlis resepsi dirumah belah perempuan . Belah lelaki takpayah sebab rumah pun tak jauh mana membazir katanya . Isha terpaksa setuju kalau tak memang tak dapat la kahwin dengan jejaka idamannya .

Ustaz disebelah Dato Hisyam mula membacakan doa . Setelah selesai membaca doa Hairil diminta untuk menyarung cincin di jari manis milik Isha begitu juga Isha menyarungkan cincin ditangan Hairil . Setelah selesai Isha cium tangan Hairil .

"Cium dahi Isha Ril photographer nak snap tu" kata Datin Seri Zarina berbisik disebelah Isha . Hairil akur .

Setelah selesai menangkap gambar dan segala urusan hal nikah mereka semua keluar dari masjid .

"Alhamdulillah berbesan juga kita akhirnya" kata Datin Seri Zarina

"Iye syukur alhamdulillah . Saya bersyukur sangat Isha dapat lelaki yang baik . Saya harap sangat Hairil dapat bimbing Isha kearah kebaikan" kata Datin Rohayu

"Itulah saya pun harap begitu . Aamin"

"Mana si Isha dengan Hairil ni ?" Datin Rohayu meliar mata mencari anak dan menantunya . Datin Zarina juga turut mencarinya .

"Alah janganla balik lagi . Kita dating dulu berdua as husband wife for first time" Isha baru muncul dari toilet dibelakang masjid sambil memeluk Hairil . Tadi Hairil pergi toilet dan Isha ikut sekali . Bila keluar dari toilet Hairil kata nak balik dah itu yang melekat tak bagi Hairil balik .

"Ya allah budak berdua ni . Esok melekat la 24 jam harini jangan dulu" kata Datin Seri Zarina

"Alah mama Isha nak duduk dengan Hairil dah. Please mama kitorang kan dah halal" Isha masih memeluk Hairil . Hairil dah puas tepis tolak tapi datang balik . Penat dah and his give up !

"Takboleh sayang esok kan Isha dengan Hairil nak bersanding . Orang kata tak manis la . Lepas bersanding esok baru boleh melekat 24 jam ye" Datin Seri Zarina cuba memujuk .

"Lepasla Hairil tu Isha . Bersabar sikit" Datin Rohayu pula memujuk

"Tau Bella ni tak sabar sabar" kata Sarah pula disebelah makngahnya mak Isha .

"Hm okay fine" Isha beralah dan lepaskan Hairil . Hairil terus berjalan ke arah keretanya .

"Ada apa lagi ni ? Jom la gerak balik" kata Dato Hisyam yang baru keluar dari masjid bersama Encik Samad abang Dato Hisyam dan Dato Sri Redza .

"Iye nak balik lahni" kata Datin Rohayu

"Jumpa esok ye" Datin Rohayu bersalam dan berlaga pipi dengan Datin Seri Zarina .

"Mama papa" kata Isha sambil bersalam dengan pak mak mertuanya .

"Sabar tau . Esok Isha boleh dah berkepit dengan Hairil 24 jam" bisik Datin Zarina ditelinga Isha semasa berlaga pipi . Isha senyum .

"Kami balik dulu ye jumpa esok"kata Datin Seri Zarina pada Isha dan keluarganya kemudian gerak ke kereta bersama suaminya . Hairil dah lama masuk dalam kereta .

****

"Assalamualaikum"laung orang dari luar .

"Ril pegi tengok siapa yang datang tu mama tengah masak ni" kata Datin Seri Zarina dari dapur . Hairil pergi ke pintu untuk tengok siapa yang datang .

"Waalaikummussalam" kata Hairil sambil buka pintu .

"Ouh maklong" kata Hairil sambil salam maklong

"Iye mak kamu mana ?" Tanya Puan Liza

"Ada dekat dapur tu tengah masak . Mana syafiq maklong ?"

"Tu tengah angkat barang dari bonet . Maklong masuk dulu ye"

"Ouh okay . Ha masuk la mama ada dekat dapur tu" Hairil memberi ruang pada maklongnya untuk masuk .

"Woii bro lama tak jumpa . Anyway selamat pengantin baru bro" Syafiq yang baru muncul menegur Hairil yang dari tadi terpacak dipintu memunggu Syafiq .

"Haha thanks bro" mereka salam cara lelaki .

"Wuish kau dalam diam ada awek eh . Aku kemain terkejut tau bila mak aku bagitau yang kau nak kahwin"

"Alah dah jodoh aku dah sampai aku kahwin la . Dahla jom masuk kau letak je barang situ karang bibik bawak naik" Hairil bawa Syafiq duduk disofa ruang tamu .

"Cerita la kat aku perempuan malang mana yang jadi isteri kau ni ? Dahla tak romantik jenis serious tak reti nak bagi ayat manis . Haih siapa la yang nak dekat kau ni ? Heran aku lain la aku ni sweet talker"Syafiq mengutuk Hairil depan depan dan diselitkan pujian untuk dirinya sendiri

"Adoii" Syafiq mengaduh kesakitan kerana kepalanya diluku oleh Hairil

"Padan muka kutuk aku lagi !" Hairil ambil remote dan tukar siaran .

"Alah aku cakap benda betul apa" Syafiq masih menggosok kepalanya . Sakitt !

"Diam la kau" Hairil malas layan sepupunya itu .

"Sape je yang dah sampai ni ?" Tanya Syafiq

"Kau dengan maklong jelah yang dah sampai . Maksu tadi kata otw dah . Pakteh maybe malam ni kot baru sampai" Hairil jawab sambil tengok tv

"Ouhh . Kiranya takde sape la yang datang masa kau akad nikah tadi ?"

"Haah"

"Sorry la aku takdapat datang masa kau akad nikah tadi . Ni pun aku baru balik kerja aku ambik half day . Sorry tau"

"Takde hal la . Asal kau datang masa aku bersanding pun aku dah okay . Lagipun aku akad nikah dekat masjid je pastu balik . Bukan ada apa sangat"

"Kenapa kau tak buat akad nikah dekat rumah . Biasanya orang kaya ni mesti buat majlis grand grand . Akad nikah dekat tepi pantai ke dekat garden ke pastu sediakan kerusi jernih tu ala ala english style . Ni kau akad nikah dekat masjid je ? Tapi kaya apa kau ni buat malu je"

"Tak perlu la buat benda mengarut tu . Buat benda penting sudah . Ni aku nak buat majlis sanding pun kira okay kalau ikut aku nikah je pastu dah settle"

"Eii kedekutnya kau . Orang kaya tapi kedekut ya rabbi . Memang betul la cakap aku malang siapa yang jadi isteri kau ni"

"Ah kau aku bukan kedekut aku cuma tak suka majlis mewah sangat sakit mata . Nanti lepas kahwin banyak lagi tanggungjawab yang aku kene pikul"

"Hm lantak kau la Ril" Syafiq malas berlawan kata dengan Hairil . Dia dah tau yang Hairil pasti akan menang .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now