"Hm kalau macam tu nak cakap apa ? Cepatlah serious"

"Hm pasal Hairil"

"Hm agak dah" Mira baru nak tutup phone Syakir sempat melarang .

"Sayang sayang jangan tutup dulu dengar la apa I nak cakap ni"

"Nak cakap apa ? I taknak dengar pasal dia I takboleh dengar nama orang yang sakitkan hati kawan I"

"Tapi kawan I pun teraniaya bukan semua datang salah dari dia"

"Alah sebab you kawan dia yang you nak back up dia kan ?"

"Tak you and Isha tolong la dengar penjelasan Hairil dulu kesian dia . Dia pun teraniaya jugak dalam hal ni"

"Hm apa apa jelah I nak tidur bye" Mira menutup panggilan"

"Sayang..sayang ?" Syakir lihat phonenya panggilan sudah dimatikan .

"Dia tak percaya bro" kata Syakir pada Hairil .

"Hmm apa patut aku buat ni ? Aku taknak bercerai dengan Isha aku tak sanggup . Aku nak besarkan anak kami bersama sama aku nak tengok anak aku membesar depan mata aku" kata Hairil sambil serabutkan rambutnya .

"Kau usaha lagi Ril jangan mudah give up . Aku yakin kau boleh pujuk Isha . Isha masih cintakan kau cuma dia tengah marah dan sakit hati dengan kau" kata Syakir

"Hm okay aku akan usaha lagi sampai dia berbalik pada aku semula"

"Aku doakan kau ingat jangan cepat give up"

"Okay thanks bro" kata Hairil . Syakir angguk .

****

"Izal mak risau la bini kamu dekat dalam tu dah 2 hari dia langsung tak makan tak minum . Mak bawak makanan atau minuman pun dia tolak mak suruh keluar lepastu dia kunci . Harini dia langsung tak bagi mak masuk dia letak sesuatu belakang pintu masa mak bukak pintu dia guna kunci spare . Mak tengok keadaan dia pun makin teruk"kata Puan Rogayah pada anaknya yang baru pulang dari kerja sambil letak air minuman .

"Takde apa la mak biar la dia" kata Faizal sambil sandar di pintu kemudian minum air yang maknya bawa .

"Kamu jangan bahaya tau dahla bini kamu tu tengah mengandung . Kalau ye pun kamu marah bini kamu jangan sampai anak dalam perut tu jadi mangsa . Kamu tak risau ke nanti jadi apa apa dekat bini atau anak dalam perut tu . Kamu pergi la tengok keadaan dia kot la dengan kamu dia nak"

"Hm yelah kejap lagi Izal pergi"

"Pergi sekarang mak risau la rasa macam tak sedap hati je ni dari tadi" kata Puan Rogayah sambil tolak Faizal suruh bangun .

"Ish mak ni yelah . Bukan ada apa apa pun risau sangat mak ni" kata Faizal sambil pergi ke bilik dimana isterinya duduk .

"Nah kunci spare" kata Puan Rogayah .

"Takde apa yang perlu dirisau mak dia tu cuma stress je tak dapat nak berlaki kan orang kaya . Sepatutnya biar je dia dalam bilik ni tau la dia nak makan ke minum..." bebel Faizal sambil buka kunci bilik tersebut dan tolak guna bahunya kerana disebalik pintu ada sesuatu .

"Astaghfirrullahhalazim Zara" kata Puan Rogayah . Faizal juga turut terkejut dan pergi ke isterinya .

****

"Kami mintak maaf kami gagal selamatkan bayi tersebut" kata Doktor Linda .

"Ya allah" kata Puan Rogayah . Faizal sudah terduduk .

"Kesan tikaman di perut pesakit membuatkan bayi tersebut mati dan jika makcik dan encik lambat hantar pesakit ke hospital kemungkinan besar pesakit juga akan meninggal dunia kerana kesan torehan di tangannya hampir terkena pada urat pentingnya" terang Doktor Linda lagi .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now