"Lain macam suara you ni? You okey tak?"

"Kalau tak okey, saya tak jawab call awak ni, Ben."

"Manalah tahu kalau-kalau ni saka you yang menjawab."

"Sorry, Ben. Tak kelakar."

Malas saja aku membalas. Mood dah hilang lepas penemuan sesi berbalas komen dia dengan baba tadi.

"Amee, you keluar kejap."

Suara Ben tiba-tiba berubah nada. Serius pula jadinya.

"Keluar mana?" Blur sesaat dua aku jadinya.

"Keluar rumahlah. I ada dekat depan rumah you."

"Hah?!"

Seriuslah dia ni?

Cepat-cepat aku pergi ke tingkap bilik. Langsir aku selak sedikit. Dari atas, memang jelas aku nampak Mitsubishi Triton hitam milik Ben dah terparkir di depan rumah.

"Awak buat apa datang malam-malam ni, Ben?! Kalau baba tahu..."

"Baba dah tahu. And, he said O-K-A-Y. So, cepat turun. I ada benda nak cakap dengan you."

Isy! Dia ni. Contact baba lagi! Part mana yang dia tak faham, aku sebenarnya tak suka dia rapat dengan baba?!

"Awak cakap ajelah sekarang."

Betul tak? Dah on the phone dah pun ni.

"I nak you ada depan I bila I cakap."

"Mengada sangatlah awak ni."

"Sebab I rindu you."

"Hah?"

Freeze terus aku. Sumpah! Aku punya speechless sekarang ini tahap T'Challa bila bertentang mata dengan Nakia!

BEN rindu aku.

Ah, apa kena dengan aku ni? Tiba-tiba pula pipi ni rasa panas?

Sejak dua tiga hari ini, memang semacam saja aku rasa. Teringat semula tindakan spontan aku tampar Ben. Puncanya, sebab dia nampak kacak sangat.

Gila, kan?

Memanglah sebelum ini aku tahu dia tu handsome, maco. Tapi, kali ini... Takkan power rabun aku dah bertambah teruk? Semalam cek okey saja kut.

"Hei, you dengar tak I cakap ni?"

Teguran Ben buat otak aku kembali berfungsi. Ben tengah pandang aku dengan muka pelik. Hampir bercantum keningnya yang berkerut.

"You dah kenapa? Takkan I baru cakap rindu you dah angau kut?"

Ugh, please. Mana ada aku angau!

Ya ke tu?

Isy, diamlah cik hati! Jangan nak menyibuk!

"Lain kali, jangan nak cakap macam tu lagi. Saya tak suka."

"Kira untung I cakap rindu. You tu dahlah tak ada siapa nak rindu." Selamba saja Ben membalas.

Choii! Kureng asam betullah Ben ni!

"Ni kenapa awak nak jumpa saya ni? Telefon ada, tak nak guna. Nak jugak membazir minyak kereta datang sini."

Sengaja aku tukar topik. Daripada melalut-lalut pasal rindu. Lain jadinya karang.

"Amee, you patut belajar appreciate orang. Belajar cakap terima kasih bila orang sanggup buat sesuatu untuk you."

Aku buat-buat garu pipi. Haisy, pedaslah pula ayat Ben tu.

"Ni I dah cakap macam tu, tak reti ke nak cakap thank you?" Ben kerling dengan hujung mata.

"Yalah, yalah. Terima kasih intan payung."

"Sama-sama. Kos minyak dan tol ni I masuk buku 555 you macam biasa."

Melopong sekejap aku jadinya. Aku agak dah! Ben ni memang kedekut tahi hidung masin punya orang. Akal membelit!

Mood Ben yang elok-elok santai tadi mula berubah. Tubuhnya dialihkan sedikit supaya bertentang dengan aku. Matanya merenung lama. Sebelah tangannya pula bermain dengan stubble.

Apa yang dia cuba nak bagi tahu ni?

"I tak ada dekat sini sampai Selasa nanti, Amee."

Berita yang Ben sampaikan itu serta-merta buat bibir aku hilang kosa kata.

"Means, I tak dapat nak teman you Isnin ni. I'm sorry." Renungan Ben masih tak teralih.

Seolah-olah mahu melihat reaksi aku terhadap apa yang baru dikatakannya tadi. Cepat-cepat aku pandang ke depan. Aku tak boleh nak terus bertentang mata dengannya.

"Ooo." Hanya itu. Sepatah perkataan saja yang berjaya aku keluarkan.

"Look at me, Amee." Ada arahan dalam nada suara Ben.

Lambat-lambat dan berserta keluhan, aku menoleh.

"You can do it. Walaupun tanpa I."

Jujurnya, aku dah tak tahu aku boleh buat ke tak. Mulalah semangat aku nak merundum jatuh. Sepatutnya, Ben akan teman aku hari Isnin nanti. Bersama-sama untuk mulakan hari pertama aku sebagai Alma Ameena yang baru.

"Awak dah janji, Ben." Tak dapat dikawal, jelas ada rasa kecewa dalam ayat aku itu.

"Amee..." Suara Ben seperti mahu memujuk.

Aku buat tak peduli. Pintu kereta aku tolak. Tak pedulikan Ben yang masih menyeru, aku terus keluar. Berjalan masuk ke pekarangan rumah tanpa menoleh lagi.

Hati aku terasa sakit. Hati aku terasa pedih. Sampaikan ada air jernih yang keluar dari hujung mata.

Ah, rasa apa ni? Kenapa aku nak frust sangat?

Mata aku pejamkan rapat. Punca semua ini hanya ada satu saja. Sebab... Ben mungkir janji.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TUAN PERASAN MACOWhere stories live. Discover now