BAB 8

1.6K 57 0
                                    


Pagi-pagi lagi Ben dah buat kejutan. Lebih kurang jam 11.00 pagi, ada orang tekan loceng rumah. Bila aku intai, ada seorang lelaki berdiri di sebelah Alphard hitam di luar pagar.

"Siapa tu, Mee?"

Kak Warda pun sama ikut terjenguk-jenguk di sebalik langsir. Kebetulan dia ada sekali, hantar makanan tadi.

"Entah. Orang sesat jalan kut. Cuba Kak Warda pergi tanya."

"Akak busy dekat dapurlah. Amee ajelah yang tanya. Kut orang tu cari Amee ke."

Zasss! Sekelip mata bila aku pusing, Kak Warda dah hilang. Ceit dan-dan kata busy. Nak salin makanan ke mangkuk saja pun. Alasan sungguhlah haih.

Sudahnya, akulah yang keluar.

"Cari siapa ni?"

Aku tengok lelaki itu atas bawah. Seingat aku, tak pernah nampak pun dia ni.

"Cik sugar?" Lelaki itu meminta pengesahan.

Sugar? Sah. Tak ada yang lain. Sahihlah Ben yang hantarnya. Siapa lagi yang panggil aku gitu kalau bukan dia?

"Ya, saya. Ben hantar awak kat sini buat apa?"

Lelaki itu tak menjawab. Sebaliknya, dia buka pintu kereta. Dan-dan terus besar mata aku. Ada beberapa kotak dan paper bag di situ.

"Tuan Ben minta saya hantar semua ni dekat Cik Sugar."

"Hah?!"

Memang jenuhlah aku nak angkut bawa naik semua itu ke bilik.

Dipendekkan cerita, sekarang ini katil aku dah penuh dengan barang-barang yang Ben hantar tadi. Jelas tertulis perkataan Stay Feminine X Sweet Sweet Couture di setiap kotak dan paper bag.

Isinya tak lain dan tak bukan... Pakaian!

Ada beberapa helai baju kurung, top, seluar, selendang, tudung bawal. Aksesori tambahan pun ada sekali. Lengkap semuanya!

Mata aku terpandang sampul kecil yang melekat di atas salah satu kotak. Bila aku buka, ada kad di dalamnya.

Call I lepas you baca note ni.

PS: Segala charges I dah masukkan dalam buku 555 you 😉

Gila. Ben memang gilaaaa! Leburlah duit belanja aku kalau macam ni!

Terus aku cari fon dan call Ben. Dan, macam tahu-tahu saja aku nak call, deringan pertama lagi panggilan dah bersambung.

"Hi, sugar."

"Eee, nama saya Amee. A-M-E-E! Lama-lama annoying tahu dengar awak panggil saya macam tu!"

Ben balas kata-kata aku dengan tawa.

Dia ni memang. Sengaja nak buat aku marah. Agaknya satu kepuasan kepadanya bila aku bengang. Heh.

"Awak dah kenapa hantar saya semua baju ni? Awak ingat saya tak cukup pakaian ke?"

"Cukup memang cukup. Tapi, kalau semua tak lawa buat apa? You tu kan tak ada taste, Amee."

"Dah tu, awak punya taste tu tinggi sangatlah? Muka pun ada rumput hangit merata."

"In case you tak tahu, rumput hangit nilah yang buat I nampak hot." Bangga sungguh Ben bercakap.

Hot? Ugh, please.

"Nanti saya pulangkan balik semua ni."

Sungguhlah, aku tak berkenan dengan cara Ben. Memanglah semua baju ini lawa-lawa. Tapi... Awkward tau. Aneh rasanya.

TUAN PERASAN MACOWhere stories live. Discover now