BAB 2

2K 56 0
                                    

"Arghhh! Ryan ni kan... Memang... Memang... Eee!!!"

GG yang tersandar di bantal aku capai. Aku tumbuk-tumbuk geram. Sekuat hati. Biar sakit. Biar GG sama-sama rasa betapa sakitnya hati aku.

Dah puas, aku terlentang di atas tilam. Turun naik dada bernafas kencang. Haih, penat juga bila marah ni ya.

Sambil peluk GG, kepala aku mula buat ulang tayang tentang apa yang jadi di kelas tutorial tadi. Tak tahulah mana aku nak letak muka masa tu. Serius, malu gila!

Bayangkan, member-member Ryan tiba-tiba datang ke meja aku. Ingatkan kenapalah. Rupa-rupanya sebab nak bagi ayat-ayat pedas pasal apa yang jadi semalam.

"Bukan Ryan aje, aku pun tak lalu tengok muka kau ni."

"Lain kali cermin diri tu dulu. Lawa ke tidak."

"Stop dreaminglah, Amee."

Nampak sangat Ryan jenis suka membawang. Yalah, kalau tak, macam mana kawan-kawan dia itu boleh tahu. Ughhhh! Ba alif ba ya sungguhlah!

Nasib baiklah dah start cuti mid sem. Tak payah aku nak hadap muka mereka seminggu ini. Tapi, betul ke apa yang mereka cakap? Sungguh ke aku buruk?

Laju aku bangkit dan tengok refleksi sendiri di cermin. Dari hujung kaki sampailah ke hujung kepala. Menjadi satu kesalahan ke kalau aku pergi fakulti pakai baju tee dan jean saja?

Tudung pula tudung sarung. Okeylah tu, kan? Senang. Jimat masa.

Takkan aku nak melawa macam pergi Anugerah Skrin kut? Itu buang tabiat namanya.

"Takkan selamanya awak nak jadi loser macam ni?"

Ayat Ryan semalam terngiang-ngiang lagi.

Loser. Loser sangat ke aku ni bila tak pandai nak bergaya macam perempuan lain?

Tok tok tok.

Bunyi ketukan di pintu buat aku kembali ke katil. Tahu dah siapa di luar sana. Tak lain tak bukan...

"Hei, Amee okey tak tu? Kenapa tak mahu turun makan? Lama akak tunggu."

Kepala Kak Warda terjengul di sebalik pintu. Kemudian, menonong saja dia masuk. Gaya macam bilik ini dia yang punya.

"Tak okey. Stres."

"Sebab?"

Aku terus bangkit, berdiri di depan Kak Warda. Buat gaya bercekak pinggang lagi. Mulalah muka Kak Warda berubah pelik.

"Ni kenapa ni? Amee nak masuk beauty pageant ke apa?"

"Cuba akak tengok Amee ni. Hodoh ke?"

"Uisy, apa punya soalan senang sangat ni? Bagi yang mencabar minda akak sikit boleh tak?"

Kak Warda gelak-gelak.

"Seriuslah, Kak Warda. Amee tanya betul-betul ni."

Terhenti langsung tawanya. Aku tengah serius, dia ingat aku melawak pula.

"Mana ada hodoh. Amee comel apa."

"Kak, jujurlah. Bagi jawapan yang betul-betul jujur. Jujur sejujur-jujurnya."

"Jujurlah ni. Tiada yang jujur selain yang jujur macam akak cakap ni."

Haih, payahlah. Tapi, kalau ikutkan komen daripada Kak Warda sepatutnya tak boleh diambil kira. Dia geng aku. Sah-sah dia akan bias punya. Pasal nak jaga hati aku.

TUAN PERASAN MACOWhere stories live. Discover now