"No. I memang beli semua tu untuk you. Saiz you. XS, kan?"

Aku mengeluh perlahan.

"Awak ni kaya sangat ke sampai belikan saya semua ni? Banyak eh untung barber shop dengan kafe awak tu?"

Sekali lagi Ben tergelak. Kali ini, makin besar tawanya.

Tak fahamlah aku. Aku bukannya tengah melawak. Aku bersarkastik tadi tu.

"You ingat GCB I tu ada satu cawangan aje ke?"

Erk. Dah tu? Ada cawangan lain ke? Kejap, kejap. Siapa Ben ni sebenarnya?

Baru aku perasan. Pekerja dia panggil dia Tuan Ben. Tuan kut. Biasanya kalau tuan ni, memang orang pangkat besar-besarlah. Macam baba tu.

"Google ada. You boleh Google nama I. Semua ada dekat situ, Amee."

Whoa. Kalau dah sampai semua boleh dicari dengan pak cik Google ni...

"Jangan risau. Kalau you jadi my wife, hidup you takkan melarat."

Duh. Apa hal dia meleret sampai jadi bini pula ni? Kepala terhantuk dinding ke apa?

"Malam ni datang GCB. You nak I ambil atau..."

"Eh, tak payah. Saya drive sendiri."

Nak bagi baba dengan Ben bertentang mata lagi? No way!

Kelas mekap.

Sebaik saja aku sampai GCB malam itu, Ben terus bawa jumpa seorang kakak ni. Dikuarantinnya aku dengan kakak tu di dalam ofisnya. Ingatkan kenapalah. Rupanya nak suruh kakak tu ajar aku pakai mekap.

Oh, ya. Nama kakak tu Kak Leah. Jurusolek profesional. Ben upahnya satu malam ini, khas untuk aku.

Sambil Kak Leah mekapkan aku, dia tunjuk dan ajar aku macam macam nak apply semuanya. Daripada pakai primer, rapikan kening, pakai eyeliner, maskara, blusher, lipstick. Semuanyalah. Yang syoknya, Kak Leah touch up aku sikit saja. Tapi hasilnya...

"Wau." Satu perkataan saja komen Ben.

Aku dah tersipu-sipu malu bila Ben masuk ofisnya. Nampaklah dia terkejut. Masalahnya, bukan dia sorang saja. Dengan aku sekali terkejut tengok muka sendiri di cermin.

Lawa juga aku ni rupanya. Hahaha!

"Mana pergi Annabelle hari tu?"

Bongoklah Ben ni! Momen indah macam ini dia pergi spoilkan pula. Lepas itu, selamba saja buat muka tak bersalah.

Dia duduk di kerusi depan aku. Bersilang kaki dan berpeluk tubuh. Meneliti muka aku dengan detil.

"Stay still. I nak ambil gambar you." Ben keluarkan fon dari kocek seluar.

"Eh, nak buat apa?"

"Nak jadikan bukti. Nanti I nak claim apa-apa yang patut, senang."

Ceit. Kata kaya, tapi kedekut. Tahi hidung masin sungguh.

"Senyum cepat." Ben beri arahan dengan muka kerek.

Dengan rasa paksa relanya, aku bagi jugalah. Senyuman mahal ala-ala Monalisa, aku tayang.

Klik.

"You nampak lain, Amee." Mata Ben memicing, merenung skrin fon.

Lama.

"Tahu. Saya nampak cantik, kan?"

Naik lif tekan sendiri sekejap aku jadinya. Peduli apa aku. Sempat aku fefeeling ala-ala watak Anne Hathaway dalam filem Princess Diaries tu hah.

"Wau, ada improvement. You dah pandai perasan macam I."

Dah tok gurunya pun kuat perasan. Mana tak menurunnya, ya dak?

"Kan elok macam ni. Sweet aje I tengok."

Ececehhh... dah mengutuk, dia memuji pula.

"I prefer you mekap macam ni aje. Kulit you tu dah cukup cantik. Tak payah nak cover tebal-tebal sangat."

"Thanks, Ben." Aku pegang pipi sendiri. Nak tutup natural blusher yang sah-sah dah muncul.

"Ramailah lelaki akan mula notice you lepas ni, Amee. Termasuk Ryan."

Nada suara Ben kedengaran mendatar. Tak seperti tadi.

"Awak rasa dia orang terkejut tak tengok perubahan saya?"

"Of course. Satu hal you patut tahu, Amee. Benda pertama yang biasanya lelaki tengok adalah penampilan. Your look. Fakta ni memang menyakitkan, tapi tulah hakikatnya."

"Awak pun macam tu ke, Ben?"

Ben terdiam sekejap. Lambat-lambat dia menjawab.

"You rasa?"

Kosa kata aku hilang sekejap. Akal mula membuat perbandingan. Sama ke Ben macam lelaki-lelaki lain? Dengan Ryan?

"Tak. You're different, Ben." Yakin aku menjawab.

Ya, Ben lain. Kalau dia sama pesen dengan Ryan, dia takkan susahkan diri tolong aku. Back up aku. Betul tak?

"Okay, now. I nak tukar specs you pulak. Atau you nak pakai contact lens aje?" Ben menyoal laju.

Well, pandai dia tukar topik ya.

"Mata you tu cantik, Amee. Kalau you tak pakai specs macam ni, orang akan nampak kecantikan tu."

"Oh, no, no, no. Tak mahu. Saya takkan pakai contact lens. Seram!"

Kalau dibagi sejuta ringgit pun, aku tak mahu. Aku memang takut dengan hal-hal yang melibatkan mata ni. Dahlah banyak kes contact lens melekat dekat matalah, boleh buat butalah...

Haih, memang taklah.

"You tu memang semuanya tak mahu. Takutlah, apalah." Ben mula bangun.

Aku juga ikut bangkit. Berjalan beriringan dengannya untuk keluar dari ruangan itu.

"Eh, suka hati sayalah. Mata saya. Saya sayang mata saya tau."

Muka bengkek aku tayang.

"Yalah, Amee. Macam you sorang aje ada mata. I ni tak ada."

Hek eleh, nak emo pula dia ni.

"Esok kita pergi buat specs baru untuk you."

"Alright. Awak bagi location. Nanti saya drive ke kedai tu terus."

"No need. I ambil you esok. Baba dah tahu. I mesej dia tadi."

He said... what?!

Dahlah sebut 'baba' saja, bukannya 'baba you'. Macamlah aku ni berkongsi baba dengan dia. Banyak cantik!

"Ben, kejap. Awak mesej baba saya?!"

"Ya. Ada masalah ke?"

"Of course ada! Yang awak pandai-pandai bagi tahu baba saya tu kenapa? Eee, saya tak sukalah!"

"I tahulah you tu anak tunggal. Tak payahlah nak jealous sangat I rapat dengan baba you."

"Ni bukan masalah cemburulah, Ben. Tapi..."

Aduh, payahlah aku nak terangkan.

"Tapi apa, Amee?"

Aku mengeluh perlahan. Tapi, semua kawan lelaki yang aku pernah ada dari zaman taska sampai ke universiti, baba masukkan ke dalam list panjangnya sebagai calon bakal menantu!

Tak ke jadi satu masalah tu?

TUAN PERASAN MACOWhere stories live. Discover now