ENTRI 11 - Ujian Allah Dalam Kasih Sayang dan Lindungan-Nya

17 1 0
                                    

Ujian Allah mendatang pada pagi 9 September 2014. Tingkap dapur kena kopek pencuri. Hilang beberapa item penting dan wang tunai. Antara yang dirompak ialah tab, telefon bimbit terbaharu isteri, dompet isteri yang mengandungi wang tunai, IC, kad ATM, lesen, hampir semua jenis charger gajet.

Isteri bersedih kerana duit tunai ketering semalam lesap bersama dompet.

Namun syukur ke hadrat Allah Taala. Laptop yang mengandungi banyak kerja saya, dan isteri serta anak-anak selamat. Allah belaka.

"Ya Allah, berikan kesabaran pada kami sekeluarga. Amin ya Allah ya Rabbal 'Alamin."

Selain kejadian itu, saya mahu berkongsi kisah balik kampung kedua, yakni ke Kota Gelanggi 1, Jerantut, Pahang pada 29 Ogos 2014. Dalam perjalanan merangkak telusuri kesesakan jalanraya, saya berasa kereta berat di sebelah kiri. Pemanduan juga menjadi perlahan. Menduga ada yang tak kena, saya berhenti di stesen minyak BHP selepas plaza tol Gombak.

Rupa-rupanya tayar belakang sebelah kiri pancit. Apabila diperiksa, ia bukan sekadar pancit, malah terdapat wayar/besi tayar yang terkeluar. Maknanya tayar pecah. Saya dan anak saudara mengambil masa lebih satu jam untuk operasi menukar tayar. Ada seorang dua yang menegur prihatin. Saya menjawab, "Insya-Allah, boleh."

Berpeluh juga dalam samar-samar malam yang hanya diterangi lampur sekitar. Tambahan pula jarang buat kerja ini.

Dalam pemanduan pulang ke KL pada 1 September pula, sebelum tiba di terowong Karak, stereng kereta menjadi berat, lampu brek dan bateri menyala. Saya mulai rasa cuak. Sebaik memasuki terowong, saya nyalakan lampu hazardous. Stereng tetap berat.

Saya berhenti di luar terowong sebelum menuruni bukit. Sudah terbayang timing belt dan wang yang perlu dikeluarkan. Isteri terus menelefon sana dan sini, dan akhirnya dapat hubungi pihak penyelenggara Lebuhraya Karak. Trak tunda datang. Tuan pemandu trak tunda menyuruh saya buka penutup bahagian enjin.

Saya terkejut! Tali luar (bukan timing belt) yang memegang bahagian penghawa dingin dan enjin putus hancur.

Tuan pemandu trak itu menggeleng kepala dan berkata, "Mujur, abe. Tali ini tok masuk ke dale (dalam) enjin dan enjin tok panah lagi." Dia orang Kelantan asalnya.

Setelah berbincang singkat, saya bersetuju agar kereta ditarik ke bengkel berdekatan, yakni di perjalanan ke Janda Baik.

Usai berbincang dengan pomen bengkel dan bersetuju dengan bayaran, tuan pemandu trak tunda dan seorang pembantunya kembali pulang.

Saya dan isteri beristighfar, dan mengucap syukur ke hadrat Allah Taala. Alhamdulillah. Subhanallah. La hawla wala quwwata illa billah.

Kejadian itu bunyi macam biasa. Namun semua dalam lindungan Allah Taala, tiada kemalangan terjadi. Saya sekeluarga selamat tiba di Kg. Pandan Dalam, KL, hampir 6 jam sejak bertolak dari Kota Gelanggi 1.

Allah belaka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIARI MAT KATERERWhere stories live. Discover now