Bab 46

7.9K 367 17
                                    

PAPPP!!!

“Ohhh, mak kau meletup!"
Haneez termelatah saat Daniel menghentak kuat mejanya. Pantas mulutnya ditutup dengan tangan. Matanya membulat memandang renungan mata Daniel yang menikam matanya. Fuhh, seram gila kalau tengok muka Daniel masa ni. Mata merah menyala! Dengan serabainya, rambut kusut, jambang tak shave kemas. Dah macam tak mandi. Namun, satu je dia ni. Orang handsome, muka serabai pun tetap nampak handsome!

Kuat betul penangan Sofea. Diri Daniel memang dah berubah. Selalu bergaya bukan main. Sekejap je Sofea buang dia. Terus jadi macam tak betul. Eh, jap. Bila masa Sofea terima dia?
“Sofea mana?" Soal Daniel dengan nada yang keras. Tiada langsung nada ramahnya walaupun sebelum ini memang dia tidak pernah ramah dengan Haneez. Haneez kelihatan termanggu-manggu memandang Daniel.

“Errr... Dia belum masuk kerja lagi bos. Mc."
“Mc?? Kawan you tu nak kerja ke tak nak? Dah dekat seminggu tak masuk kerja? Dia ingat ni ofis bapak dia ke suka hati nak cuti??" Balas Daniel kuat dan kasar. Semua pekerja yang memandangnya dijeling tajam. Serta-merta mereka yang lain cepat-cepat menyambung kerja. Tahu pun takut! Dia memandang pula ke arah wajah ayu Haneez.

“Saya tak tahu, bos. Dia ambil cuti kecemasan. Anak dia tak sihat." Balas Haneez dengan nada yang sedikit perlahan. ‘Tak payah lah nak tengking. Cakap elok-elok tak boleh ke? Ishhh. Aku cepuk juga mamat mata coklat ni kang!' Kata Haneez dalam hati.
“Anak sakit pula? Ishh, macam-macam hal. You cerita betul-betul. Jangan nak bersubahat dengan dia!" Jari telunjuk Daniel menunjuk tepat ke arahnya.

“Bos, saya cakap betul lah ni. Buat apa saya nak tipu, bos? Buat tambah dosa je. Kalau bos tak percaya, why not you call dia sendiri?" Nada percakapan Haneez mula berubah. Dia memang pantang kalau orang tuduh dia menipu. Padahal dia cakap jujur kot.
Daniel merenungnya tajam.
“Okay, takpe. You cakap dengan dia kalau nak kerja sini lagi, esok pagi masuk ofis. Atau dia boleh berambus terus dari sini! Barang-barang dia dekat ofis ni boleh ambik!"

Selesai berkata, terus Daniel meluru laju ke bilik kerjanya lantas pintu bilik dihempas kuat. Macam nak tercabut dah pintu mahal tu dikerjakan Daniel. Pantas Haneez mengurut dada. Allahu, kalau hari-hari terkejut macam ni boleh K.O dia. Sempat Haneez memaki hamun Daniel dengan nada sedikit perlahan. Tiba-tiba Azim menghampirinya. Matanya tak habis-habis menjeling ke pintu bilik Daniel, bimbang Daniel keluar dengan tiba-tiba.

“Psstt... Oi, Haneez. Apasal tu? Jarang bos marah macam tu? Kau buat hal apa?" Soal Azim dengan muka yang Haneez rasa nak tempeleng saja. Haneez merengus kuat. ‘Dah datang dah reporter tak bertauliah ni. Wajah Azim dipandang tajam.
“Kau apahal? Menyibuk hal orang tak habis-habis! Pergi buat kerja lah!" Tengking Haneez agak kuat. ‘Haa, ambik kau sibuk je menyibuk. Aku dah lah angin tak berapa elok lepas kena marah ni. Tak pasal-pasal kau kena sembur! Nak lagi ke?'

“Hishh... Garang! Muka je cun. Perangai macam singa!" Selesai berkata Azim terus melangkah laju ke tempatnya. Tak berani duduk lama-lama dengan Haneez. Garang, weh! Haneez mengalihkan wajah memandang rakan sekerjanya yang lain. Mereka yang tadinya ralik memandang aksi Azim dimarahi Haneez, serta-merta menunduk rapat ke meja. Bimbang kena marah pula dengan Haneez. Bukan tak tahu, perempuan ni kalau nak marah orang. Bukan kira apa dah. Daniel pun dia berani, tapi berani kerana betul lah. Bukannya suka-suka je nak marah anak orang, brader!

Haneez mengambil iphone 7snya dan terus berlalu ke ruang istirehat. Setelah memastikan tiada siapa yang mendengar mahupun ada di ruang itu, segera dia menghubungi Sofea. Empat kali berdering, akhirnya Sofea mengangkat. Haneez pantas membalas salam apabila Sofea memberi salam. Pantas Haneez menceritakan apa yang berlaku barusan di ofis. Sofea mendengar dengan tekun. Sesekali kedengaran dia mengeluh lemah.

“Haneez.. Sorry, aku takde niat nak susahkan kau. Kasihan kau, sebab aku kau kena marah. Sorry, Haneez."
No hal lah, Pia. Aku bukan apa. Aku kasihankan kau je. Aku geram dengan jantan tu. Aku bagitau anak kau tak sihat, dia boleh bantai cakap aku bersubahat dengan kau menipu dia. Ishh, geramnya aku. Kau tahu kan, aku pantang bila orang tuduh aku bila aku tak buat sesuatu benda tu?"
“Dia tak percayakan kau?" Pantas Haneez mengangguk, lupa yang dia sedang bercakap di telefon ketika itu.

“Aku cakap dekat dia kalau tak percaya call je lah kau." Haneez sebenarnya sudah tahu kenapa Sofea  tidak datang kerja. Selain Raisya tak sihat, pasti kerana hal malam itu. Kasihannya, Sofea. Pasti dia tengah tertekan sekarang ni."
“Haneez... Aku bukan apa. Bukan aku nak campur aduk masalah kerja dengan personal life. Raisya ni tak sihat, dia tak nak langsung berenggang dengan aku. Nak hantar pengasuh pun, aku risau. Asyik nangis je ni." Ujar Sofea. Jelas suaranya kedengaran resah memikirkan keadaan anaknya itu.

"Ya Allah, kau dah bawa gi klinik tak."
“Dah... Tapi, doktor cakap takde apa-apa. Demam biasa je. Doktor cakap Raisya meragam je. Tapi, aku risau lah. Suap makan pun asyik muntah je. Minum susu pun tak nak." Luah Sofea perlahan.
“Pia.. Kalau aku cakap kau jangan marah, ye?" Pinta Haneez tiba-tiba dan membuatkan kening Sofea berkerut.
“Kenapa ni? Kau nak cakap apa?"
“Aku rasa... Raisya rindukan Fawwaz." Sofea melepaskan nafas berat. Tangan kecil Raisya dicium perlahan.

“Takdelah. Dia demam je ni."
“Sofea.. Raisya  dengan Fawwaz kan, rapat. Sekarang ni dah lama juga diorang tak jumpa. Mestilah anak kau tu rindu. Kau pun rindu dengan Fawwaz, tak kanlah anak kau tak rindu." Balas Haneez bersahaja.
“Mana ada aku rindu dia." Sofea menafikan kenyataan dari Haneez.
“Kau tak rindu? Okaylah, tapi kau jangan ikutkan hati sangat. Aku tahu kau tak puas hati dengan Fawwaz. Tapi, anak kau tengah sakit tu, Pia. Kasihan anak tu."

“Habis kau nak suruh aku bawa budak-budak ni jumpa dia? No, Haneez. Fawwaz tipu aku. Dia cakap dia suka aku tu semua tipu. Dia nak balas dendam je sebenarnya. Kasihan budak-budak ni kalau diorang faham situasi yang sebenar. Aku tak sanggup. Seriously, aku tak sanggup biarkan anak-anak aku jadi mangsa keadaan. Sakit sikit je ni. Esok, lusa lega lah. Biarlah aku seorang je yang terkena, aku tak  nak anak-anak aku pun jadi sama nasib diorang dengan aku."

“Aku cuma nak nasihatkan kau je, Pia. Kau fikirlah apa yang baik untuk korang anak beranak. Cuma satu je, aku minta. Bagi Fawwaz peluang untuk bercakap. Kau kena juga jumpa dia. Jangan terlampau ikutkan hati. Aku tak percaya dia suka kau sebab nak balas dendam. Kita boleh bezakan orang tu pura-pura suka kita ataupun tak. Satu lagi, tolong lah bawa anak-anak kau jumpa dia. Kalau kau masih tak boleh terima dia takpe. Tapi, jangan seksa hati Rayyan dengan Raisya. Anak kau sampai sakit, Pia. Kau dengar cakap aku ni.

Budak-budak tak pandai menipu. Kalau dah sampai sakit macam tu, kau percaya lah. Diorang dengan Fawwaz tu memang rapat. Hubungan diorang tu dah macam bapa dengan anak. Kau fikir baik-baik. Cekalkan hati jumpa dia. Buat semua ni untuk anak-anak kau. Okaylah, aku nak masuk dah ni. Karang mamat tu cari-cari aku pula. Dah lah tadi dah kena sembur dah aku depan semua orang. Aku pergi dulu, ye?  Nanti aku jengok korang." Sofea menjawab salam yang diberi oleh Haneez sebelum mematikan panggilan.

Wajah Raisya yang nyenyak ketiduran itu dipandang lemah.
“Maafkan mama, sayang. Mama tak mampu jaga anak-anak mama dengan baik. Mama bukan mama yang terbaik untuk kamu berdua. In sha Allah, anak mama akan sihat. Anak mama ni kuat!" Sofea mencium pipi tembam Raisya dengan lembut. Air matanya laju menipu di wajah Raisya.  Satu perasaan dirasakan ketika ini. Takut! Takut! “Ya Allah, Ya Tuhanku. Berikan aku kesempatan untuk membahagiakan anak-anakku, walaupun aku terpaksa berkorban nyawa sekalipun."

AMIN... YA RABBAL ALAMIN...

LARA SOFEA {Complete}Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα