Lapan 🥟

328 27 3
                                    

🥟🥟🥟🥟

🥟🥟🥟🥟

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥟🥟🥟🥟

"

Penjaga kepada Park Jimin?" tanya seorang lelaki yang memakai kot putih.

"Ya saya kawan dia" jawab aku lalu menggosok muka.

"Ok Encik mari masuk ke dalam bilik saya. Ada perkara yang saya patut beritahu kepada Encik"

Aku pun mengikut Doktor itu masuk ke dalam biliknya

"Macam ini Encik. Encik Jimin dah sedar tapi kanser hati yang dia hadapi dah semakin teruk. Pihak kami harap Encik dapat memujuk Encik Jimin untuk membuat pembedahan dengan segera kerana dia enggan mengikut"

"Haih. Doktor saya akan cuba sedaya upaya untuk memujuk dia. Tapi boleh saya tahu berapa peratus untuk dia boleh selamat" kata aku pula

"Peratusan untuk Encik Jimin hidup adalah dalam lingkungan 18% jika dia membuat pembedahan." kata doktor itu lagi

Aku hanya terdiam mendengar apa yang di sampaikan oleh doktor itu. Aku terus meminta diri untuk keluar dari bilik itu

Jimin kenapa Jimin kau tak cakap yang kau ada penyakit hah. Kalau kau cakap awal-awal benda ni boleh dirawat.

Dan tanpa aku sedar aku sudah jatuh terduduk di koridor hospital itu.

🥟🥟🥟🥟

Aku masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Jimin. Aku lihat dia tersenyum kelat kepada aku. Sekali lagi air mata aku tumpah

"Aku tak kuat tengok kau macam ni Chim. Aku tak boleh nak terima takdir ni. Kenapa kau buat aku macam ni Chim." kata aku kepada Jimin

"Shush jangan la nangis. Kau ni buat aku rasa bersalah untuk tinggalkan kau nanti. Aku nak kau kuat Tae. Aku tahu kau kuat." kata dia sambil menggosok kepala aku.

Kalau orang tengok tak ubah seperti seorang ayah yang sedang menenangkan anaknya.

"Aku nak kau buat pembedahan tu Chim. Untuk aku untuk Imo dengan Samchon untuk adik kau Minju" kata aku memujuk Jimin

"Tak aku tak boleh Tae. Peluang aku untuk hidup adalah sangat tipis. Aku takut aku akan mati bila aku jalani pembedahan tu. Lebih cepat dari yang sepatutnya" kata Jimin sambil mengelengkan kepalanya

"Aku nak luangkan masa aku dengan kau. Masa-masa terakhir aku untuk hidup. Bolehkan? Aku nak kita buat semuanya yang kita dah rancang waktu kecil dulu. Hmm?"

"Ya Jimin. Kita luangkan masa kita bersama. A-aku janji kat kau" kata aku memegang tangannya yang sejuk.

"Kau dah boleh keluar lusa Jimin. Aku nak bawa kau pergi Busan balik. Kita buat semua benda yang kita dah rancang kat sana. Hmm?

Dengan masa yang sama air mata aku terus tumpah dengan lebatnya.

🥟🥟🥟🥟

Don't forget to leave a vote and comments.

[C]The First and Last [KTH&PJM]Where stories live. Discover now