9 : bilik kosong blok A , tingkat 3 ,nombor 5

196 38 0
                                    

Masa mula-mula orientasi kat sekolah, kitorang macam ada briefing kat musolla blok B tingkat 1. Lepak-lepak kat koridor pastu terpandang la ada satu bilik di blok A tingkat 3 yang tertutup. Bilik nombor 5. Ada sorang budak tu kata, bilik tu memang dah ditutup since 80’s lagi sebab bilik tu dah ada ‘penghuni tetap’.

Aku tengok tembok koridor depan bilik tu kosong. Bilik sebelah-sebelah dan lain-lain penuh dengan kasut sekolah yang dijemur.

Ceritanya, sesiapa yang jemur kasut termasuk sikit je kawasan depan bilik tu, esoknya kasut tu akan ada kat atas bumbung kolah mandi yang terletak di tengah-tengah antara dua blok. Patutlah banyak kasut buruk atas bumbung kolah tu.

Nak dijadikan cerita, ada seorang budak ni nama dia Sally, dia duduk di asrama blok C. Satu hari dia lalu kat dewan makan time petang macam tu. Pastu ada ibu bapa macam tengah tunggu anak dia kat dewan makan tu. Normally ada orang kat konti radio asrama kat bawah tu akan buat announcement panggil pelajar kalau mak bapak diorang datang.

Tapi petang tu takde orang, so parents tu mintak tolong Sally panggilkan anak diorang bernama Nurul di bilik A:2:5, betul-betul bawah bilik yang ditutup tu. So Sally pun gigih la berlari naik tangga. Tangga blok A ni pula terletak in betweenbilik 5 dan 6. Entah macam mana Sally terlajak naik sampai tingkat 3 terus menuju ke bilik sebelah tangga, A:3:5.

Tapi yang seramnya, pintu bilik tu terbukak, pastu dia nampak budak-budak perempuan kat dalam tu semua berkemban tengah sikat-sikat rambut. Dia yang tak fikir apa-apa terus bertanya,

“Assalamualaikum, Nurul siapa? Parents dia tengah tunggu kat bawah.”

Semua pandang, *then ade sorang jawab “Awak salah bilik, dia bilik bawah.”

Sally jawab “Ohh yeke?? Sorry2..time kasih.”

Terus dia turun ke bilik bawah dan panggil budak yang sebenar turun. Bila dia balik ke bilik, dia gelak-gelak cerita pengalaman yang memalukan, tersalah bilik kat kakak-kakak bilik dia. Bila dia sebut bilik atas iaitu A:3:5, kakak-kakak bilik dia terkejut. Kakak-kakak bilik dia cakap bilik tu kosong dan dah bertahun-tahun tutup. Menangis-nangis Sally bila tau cerita pasal bilik tingkat 3 tu. Patutlah dia kata semua sikat rambut, rambut pula panjang-panjang tak perasan paras mana.

Malam tu juga dia suruh mak bapak dia ambik. Tak lama lepas tu terus keluar dari asrama. Pergi sekolah ulang alik je. Lepas tu je, kecoh satu sekolah. Padahal benda tu tak kacau orang luar pun. Kecuali kalau lalu depan bilik dia or dalam bilik. Tu pasal berkunci. 

Dikatakan puncanya disebabkan budak-budak bilik tu dulu gatal pergi main spirit-spirit yang melampau, then benda tu terus tak nak balik. Katil-katil digegar, ditarik dan macam-macam lagi. Panggil ustaz azankan depan pintu, tapi orang-orang yang ada masa tu langsung tak dengar ustaz tu. Entah macam mana punya deal, pihak sekolah setuju bilik tu dikunci dan just let them stay inside daripada menganggu kat luar. Huuu seram!

       VOTE AND FOLLOW

 KISAH SERAM (CL)Where stories live. Discover now