"Aku nak putus tunang la dengan Syakir . Aku tak suka la ada kene mengena dengan orang yang buat kawan aku sedih" kata Mira sambil nak turun tangga tapi Isha pula tahan .

"Mira please . Kalau kau sayang aku jangan buat macam ni" Isha pegang lengan Mira .

"Hm fine tapi lepas habis majlis ni kau kene janji dengan aku kau akan story dekat aku A to Z . Faham ?!" Mira tunding jari pada Isha .

"Ye faham . Dah jom" kata Isha dan mereka turun kebawah untuk layan tetamu .

"Ha turun pun sayang ingatkan nak bagi I sorang je layan tetamu kat bawah ni . Nasib baik tau I jumpa ma suruh dia panggilkan you dekat atas kalau tak berkurung je dalam bilik tu" kata Syakir yang baru perasan akan kehadiran mereka berdua .

"Hmm" kata Mira .

"Miraa.." kata Isha sambil siku tangan Mira .

"Okay fine fine" kata Mira pada Isha .

"Sorry tau you tadi I borak panjang dengan bff I ni" Mira peluk Isha .

"Ha dah turun pun korang . Ingatkan nak duduk dalam bilik je sampai majlis ni habis" kata Hairil yang baru sampai dekat mereka sambil bawa air dalam cawan .

"Eh bila you sampai ?" Tanya Mira pelik .

"Adalah dalam setengah jam macam tu" kata Hairil sambil tengok Isha . Isha langsung tak endahkan kehadirannya padahal dia baru balik dari Indonesia .

"Ouh kenapa you balik harini ? Kata haritu balik jumaat atau sabtu ?" Tanya Mira . Isha juga ingin tau nasib baik kawannya dah tolong tanya apa yang bermain di fikirannya .

"Flight delay semalam hujan lebat tu yang aku amik flight pagi tadi nasib baik sempat datang kenduri korang" kata Hairil .

"Eh kau belum makan lagi kan Ril ? Kau pergi la makan dulu dengan Isha . Isha pun belum makan lagi tu sampai sampai terus naik bilik sampai berejam jam dalam bilik . Korang pergi makan dulu aku dengan Mira pergi layan tetamu sekejap" kata Syakir .

"Eh I kenyang takpelah biar I stay dengan Mira you pergi teman Hairil makan" kata Isha .

"Ish ada pulak I yang teman si tenuk ni makan rasa macam geli pulak . You pergila makan rugi tau tak makan lauk sedap tu . Korang pergi dulu makan nanti I dengan Mira pergi dekat korang okay ?"

"Tap.."

"Okay pergilah aku dengan Isha gi makan dulu" kata Hairil memotong percakapan Isha . Mira dan Syakir pergi ke tempat lain .

"Hm you pergi la makan I kenyang" kata Isha sambil nak pergi tapi sempat ditahan Hairil .

"Teman aku makan" kata Hairil sambil tarik tangan Isha bawa ke meja makan . Isha redha .

Hairil pergi ambil nasi dan lauk kemudian duduk di meja yang dipilihnya tadi sebelah Isha .

"Asal taknak makan ?" Tanya Hairil sambil makan .

"Kenyang" kata Isha sambil berpeluk tubuh .

"Taknak tanya ke asal aku balik harini ?"

"Kan Mira dah tanya tadi"

"Tu Mira yang tanya bukan kau"

"I dah dengar kan buat apa nak tanya benda yang sama" Hairil diam .

"Asal kau lain sekarang eh ?"

"Lain apa ?"

"Cara kau cakap dengan aku layanan kau terhadap aku ?" Hairil pandang Isha .

"Mana ada sama je" kata Isha sambil keluarkan phonenya dari handbag dan main .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now